
Melalui facebook Rasa Share Resipi, Umar Moha berkongsi resipi daripada facebook Chef Ninja. Resipi cucur kentang ini nampak sangat menarik. Sesuai untuk sarapan atau minum petang. Semua peringkat umur pasti suka cucur kentang ini.
CUCUR KENTANG

BAHAN-BAHAN
2 biji kentang (direbus)
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
10 sudu besar tepung jagung (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Lenyekkan kentang yang telah direbus.
2. Masukkan garam secukup rasa.
3. Masukkan tepung jagung. Gaul sebati.
4. Apabila semua dah sebati bulat-bulatkan ikut cita rasa.
5. Siap untuk digoreng.
6. Panaskan minyak masak. Goreng sehingga kekuningan.
TIP: JANGAN LETAK AIR atau TELUR AYAM
Selamat mencuba!
Kredit: Umar Moha melalui facebook Chef Ninja
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=9xu3HKAmAWQ
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
3 Tart Nanas Ni Wajib Korang Cuba.

Kerana selera kira berbeza-beza, anda boleh cuba mana yang sesuai dengan citarasa kerana untuk membuat tart mudah. Tambahan sekarang jem nanas boleh beli di kedai bakeri mahupun pasaraya. Lagi senang kerja dan jimat masa dan jimat duit kerana buat sendiri.

TART NANAS KEJU
BAHAN-BAHAN:
700gm tepung gandum
100gm gula halus
4 biji kuning telur
4 sudu makan susu bubuk.
500gm keju
100gm keju parut
Jem nanas secukupnya
BAHAN SAPUAN:
4 bijikuning telur
1 susu makan minyak goreng
1 sudu teh susu kental manis
CARA MEMBUAT:
- Campurkan mentega, kuning telur, gula halus, keju, kacau rata dengan mixer dengan kelajuan perlahan dan sebentar saja (sekadar bahan bercampur).
- Seterusnya masukkan bahan kering, tepung gandum dan susu tepung sedikit demi sedikit.
- Adun hingga sekata.Kemudian tambahkan ke dalamnya keju parut, adun lagi.
- Bentukkan bulat adunan, kemudian leperkan dan isi inti jam nanas di tengah. Bulat semula, letakkan dalam Loyang yang telah disapu mentega.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C ikut kesesuaian ketuhar.
- Selepas 20-30 minit, angkat dan sapu permukaan tart dengan bahan sapuan.
- Bakar semula lebih kurang 3-4minit lagi.
Credit : fatmahbahalwan
By @vthree2107

TART NANAS CENGKIH
BAHAN-BAHAN:
125gm mentega
125gm marjerin
75gm gula halus
2 biji kuning telur
60gm keju parut | boleh abaikan jika tidak suka
Jen nanas secukupnya
BAHAN KERING:
325gm tepung gandum
25gm tepung jagung
25gm susu tepung
BAHAN SAPUAN:
2 biji kuning telur,
2 sudu teh minyak
2 sudu the susu cair
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan mentega, marjerin, gula dan kuning telur dalam mangkuk adunan. Kacau rata (asal sebati, jangan terlalu lama).
2. Tambahkan bahan kering, tepung gandum dan tepung jagung, adun menggunakan spatula.
3. Ambil sedikit adunan lebih kurang 8gm, leperkan dan letakkan jem nanas di dalamnya. Bulatkan semula.
4. Buat garisan pada bulatan aduan dengan pisau dan letakkan bunga cengkih sebagai tangkai.
5. Susun dalam loyang pembakar dan masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150-160 C selama20- 30 minit. Bergantung kepada ketuhar anda.
6. Angkat dan oleskan dengan bahan sapuan, masukkan semula ke dalam ketuhar 3-5 minit.
7. Angkat dan rehatkan di atas redai kuih sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
resipi : @mbaiyya
rebake : @rina_muria

