Cucur udang memang sedap dimakan ketika panas-panas. Cecah pula dengan sos atau sambal kicap. Melalui akaun facebook, Izwahani Zainal berkongsi resipi membuat jemput-jemput udang. Resipinya simple saja tapi rasanya cukup sedap dan sambalnya pula menambah cita rasa. Izwahani tidak menggunakan serbuk penaik sebaliknya dia menggantikannya dengan telur ayam.
CUCUR UDANG
BAHAN-BAHAN
Tepung gandum (BELI DI SINI)
Telur ayam
Bawang besar | potong dadu (BELI DI SINI)
Kucai | hiris halus
Lada merah | hiris halus
Udang saiz sederhana secukupnya | disiang bersih
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
Ads
CARA MEMBUAT
1. Satukan tepung dengan telur ayam, bawang besar, kucai, lada merah, udang dan garam.
2. Bancuh dengan air sehingga teksturnya tidak pekat dan tidak cair. Sesuai untuk digoreng.
3. Panaskan minyak masak dan goreng sesudu demi sesudu sehingga habis bancuhan.
SOS LADA MERAH
BAHAN-BAHAN
Lada merah
Bawang putih (BELI DI SINI)
Garam
Gula
Cuka/limau kasturi
Air masak
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua dalam mesin pengisar.
2. Kisar sehingga lembut.
Terasa nak makan pisang goreng dengan tepung rangup yang sedap? Ini cara bancuh batter @ tepung salutan pisang goreng yang mudah dan dijamin menjadi.
Tepung salut rangup ditambah pula dengan pisang yang manis. Ada pula biji bijan. Bila makan tu terasa lemak-lemak wangi bijian ini. Hmm…memang terbaik!
Nak cuba? Boleh try resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Memang terbaik! Anda pasti berpuas hati dengan rasanya. Kalau goreng pisang dari pagi sampai petang pun tetap rangup. Guna pisang lembik pun tak serap minyak. Cubalah.
Menu Arab atau Timur Tengah memang popular di kalangan rakyat Malaysia. Tengok aje dah kecur. Aromanya pun bukan main menusuk hidung. Padan ler restoran Arab cukup laku keras kat Malaysia ni.
Ni min kongsi lima resipi lagisajian Arab dari Chef Suhaili Mohd Nor, orang lama dalam bidang masakan. Jom cuba buat…
1. FALAFEL
BAHAN-BAHAN :
300 gm kacang kuda | direbus dan dikisar
1 besar bawang merah | dicincang
2 ulas bawang putih | dicincang
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh teh jintan manis
1 sudu makan tahini *ada dijual di kedai runcit Arab
2 sudu makan tepung gandum
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAKNYA :
1. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam satu adunan kecuali minyak. Adun sehingga sebati.
2 .Kemudian bentukkan menjadi bebola sehingga habiskan adunan.
3. Panaskan kuali serta minyak untuk menggoreng. Gorengkan sehingga nampak warna nya bertukar menjadi keperangan dan masak.
4. Angkat dan toskan. Boleh dihidangkan bersama roti pita dan yogurt.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Ala pengedil kekacang Keistimewaan : Rasa kacang kuda berempah Anggaran kos :RM 10
Info Chef: Sedap dijadikan inti roti pita dan dimakan bersama yogut.
2. HUMMUS
BAHAN-BAHANNYA :
450 gm kacang kuda
1 ulas bawang putih.
1 biji jus lemon.
1 sudu teh jintan putih.
3 sudu makan tahini.
3 sudu makan minyak zaitun.
1 sudu teh garam.
Bahan hiasan :
1 sudu teh serbuk paprika
Sedikit herba dill
1 sudu teh minyak zaitun.
CARA MEMASAKNYA:
1. Rebus kacang kuda sehingga masak. Perlu menggunakan kacang kuda yang kering dan direbuskan sehingga empuk.
2. Kemudian kisar kacang kuda bersama, bawang putih, jintan putih.
3. Setelah dikisar perahkan jus lemon.
4. Campurkan tahini, minyak zaitun dan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali hidangkan hummus dan hiaskan dengan serbuk paprika, dill dan minyak zaitun.
