Sedapnya Risoles ni. Sangat sesuai dijadikan sajian kudapan di waktu lapang atau hidangan minum petang. Terdapat pelbagai resipi Risoles yang intinya dipelbagaikan. Salah satunya yang sedap dan mudah ialah resipi kulit Risoles yang dikongsi oleh saudari Juju Minhad. Intinya? Terpulang pada cita rasa masing-masing. Boleh sahaja guna inti karipap sahaja. Ringkas bahan-bahan penyediaannya namun rasanya sangat enak. Cubalah. Pasti puas hati.
BAHAN INTI & SALUTAN: Inti secukupnya Telur Serbuk roti – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan untuk kulit dan kisar menggunakan blender hingga sebati. Kemudian tapis untuk memastikan adunan mulus dan tidak berketul 2. Panaskan kuali tahan lekat kemudian tuang adunan doh untuk membuat kulitnya. 3. Pastikan kulit dibuat nipis-nipis. Jangan tebal. 4. Bila sudah habis kulitnya, ambil sekeping dan hamparkan. 5. Letak inti yang telah dimasak dengan secukupnya dan gulung seperti kuih ketayap.
6. Celup ke dalam telur yang telah dipukul.
7. Kemudian salutkan dengan serbuk roti hingga bersalut rata.
8. Panaskan minyak masak dan goreng Risoles tadi hingga kekuningan.
Ads
9. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
NOTA: Inti terpulang pada selera dan cita rasa masing-masing. Antara inti Risoles yang boleh digunakan adalah inti sardine, daging. Empunya resipi buat inti ayam dan ketang ala-ala inti karipap.
Cara buat pulut serunding kelapa, kuih ini memang antara juadah tradisi yang tak pernah lapuk ditelan zaman. Walaupun ringkas, kombinasi pulut yang lembut bersama serunding kelapa yang pedas manis beraroma memang membuka selera. Lagi satu kuih ini memang cepat kenyang, makan dua biji pun dah puas.
Menariknya resipi serunding kelapanya tak gunakan bawang merah, jadi rasa kelapa lebih menyerlah dengan gabungan udang kering, serai dan lada kering.
Cara Buat Pulut Serunding Kelapa
Bahan untuk serunding kelapa
2 biji kelapa tua – ambil bahagian putih sahaja
1 senduk gula pasir
1 paket udang kering (RM5) – bilas dan kisar
1 sudu teh serbuk perasa
3 sudu teh garam
Bahan Kisar
10–15 biji lada kering (ikut tahap kepedasan)
1 inci halia tua
1 labu bawang putih
4 batang serai
Bahan Pulut
Pulut secukupnya – ditanak hingga masak (tanpa santan)
Garam
Sedikit minyak masak
Air secukupnya
Cara Penyediaan Pulut Serunding Kelapa
1. Tanak pulut seperti biasa hingga lembut, ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai garing dan naik bau.
3. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
4. Masukkan kelapa parut. Kacau sentiasa dengan api perlahan supaya tidak hangit.
5. Terus kacau hingga kelapa ringan, kering dan bercerai. Tutup api.
6. Ambil pulut yang sudah masak, bentukkan bulat, masukkan serunding kelapa sebagai inti atau gaulkan terus dengan pulut hingga rata.
TIP
Gunakan kelapa tua bahagian putih sahaja supaya hasil serunding lebih cantik dan tidak terlalu berminyak.
Api mesti perlahan semasa menumis kelapa, kalau hangit rasa serunding akan pahit.
Serunding boleh juga dijadikan inti cucur badak, nasi ambeng dan sebagainya.
Kuih Bingka Pulut memang tidak asing dalam dunia kuih tradisional Melayu. Teksturnya yang lembut, rasanya yang lemak manis dan aromanya yang harum menjadikan kuih ini kegemaran ramai sejak turun-temurun. Sama ada untuk minum petang, jamuan raya ataupun majlis kenduri, Bingka Pulut sentiasa jadi pilihan utama. Dalam artikel ini, anda akan ketahui resepi Bingka Pulut paling mudah, cara buat yang betul, tips supaya menjadi cantik, serta variasi menarik yang boleh anda cuba di rumah.
Resepi Kuih Bingka Pulut (Versi Mudah & Sedap)
Bahan-Bahan Utama
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawang tepung ubi
1 1/2 cawan tepung pulut
1 sudu kecil garam
4 sudu besar susu pekat manis
1 biji telur
1 cawan santan
sedikit mentega/marjerin
Sedikit bijan putih untuk hiasan
BAHAN AIR GULA MERAH:
1 cawan gula putih
1 cawan gula merah
1 cawan air panas
Cara Buat Bingka Pulut
Campurkan semua bahan. Kacau sebati dan tapiskan masuk ke dalam loyang yg telah disapukan marjerin.
panaskan oven selama 10 min. Bakar dengan suhu 180 Darjah selama 1 jam
Siap untuk dihidangkan.
Tips Rahsia Bingka Pulut Jadi Sempurna
Gunakan santan segar untuk rasa lebih lemak dan harum.
Elakkan terlalu banyak air ketika masak santan supaya pulut tidak lembik.
Bakar guna api atas bawah untuk dapatkan permukaan garing cantik.
Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong agar tidak berderai.
Variasi Kuih Bingka Pulut Menarik
Bingka Pulut Pandan – Tambah jus pandan untuk warna hijau dan aroma wangi.
Bingka Pulut Hitam – Guna pulut hitam untuk rasa unik dan warna menarik.
Bingka Pulut Kelapa – Tabur kelapa parut di atas sebelum dibakar untuk tekstur lebih rangup.
Kuih Bingka Pulut bukan sahaja sedap dimakan, malah kaya dengan nilai tradisi. Dengan resepi mudah, bahan asas yang ringkas, dan sedikit kesabaran, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Jika anda suka kuih tradisional Melayu, jangan lepaskan peluang untuk cuba resepi ini. Kongsi dengan keluarga dan rakan-rakan, supaya resepi Bingka Pulut asli ini terus diwarisi sampai bila-bila.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuih lapis ni memang sedap dimakan. Sangat sesuai untuk minum petang. Sarapan pun boleh juga. Kuih lapis warna-warni ini dipandang pun cantik. Nak membuatnya, kena penuh kesabaran.
Kuih orang lama atau selalunya warganet akan sebut lejen, memang tetap jadi pilihan. Kuih yang sebegini rasanya tak pernah jemu dimakan. Kalau bukan kita yang menjaga keaslian kuih tradisi, siapalah lagi yang boleh diharapkan kan?
Salah satu kuih lejen yang tetap ramai peminatnya adalah kuih lapis. Anys Idayu Zakaria dalam facebooknya berkongsi resipi kuih lapis yang menjadi kegemaran dalam keluarganya.
KUIH LAPIS
BAHAN-BAHAN
1 1/2 cawan tepung beras (BELI DI SINI)
1 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
1/2 cawan tepung jagung (BELI DI SINI)
1 kotak santan
3 cawan air
Garam secubit
1 cawan gula
Pewarna
CARA MEMBUAT
1. Panaskan periuk kukus. Bagi air mendidih.
2. Campur semua bahan. Kacau bagi rata. Guna blender supaya cantik bancuhannya tak berketul.
3. Bahagi bancuhan ikut berapa warna nak guna.
4. Sapu loyang dengan marjerin atau sedikit minyak
5. Tuang bancuhan warna pertama. Sukat guna cawan. Setiap bancuhan tuang ikut sukatan cawan tu.
6. Kukus 5 minit.
7. Ulang lagi untuk color bancuhan seterusnya sampai habis.
8. Last sekali kukus 30 minit bagi betul-betul masak.
9. Dah masak, tutup api, biarkan sejuk.
10. Sebaiknya buat waktu malam untuk makan esok. Barulah senang potong.