TART BUNGA TERATAI
BAHAN-BAHAN:
125gm mentega
125gm margarin
2 biji kuning telur
40gm gula halus
25gm susu tepung
50gm tepung jagunag
300gm tepung gandum
Jam nanas secukupnya sebagai inti
BAHAN SAPUAN:
2 kuning telur
1 sudu makan minyak masak
1 sudu teh madu
CARA MEMBUAT:
- Campurkan mentega, marjerin, kuning telur halus dalam mangkuk adunan dan adun menggunakan mixer dengan kelajuan perlahan (asal bercampur sahaja) lebih kurang 1-2 minit.
- Seterusnya masukkan, tepung jagung dan susu tepung, adun rata menggunakan spatula.
- Setelah sekata, masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit. Dan adun sebati.
- Canai adunan menggunakan rolling pin, untuk lebih mudah lapiskan adunan dengan plastik.
- Terap dengan acuan bunga Teratai. Letakkan dalampaper cup kecil dan hias dengan jem nanas yang telah dibulatkan di atasnya.
- Susun dalam dulang pembakar, panggang dnegan suhu 150-160C selama 20-30 minit.
- Angkat dan olehkan dengan bahan sapuan, biar seketika dan bakar semula 2-3 minit.
- Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan seketika sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Resipi :@mayasefry
4 Menu Berasaskan Mangga Ni Sungguh Sedap & Senang.

Ini 4 Menu Berasaskan Mangga Perkongsian Dari Chef Megat
Mangga bukan hanya enak dimakan mentah dijadikan jus ataupun jeruk, tetapi mangga juga enak diolah sebagai makanan. Malah rasanya juga tidak mengecewakan, enak dengan rasa masam manis. Tak percaya, ini ada empat menu yang mempunyai campuran mangga dikongsikan oleh chef Megat untuk anda semua cuba.
AYAM MANGGA
BAHAN-BAHAN:
- ½ ekor ayam | potong kecil
- 120-150gm tepung jagung
- 1 biji telur
- 2 sudu teh garam
- 1 sudu teh lada hitam
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
BAHAN SOS:
- 5 sudu makan sos plum
- ½ sudu jus lemon
- 2 batang cili merah | buang biji dan cincang
- 1 biji bawang merah | cincang
- 2 ulas bawang putih |c cincang
- ¼ sudu teh bijan
- 50ml air
- Garam cukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
BAHAN SALAD MANGGA:
- 1 biji mangga muda saiz sederhana | hiris halus
- 2 batang cili merah | buang biji dan hiris
- 1 biji bawang besar | hiris halus
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat ayam goreng; Satukan tepung jagung, garam, dan lada hitam, gaul sebati.
- Pecahkan telur. Gaul ketulan ayam dengan telur hingga sebati.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Celup ketulan daging ayam ke dalam adunan tepung dan goreng hingga garing.
- Angkat, tos dan ketepikan untuk membuat sos.
- Untuk membuat sos; Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili merah.
- Masukkan sos plum, jus lemon, air dan gaul sebati hingga mendidih. Dan masukkan bijan.
- Kacau seketika dan perasakan dengan garam. Tutup api.
- Untuk membuat salad mangga; Satukan mangga, cili dan bawang besar. Susun salad di atas pinggan.
- Kemudian letakkan ketulan ayam yang sudah digoreng di atas salad mangga. Akhir sekali, tuangkan sos di atas ayam dan salad mangga. Sedia untuk dihidangkan.

UPSIDE DOWN MANGO CAKE
BAHAN-BAHAN:
- 340ml mentega
- 80gm gula perang
- 30gm dessicated coconut / isi kelapa kering
- 1 biji mangga masak | potong dadu
- 230gm tepung kek
- 4 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh garam
- 290gm gula kastor
- 3 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 260ml susu segar
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega, gula perang dan gula kastor hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan masukkan esen vanila. Gaul sebati. Ketepikan.
- Satukan tepung kek, serbuk penaik dan garam. Setelah itu, masukkan adunan tepung kek secara berselang seli dengan susu segar ke dalam adunan berisi mentega dan telur tadi.
- Gaul sebati dan kemudian masukkan isi kelapa kering. Gaul hingga sebati.
- Sapukan sedikit mentega pada loyang kek saiz 9 atau 10 inci.
- Taburkan potongan mangga di dasar loyang.
- Tuangkan adunan kek.
- Bakar pada suhu 180 ˚C selama lebih kurang 50-60 minit hingga keperangan.
- Sejukkan dahulu sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
- Terbalikkan kek, bahagian potongan mangga ke atas. Potong dan hidang.