6. Boleh dimakan bersama roti arab.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Rebus Jenis masakan : Sajian Arab Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja Anggaran kos :RM 8
Info chef : Tahini adalah pes yang dibuat dari serbuk bijan . Ia adalah bahan utama dalam masakan hummus
3. COUSCOUS SAYUR
BAHAN-BAHAN :
350 gm cous cous
1 biji bawang holland | dicincang
3 ulas bawang putih
1 batang terung | dipotong dadu
1 tin kacang pis
1 sudu makan minyak zaitun untuk menumis
1 biji tomato | dipotong dadu
1 tangkai herba segar thymes
1/2 mangkuk air
Garam secukup rasa
300 gm keju Mozarella | parutan.
CARA MEMASAKNYA :
1. Tumis bawang holland dan bawang putih dengan minyak zaitun sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan terung, tomato dan herba thymes.
3. Kemudian masukkan couscous dan air.
4. Biarkan couscous mengembang sedikit dan masukkan garam secukup rasa
5. Akhir sekali masukkan kacang pis dan biar ia masak sebentar.
6. Masukkan dalam bekas aluminium foil masukkan kuskus dan tabur keju mozarella
7. Bakar sebentar sehingga nampak keperang-perangan.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Rebus Jenis masakan : Sajian Arab Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja Anggaran kos :RM 8
Info Chef :Couscous banyak digunakan dalam masakan Timur Tengah dan Mediterranean. Ia sebenarnya pasta yang dibuat dalam butiran halus
4.SAMBOOSA
BAHAN-BAHAN :
Bahan-bahan Inti:
500 gm daging kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk cili
1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih dicincang
2 tangkai daun pudina
2 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun parsli
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak untuk menumis
Beberapa kulit popiah
1 mangkuk minyak untuk menggoreng
Bahan membuat gam :
2 sudu makan air
4 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAKNYA:
1.Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun pudina, ketumbar, daun parsli dan garam.
3.Gorengkan sehingga air daging kering.
4.Kemudian sejukkan sebentar.
5.Keluarkan sehelai kulit popiah. Masukkan inti ke dalam dan lipat 3 segi.
6.Gamkan lipatan dengan campuran air dan tepung supaya inti tidak terkeluar.
7.Goreng samboosa dengan minyak banyak dengan api yang kecil. Kemudian terbalikkan dan biarkan ia masak.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan goreng minyak penuh Jenis masakan : Kuih, kudapan Keistimewaan : Inti daging lazat dengan kulit samboosa yang rangup Anggaran kos :RM 25
5. MANAKKISH
BAHAN-BAHANNYA :
1 keping roti pizza
10 gm zaitun hitam | dicincang halus
10 gm bijan
1/2 biji cili benggala hijau dan merah | dihiris hiris
1 biji tomato | dipotong bulat
3 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK :
1. Campurkan minyak zaitun, zaitun hitam yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk adunan.
2. Kemudian lenserkan minyak zaitun ke atas roti pizza dan taburkan kesemua bahan campuran tadi ke atas roti pizza tadi.
3. Akhir sekali hiaskan dengan cili benggala dan tomato di atas inti yang telah ditabur ke atas roti pizza tadi.
4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 c.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Sajian Arab untuk sarapan dan minum petang Keistimewaan : Gabungan zaitun dan bijan yang enak Anggaran kos :RM 15
Info Chef : Sesuai untuk mereka yang gemarkan ‘topping’ bukan daging. Sajian berkhasiat tanpa lemak atau rendah lemak.
Buat dulu stok begedil dan disimpan dalam freezer dan digoreng bila hendak makan. Begedil sesuai makan dengan soto atau bihun dan boleh juga makan sebagai lauk. Sedap juga makan begitu sahaja dicicah dengan sambal kicap.
BEGEDIL AYAM
BAHAN-BAHAN
5kg kentang
1kg isi ayam (direbus dan dicarik-carikkan)
200g bawang goreng
200g daun sup
Telur (untuk salut bergedil)
BAHAN PERASA
garam
gula
serbuk lada sulah
CARA MEMASAK
1. Goreng kentang agak-agak garing sikit. Angkat dan toskan minyak betul-betul.
2. Hancurkan kentang dan gaulkan dengan bahan-bahan lain kecuali telur.
3. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa, serbuk lada sulah
4. Kepal-kepalkan mengikut bentuk dan saiz yang diingini.
5. Panaskan kuali dengan minyak. Celup bergedil dalam telur dan goreng sekejap sahaja.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.