Bihun goreng Singapore guna rempah sup? Ha jangan ingat rempah sup hanya untuk masak sup semata-mata, untuk buat bihun goreng pun boleh.
Rasanya memang sedap dan cukup rasasebab menurut empunyai resipi, bihun goreng Singapore yang dimasak cara ini dapat permintaan ramai hingga jadi jualan.
Tak rugi cuba kerana hidangan ini sesuai dimakan bila-bila sama untuk sarapan, minum petang, menu potluck pun boleh.
Resipi Bihun Singapore Guna Rempah Sup
Bahan-bahan
Sebungkus bihun -rendam dulu
Bawang merah dan bawang putih -dikisar
Minyak untuk menumis
Isi ayam -dipotong kecil
Rempah sup -3 sudu besar
Serbuk lada putih -secukup rasa
Serbuk lada hitam -secukup rasa
Sayur-sayuran ikut suka (carrot, sawi, tomato lagi sedap)
Hiasan -cili merah, daun sup, telur gulung atau telur cincang
Cara memasak
1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan rempah sup, tambah air sedikit dan biarkan rempah masak betul-betul.
3. Masukkan isi ayam dan carrot, biarkan sampai ayam masak sempurna.
4. Perasakan dengan serbuk lada putih dan lada hitam.
5. Masukkan bihun yang dah direndam. Kalau tak nak rendam, boleh lebihkan air dan masak bihun terus dalam rencah sampai air kering.
6. Gaul rata supaya rencah sebati dengan bihun.
7. Masukkan sayuran lain seperti sawi dan tomato kalau suka.
8. Akhir sekali, taburkan cili merah, daun sup, dan hidang bersama telur gulung atau telur cincang serta cili kicap.
INFO
Jika rempah sup yang digunakan sudah bergaram, tak perlu tambah garam. Jika kurang masin boleh tambah.
Anda dan keluarga suka makan pasta? Ini ada resipi Pasta Udang Berkrim yang sangat mudah, sedap dan sesuai cuba masak di rumah. Malah penggunaan bahan-bahannya juga tidak banyak dan mudah diperolehi. Jom cuba. Tentu kena dengan selera anda sekeluarga.
RESIPI PASTA UDANG BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
100gm udang | buang kulit
200gm pasta rebus
250gm susu cair | 1 kotak kecil susu rendah lemak
½ biji bawang Holland | dadu kecil
2 ulas bawang putih | cincang halus
150gm mentega
Garam, paprika, lada sulah dan lada hitam secukupnya
Sedikit daun parsli | cincang halus
CARA MEMASAK:
1. Masukkan isi udang bersama serbuk lada hitam, lada sulah, serbuk cili dan garam secukupnya, Gaul rata dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit mentega dalam kuali, tumiskan udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang Holland diikuti bawang putih, kacau rata hingga wangi. Kemudian masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Perasakan dengan garam, lada sulah dan lada hitam, kacau rata.
5. Masukkan pasta dan udang yang telah digoreng tadi, kacau rata.
6. Setelah digaul rata, taburkan daun parsli dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika mahu lebih berkrim dan pedas, boleh tambah parutan keju dan sebelum dihidangkan.
Mahu miliki aneka ‘HOME APPLIANCES’ yang terbaik & kena dengan bajet anda? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Banyak lagi stok mi segera, jom buat cucur mi segera. Sedap weii buat sarapan atau minum petang.
Tepung gandum campur mi maggi, jangan lupa rebus dulu biar lembut dan toskan. Masukkan bawang,telur, daun bawang dan cili merah, tadaaa dah siap. Kala PKP ni masak yang mudah mudah dan ramuan minima. Kena banyak beringat jimatkan bahan dapur tau. Jom ikut resipi dari Noraina Said ni.
CUCUR MAGGI
BAHAN-BAHAN : 2bungkus megi – masak macam biasa,bg lembut dan tos kan (jangan campak perencah skali.huhu) 1 1/2 cawan tepung gandum 2 biji telur Bawang besar – potong dadu Cili merah – hiris nipis Garam secubit Daun sup+daun bawang (potong halus) Sedikit air Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
Gaulkan semua bahan sebati. Goreng hingga garing. Siap! Selamat mencuba!
Selalu kalau nak makan mi kung fu, kita akan cari di kedai. Apa kata kali ini kita buat sendiri? Puas makan tau. Senang je nak buat mi kung fu ni. Ini resipi untuk buat sepinggan besar mi kung fu. Memang sedap dan senang. Boleh dibuat untuk makan pada bila-bila masa. Sesuai untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang atau makan malam.
MI KUNG FU
BAHAN MI
• Minyak masak untuk menggoreng
• 200 gram mi kuning
• 2 biji telur ayam
BAHAN HIASAN
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Limau nipis
BAHAN KUAH
• Minyak masak untuk menumis
• 3 ulas bawang putih (diketuk)
• 100 gram isi ayam (dipotong kecil)
• 5 ekor udang (dibuang kulit)
• 2 ekor sotong dipotong bulat
• 2 cawan air
• Garam dan gula secukup rasa
• 2 sudu makan sos tiram
• 3 batang baby corn (dipotong memanjang)
• Lobak merah (dipotong panjang dan halus)
• Brokoli (dihiris kecil)
• Bunga kobis (dihiris kecil)
• 3 tangkai cili padi (diketuk)
• Serbuk lada sulah
• 1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air suam)
CARA MEMBUAT MI
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan mi. Kemudian masukkan telur ayam.
2. Goreng mi sehingga kekuningan. Kemudian masukkan ke dalam pinggan dan ketepikan.
CARA MEMBUAT KUAH
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan.
2. Masukkan ayam, udang dan sotong. Kacau sehingga masak.
3. Masukkan air, garam, gula dan sos tiram. Biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah dan bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit dan angkat.
5. Tuangkan kuah ke atas mi kungfu tadi.
6. Letakkan bahan hiasan. Sedia untuk dihidang.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!