VANILLA MANGO CUP CAKE
BAHAN-BAHAN:
- 154gm tepung kek
- 11/4gm serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
- 2 biji telur
- 143gm gula kastor
- 11/2 sudu teh esen vanila
- 85gm minyak jagung
- 85gm susu segar
- Acuan kek cawan secukupnya
BAHAN MANGO CURD:
- 400gm isi mangga
- 100gm gula kastor
- 3 sudu makan jus lemon
- 1/8 sudu teh garam
- 4 biji kuning telur
- 30gm mentega
CARA MEMASAK:
- Mula,-mula, sediakan mango curd dahulu. Isi mangga dikisar hingga halus.
- Masukkan jus lemon, gula, garam dan kuning telur gaul sebati.
- Gunakan kaedah ‘double boiler’ untuk memasak adunan.
- Masak lebih kurang 15-20 minit hingga adunan memekat.
- Alihkan dari api dan masukkan mentega. Gaul sebati. Simpan di dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman. Keluarkan bila hendak digunakan.
- Untuk menyediakan kek cawan, Panaskan oven 180 ˚ C.
- Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
- Dalam bekas berasingan, pukul telur sedikit dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang.
- Masukkan esen vanila dan minyak jagung ke dalam adunan dan pukul sebati.
- Masukkan campuran tepung tadi dan selang-selikan dengan susu segar.
- Gaul sebati dan masukkan ke dalam bekas acuan kek cawan 2/3 penuh.
- Bakar lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan.
- Sejukkan seketika. Buat lubang pada bahagian tengah kek cawan. Picitkan mango curd yang telah disediakan lebih awal Sedia untuk dihidangkan.

MANGO TART WITH MANGO WHIPPED CREAM
BAHAN KULIT TART:
- 280gm tepung serba guna
- 12gm kelapa kering
- ½ sudu teh garam
- 3 sudu makan gula
- 225gm mentega
- 3 biji telur kuning
BAHAN: KRIM MANGGA:
- 250gm fresh cream/krim putar
- 50gm mango curd / sri kaya mangga
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat kulit tart; Satukan tepung serba guna, kelapa, gula, garam dan mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.
- Masukkan telur kuning dan uli hingga menjadi doh.
- Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
- Keluarkan dan bahagikan doh kepada bahagian kecil dengan berat antara 12-15 gram.
- Tekan pada acuan tart atau muffin. Bentukkan kulit tart. Bakar pada suhu 170˚C selama lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk seketika
- Untuk membuat inti mangga, Pukul krim hingga kembang. Masukkan mango curd dan kaup balik hingga sebati. Picitkan krim mangga ke dalam kulit tart.
- Hias dengan potongan mangga. Sedia untuk dihidangkan.
Daging Masak Kicap Kampung Style, Gerenti Jilat Jari

Masakan yang dimasak dengan gaya kampung memang sangatlah sedap. Kalau ada yang kata tak berapa selera nak makan, cubalah masak dengan cara kampung. Mesti selera akan naik kembali. RASA kongsikan lauk daging masak kicap yang pasti akan membuatkan selera anda bangkit. Dengan rasa cukup pedas manis daging ini, boleh naikkan selera.
DAGING MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN
600 gram daging (hiris nipis)
2 biji kentang (belah 8)
Minyak masak untuk menggoreng
3 ulas bawang merah kecil (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 biji cili besar hijau (hiris)
Kicap manis secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng daging. Ketepikan.

2. Goreng kentang. Ketepikan.
3. Kaut minyak masak tadi. Tinggal agak-agak dua sudu besar.
4. Tumis bawang merah dan bawang putih.

5. Masukkan cili besar hijau.
6. Masukkan daging dan kentang. Gaul rata.
7. Masukkan kicap secukupnya dan kacau. Siap.
Selamat mencuba!
Kredit resipi: Facebook Lovey City

