Sedapnya Makaroni Bakar. Jika anda penggemar hidangan ini, resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni tentunya harus dicuba. Resipi Makaroni Bakar ini tidak menggunakan banyak bahan. Malah cara penyediaannya juga cukup mudah. Sesuai bagi anda yang sukakan resipi yang ringkas, mudah dan sedap. Jom cuba. Anak-anak dan suami pasti suka.
CARA MEMASAK: 1. Rebus makaroni sampai empuk. Toskan dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih & bawang merah sehingga naik bau.
3. Bila bawang dah layu, masukkan rempah kari yang dah dibancuh dengan sedikit air. Tumis biar wangi.
Ads
4. Kemudian masukkan pula daging cincang. Kacau sehingga daging masak.
5. Masukkan pula lobak merah dan cili benggala. Gaul rata.
6. Kemudian letak makaroni. Gaul lagi hingga sebati. Bolehlah perasakan dengan garam, gula & serbuk cukup rasa. Kacau bagi sekata.
7. Masukkan pula daun sup.
8. Kacau rata dan tutup api. Ketepikan supaya makaroni sejuk sedikit.
9. Sementara menunggu makaroni dalam kuali sejuk, sapukan sedikit marjerin pada bekas caserol. Kalau tiada caserol, gunalah loyang yang dilapik dengan baking paper.
10. Bila makaroni sudah suam-suam kuku, pecahkan telur ke dalam kuali.
11. Gaul rata jadi seperti di dalam gambar.
12. Kemudian tuang ke dalam caserol dan ratakan.
Ads
13. Sagat keju cheddar. Ratakan dipermukaan makaroni.
14. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180’c selama 40 minit atau sehingga masak.
15. Makaroni yang dah dibakar.
16. Untuk menikmati, tuang sos dan mayones mengikut cita rasa. Sedia untuk dihidangkan.
Tak tau nak minum petang apa? Try la kerabu maggi. Kerabu maggi seafood ni memang sedap sesangat. Korang kena try buat. Kerabu maggi pernah viral seketika dulu. Namun peminatnya tetap ada sampai sekarang. Lagi-lagi kalau diletak udang sedar yang gemuk-gemuk. RASA berikan resipi kerabu maggi yang sedap dan simple je kalau nak dimasak.
KERABU MAGGI
BAHAN HIRIS
4 biji cili padi (BELI DI SINI)
4 helai daun kobis
1 biji lobak merah
2 pokok daun ketumbar
1 biji bawang holland
2 biji tomato (BELI DI SINI)
BAHAN LAIN
Air untuk mencelur
4 ekor sotong (potong bulat)
4 ekor udang besar
4 batang jejari ketam
2 peket Maggi perasa tomyam
1 biji limau nipis (perah jusnya)
2 sudu besar kicap sotong
Gula secukupnya
CARA MEMASAK
1. Didihkan air secukupnya ke dalam periuk.
2. Masukkan sotong, udang dan jejari ketam. Celur sebentar dan toskan.
3. Kemudian masukkan Maggi ke dalam air rebusan tadi. Celur sehingga lembut. Angkat, toskan dan masuk ke dalam mangkuk.
4. Gaul Maggi bersama sotong dan udang, bahan hiris dan perencah Maggi. Perasakan dengan jus limau, kicap sotong, dan gula secukupnya. Gaul sebati.
Bagaikan tidak lengkap menu harian tanpa sambal. Ia menjadi penyedap atau pembuka selera dalam hidangan. Banyak jenis sambal boleh diolah umpamanya dari mangga, terung pipit, belimbing dan sebagainya. Antara ialah sambal goreng, nampak mudah untuk dibuat tetapi sejauh mana kesedapannya. Ini cara membuat sambal goreng warisan oleh Lyana Hisham.
Bebola ikan atau selalunya kita panggil fish ball sangat sedap kalau dimasak sup. Boleh juga jadi pelengkap pada hidangan sayur. Kalau nak buat sendiri bebola ikan, RASA kongsikan resipinya.
BEBOLA IKAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
300 gram isi ikan tenggiri
2 sudu teh tepung jagung
1/2 – 3/4 cawan air sejuk (dalam peti)
Garam secukup rasa
1/2 Sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMBUAT
1. