SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan Festival Ramadan Selangor,menjadikannya pusat atau lokasi membeli-belah yang wajib dikunjungi setiap kali menjelangnya Ramadan dan Aidilfitri.
Dianjurkan oleh PKNS Real Estate (PREC), Festival Ramadan Selangor atau ringkasnya dipanggil FESTIRA merupakan festival tahunan yang direka khusus bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam usaha membantu usahawan kecil sederhana dan pengusaha tempatan. Ia dikatakan sebagai Festival Ramadan terbesar di Malaysia, yang menyasarkan 3.5 juta pembeli sebelum era pandemik.
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn. Bhd (PREC), Sr. Fakru Radzi Ab.Ghani berkata, keterbukaan FESTIRA’22 kali ini membolehkan lebih 500 peniaga menjalankan perniagaan mereka. Dari booth yang menjual pelbagai pilihan busana untuk persiapan Aidilfitri, sehinggalah Bazar Ramadan yang menyajikan pelbagai pilihan juadah untuk berbuka puasa bermula 3hb April 2022 nanti.
FESTIRA kali ini masih mengekalkan persembahan artis jemputan – buat halwa telinga pengunjung ketika membelibelah. Antara barisan artis yang bakal menghiburkan adalah, Haiza, Nomad,Syafiq Naseer, Syahmi Irfan, Aliff Iskandar dan Aufahanie. Juga dibawakan,persembahan seni dan budaya oleh pelajar universiti tempatan.
Cuma bezanya, selepas mengambilkira keadaan semasa, lokasi acara pentas telah ditukar ke pentas utama yang didirikan di tapak terbuka di luar SACC Mall atau lebih dikenali sebagai Dataran Barat.
Bersesuaian dengan bulan beribadah, FESTIRA’22 turut membawakan ceramah hujung minggu yang akan disampaikan oleh pendakwah dan juga personaliti TV terkenal seperti Ustaz Safwan Idris dan Imam Muda Nazrul. Kedua figura ini juga sering dilihat memberi tazkirah di kebanyakan acara rasmi dan tidak rasmi,menjadikan mereka antara celebrity ustaz yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi di media sosial.
“Menariknya FESTIRA’22 kali ini, lebih banyak aktiviti seperti pertandingan, ganjaran dan cabutan bertuah menanti pengunjung dengan pelbagai tawaran hadiah yang menarik! Selain itu, kesemua ciri-ciri tradisi festival ini seperti program bubur lambuk, kaunter zakat dan wakaf, serta penyediaan ruang solat yang besar dan selesa termasuk solat tarawih masih diteruskan,”ujar beliau menutup ucapan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang berikut serta hashtag #festira22#festirachallenge di laman instagram dan twitter.
Anak Puji Sedap Macam Cadbury. Resipi Aiskrim Coklat Ni Memang Best
Anak Puji Sedap Macam Cadbury. Resipi Aiskrim Coklat Ni Memang Best
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI