Bagi kamu yang suka ratah milo, suka sangat dengan serbuk coklat bolehlah buat resipi Milo Crackers ni. Hanya guna tiga bahan sahaja dan tidak perlu membakar, tunggu sejuk terus boleh menikmatinya. Mudahkan? Apa lagi jom cuba!
RESIPI MILO CRACKERS
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 pek biskut Marie
1/2 tin susu pekat manis (kalau suka manis boleh letak lebih)
1/2 cawan Milo/ serbuk Koko/ Vico
Additional: chocolate rice sebagai hiasan.
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan biskut Marie menjadi ala-ala serbuk roti.
Ads
2. Masukkan Milo dan susu pekat manis. Tuang sedikit air panas supaya lebih sebati.
3. Gaul dan bentukkan ikut kesukaan.
4. Nak lebih menarik boleh juga salut dengan chocolate rice, nestum, kacang tumbuk dan sebagainya. 5. Kemudian masukkan dalam peti sejuk lebih kurang setengah jam. Boleh hidangkan.
Sajikan pai susu atau tart telur yang sedap dan gebu ini hanya dengan menggunakan periuk nasi. Tak ada pembakar bukan lagi alasan tak boleh masak, resipi yang dikongsikan ini sangat lengkap dan senang untuk di cuba. Anak dara dan mak dara pun boleh buat, gerenti jadi punya!
RESIPI PAI SUSU @ TART TELUR RICE COOKER
BAHAN KULIT PAI (Crust)
2 cwn tepung gandum
1/2 cawan majerin
1 biji telor
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Gaul semua bahan sehingga menjadi doh yg lembut & tak melekat ditangan
Bentuk ikut periuk masing2 (cth dlm pic)
BAHAN FILLING
1/2 cwn susu pekat
3 biji telor
1 sudu makan tepung kastad
1/2 cwn air
1 penutup esen vanila
Sedikit pewarna kuning telor (klu x letak pewarna pun xpe, tp kaler filling agak pucat)
CARA MEMASAK:
Gaul sekata
Tuang atas kulit pai yg dh d bentuk dlm periuk
CARA PENYEDIAAN TART TELUR RICE COOKER:
Buka api kecik. Masak 30 – 40 minit
Lapik loyang. Loyang TAK PERLU letak air (Bukan kukus ye)
Nota: Kulit pai TAK MELEKAT ye. Dah masak, tunggu sejuk sikit. Cungkil2 tepi die. Sengetkan periuk dan buatla gaya mane pun nak bagi dia keluar
Bubur nasi merupakan antara makanan kegemaran masyarakat Cina dan sering dijadikan sebagai menu sarapan pagi. Malah, anda juga boleh menikmati hidangan ini sebagai sajian makan malam.
Sama seperti nasi putih biasa, bubur nasi ini enak dinikmati dengan pelbagai jenis hidangan sampingan. Biasanya ia dihidangkan bersama ikan bilis goreng, lobak jeruk, sawi asin, kacang goreng dan sebagainya. Memang best!
BUBUR NASI BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
250gm beras |di cuci bersih
1 liter air
Secubit garam
BAHAN-BAHAN KANGKUNG GORENG BELACAN:
2 ikat kangkung
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
10 biji cili padi merah atau hijau
Garam secukupnya
Gula secukupnya
1 kiub ikan bilis
125ml air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tanak nasik seperti biasa hingga menjadi bubur putih.
Bubur ini dinikmati bersama jeruk asin, telur masin dan ikan kering.
Untuk menyediakan Kangkung Belacan, potong sayur kangkung dan cuci bersih.
Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, belacan, dan cili padi sehingga lumat.
Ambil dua batang serai dan ketuk. Asingkan seketika.
Tumiskan cili dan bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar terlebih dahulu. Tumis sehingga naik baunya.
Tambahkan air jika terlalu kering. Masukkan kiub ikan bilis, garam dan gula.
Masukkan kangkung dan gaul rata. Biar kangkung sedikit lembut dan segera tutup api.
Angkat dan nikamti bersama bubur nasi tadi.
IDEA LAUK YANG SESUAI DINIKMATI BERSAMA BUBUR NASI
Kalau ada stok dada ayam di rumah, jom try buat ayam gunting. Resipinya simple je. Tapi sedap sangat dirayah panas-panas.
Ayam gunting ini kalau dibeli di kedai, sekeping RM6. Kalau ada anak ramai, memang memerlukan kos yang agak tinggi nak beli ayam gunting ni. Salah satu cara untuk berbaloi, boleh cuba masak sendiri ayam gunting ni. Berbaloi juga kalau nak nikmati ramai-ramai. Resipi ini telah dikongsikan di facebook group RASA Share Resepi. Resipi sebenar telah dimuatnaik oleh Salimah Olie di facebook beliau. Terima kasih Salimah Olie kerana berkongsi resipi yang sungguh menyelerakan ini.
AYAM GUNTING RANGUP
BAHAN-BAHAN
Dada ayam (dileperkan)
Tepung serbaguna (BELI DI SINI)
1 sudu kecil soda bikarbonat (BELI DI SINI)
1 biji telur ayam
Garam (BELI DI SINI)
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Dada ayam dileperkan dan diketepikan.
2. Dalam pinggan, campurkan tepung serbaguna dengan soda bikarbonat. Ketepikan.
3. Pecahkan telur ayam dalam pinggan lain dan masukkan garam.
4. Panaskan minyak masak.
5. Golekkan ayam pada tepung. Celupkan dalam telur ayam tadi. Golek semula dalam tepung.
6. Goreng dalam minyak masak yang sudah cukup panas.
7. Selepas masak, guntingkan ayam dan tabur dengan perisa yang disukai.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.