Sedapnya donut kampung. Donut versi basic dan disalut gula. Tapi teksturnya lembut dan gebu. Sekali makan, memang rasa tak puas. Bagi puan-puan yang rasa nak makan donut macam yang biasa nikmati masa zaman kecil dulu, resipi yang dikongsi oleh saudari Ina Bakeri ni antara yang terbaik boleh dicuba. Malah doh ni juga boleh digunakan untuk buat pau goreng atau pau Malaysia. Memang terbaik! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT DONUT KAMPUNG LEMBUT, GEBU & TANPA TELUR
BAHAN A:
2 1/2 cawan air suam
2 paket yis mauripan
5 sudu makan gula
5 sudu makan susu pekat
BAHAN B:
1 kg tepung gandum ( Puan Ina guna tepung cap sauh)
5 sudu makan marjerin (Puan Ina guna cap pelangi)
4 sudu teh baking powder
2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Campurkan bahan A dalam satu bekas. Kacau untuk sebatikan dan biar kembang seperti dalam gambar.
2. Sementara menunggu larutan yis kembang, satukan bahan-bahan B dan gaul sebati.
Ads
3. Masukkan larutan yis yang telah kembang tadi ke dalam tepung. Uli dalam 5-10 minit hingga kulit doh licin dan cantik. Tak nak uli pun tak mengapa. Tapi jika nak donut lebih gebu, ulilah sekejap. Tutup doh dan biarkan 30 minit.
4. Bila doh mengembang 2 kali ganda, tumbuk doh untuk keluarkan angin.
Ads
5. Tabur sedikit tepung pada bahagian atas dan bawah doh. Canai dan terap guna acuan donut. Jika tiada acuan dan nak cepat, boleh bulatkan guna tangan sahaja.
6. Bila dah siap, panaskan kuali dan goreng donut tadi dalam minyak yang banyak menggunakan api perlahan.
7. Jika buat donut untuk frozen, goreng sekejap sahaja untuk matikan yis. Bila kuih nampak sedikit kuning, angkat dan sejukkan atas dulang.
Ads
8. Donut siap untuk disejukbekukan. Pastikan betul-betul sejuk sebelum dimasukkan ke dalam plastik.
9. Beginilah rupa donut dari dalam. Ada rongga-rongga halus. Memang gebu. Selamat mencuba!
Melalui facebook RASA Share Resipi, Suraya Cheeszif berkongsi resipi bingka ubi yang telah dicubanya. Resipi ini dikatakan diambil daripada Rosmini Rozi, Resipi Dapur Bidadari. Jom kita cuba juga.
Selera orang lama tapi kuih bingka ubi ini memang sungguh lejen. Rasanya lemak manis dan sangat sedap. Kuih bingka ubi ini tidak keras. Lembut dan mudah dimakan bagi setiap peringkat usia. Memang sesuailah untuk dijadikan hidangan minum petang.
KUIH BINGKA UBI
Jom minum petang.
BAHAN-BAHAN
2 kg ubi kayu
1 cawan gula pasir
2 biji telur ayam
Gula secukup rasa
1/2 sudu garam (BELI DI SINI)
Beberapa titik pewarna kuning
2 sudu besar minyak masak (untuk sapu pada loyang)
1 1/2 cawan santan pekat (BELI DI SINI)
2 sudu besar minyak masak (untuk campur dalam adunan)
Sedikit mentega (untuk tabur atas kuih sebelum dibakar) (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Kisar ubi bersama air dan tapiskan. Air tapisan boleh digunakan untuk mengisar ubi yang lain. Air tapisan dibuang. Ambil ubi parut yang sudah dibuang airnya sebanyak 4 cawan.
2. Campurkan 4 cawan ubi parut yang dibuang air ini dengan ubi parut yang lain dalam mangkuk.
3. Masukkan telur ayam, gula, garam, pewarna kuning dan minyak masak. Kacau sebati.
4. Tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati.
5. Sapukan loyang dengan minyak masak. Panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas dan bawah
6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci.
7. Taburkan mentega di atas adunan.
8. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam atau bergantung pada oven masing-masing.
9. Potong apabila sudah sejuk.
Wow!
. Tu diaaaa. Dah sejuk, boleh potong.
. Sedap sungguh!
.
Selamat mencuba!
Sumber facebook: Suraya Cheeszif
Kredit Rosmini rozi, Resipi Dapur Bidadari
Bagi penggemar hidangan kuih muih tradisional, pastinya menyukai rasa Bengkang Tepung Beras Gula Merah. Sangat sedap! Rasanya yang lemak manis memang buat tak puas makan. Nak cuba buat sendiri? Saudara Shah Shatry ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-caranya.
CARA MEMASAK: 1.Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180C selama 5-10 minit. 2. Ambil loyang Kuih Bengkang dan sapu minyak masak di permukaannya. Panaskan sekejap di dalam ketuhar tadi. 3. Satukan ke semua bahan di dalam bekas, kemudian kacau sehingga sebati. Boleh kacau menggunakan whisk sahaja. 4. Bila semua bahan sudah sebati dan gula pun sudah larut, masukkan ke dalam kuali @ periuk. 5. Masak di atas api sehingga kental. Pastikan guna api sederhana sahaja. 6. Bila adunan sudah kental, alihkan ke dalam loyang yang telah dipanaskan tadi. 7. Bakar di dalam ketuhar selama 1 jam @ lebih pada suhu 180C menggunakan api atas bawah. Masa membakar mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
8. Jika mahukan kuih yang ada efek hangit di permukaannya, bila sampai 5 minit terakhir, masak guna api atas sahaja. 9. Bila sudah masak, sejukkan kuih terlebih dahulu barulah dipotong dan dihidangkan.
Anda penggemar sajian kuih muih tradisional? Salah satu yang mudah, sedap dan boleh cuba buat hari ini adalah Kuih Puteri Mandi ini. Ia merupakan salah satu kuih tradisional popular kegemaran ramai terutamanya penduduk Pantai Timur. Sangat mudah cara pembuatannya. Saudari Aliyaisma Ariffin ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI KUIH PUTERI MANDI SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN DOH:
2 1/2 cawan tepung pulut – beli online disini 1/2 cawan tepung beras – beli online disini Air dicampur dengan pewarna hijau secukupnya (kalau nak guna air kisaran daun pandan pun boleh)
BAHAN INTI KELAPA:
1 cawan air 2 ketul gula melaka bersaiz besar – beli online disini 2 helai daun pandan 1 cawan parutan kelapa muda
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat doh, satukan semua tepung dan masukkan air dengan secukupnya. Sukatan air hanyalah hingga mendapat bentuk doh yang elok dan tidak melekat di tangan.
2. Cubit doh, bulatkan ikut saiz sebesar ibu jari dan tekan dibahagian tengahnya. 3. Didihkan air dalam periuk kemudian masukkan doh-doh tepung yang telah dileperkan tadi. 4. Masak hingga doh timbul di permukaan air. Angkat dan toskan.
5. Untuk hasilkan inti kelapa, masukkan air ke dalam kuali dan didihkan. 6. Masukkan gula melaka. Kacau sehingga hancur sebati. 7. Masukkan juga daun pandan untuk bau yang lebih harum. 8. Seterusnya masukkan parutan kelapa muda dan kacau sebati dalam cairan gula melaka tadi.
9. Bila inti kelihatan sempurna, masukkan adunan pulut yang telah dimasak dan di toskan tadi. Gaul sebati. 10. Kuih Puteri Mandi sedia untuk dinikmati.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!