Nak membeli kek, kadang harganya bukan main lagi. Boleh cecah tiga angka kalau siap dengan dekorasi di atas kek tu. Kalau beli yang bajet pula, kadang rasanya tak sesedap mana. Daripada kecewa, elok juga kalau buat sendiri, kan?
Melalui facebook, SuiSan Aliezsha berkongsi resipi blueberry cheese cake. Paling menarik kek itu sedap tapi dibuat dengan bajet tak sampai RM30 pun. Kalau beli di kedai, tentu harganya lebih mahal daripada ni. Jadi bagi korang yang nak makan kek keju dengan harga bajet, boleh try buat sendiri. Tak lawa tak pe, yang penting dapat makan seisi keluarga.
BAHAN LAPISAN BAWAH
8 keping biskut digestive (hancurnya guna lesung batu)
2 sudu besar mentega (dicairkan)
CARA MEMBUAT LAPISAN BAWAH
1. Masukkan biskut yang telah dihancurkan ke dalam bekas.
2. Masukkan pula mentega yang telah dicairkan.
3. Gaul sebati. Alaskan loyang dengan kertas minyak. Masukkan biskut ke dalam loyang dan tekan-tekan untuk dipadatkan.
BAHAN CHEESE
250 gram cream cheese tatura
2 sudu besar gula halus
2 biji telur ayam
1/2 sudu besar jus lemon
1 1/2 sudu besar tepung gandum
Jem blueberi secukupnya
CARA MEMBUAT CHEESE
1. Campurkan cream cheese dan gula halus. Kacau sebati. Kemudian masukkan telur ayam. Putar lagi.
2. Masukkan jus lemon. Putar lagi.
3. Masukkan pula tepung gandum. Gaul rata.
4. Curahkan adunan ke dalam loyang berisi biskut hancur tadi. Bakar pada suhu 160 darjah selama 20 minit.
5. Selepas masak, biarkan sejuk dan letak jem blueberi di atasnya. Sejukkan dalam peti sejuk.
.
.
Selamat mencuba!
Kredit Resipi: https://www.facebook.com/groups/shareresipi/permalink/3675131409180040/
Nak dapatkan pelbagai peralatan memasak elektrik di Shopee? Jom klik link ini. Manalah tahu nak beli periuk atau kuali baru, kan? Harga pun berbaloi-baloi. Jom klik sini
Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/nasi-lemak-kukus-ikan-siakap-goreng-menu-luar-biasa-di-restoran-ngeteh-santai/
https://rasa.my/nak-petua-bantu-masalah-angin-dalam-badan-jom-buat-dua-jus-kesihatan-ini/
https://rasa.my/jom-try-buat-ikan-kembung-rebus-air-asam-memang-syok/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7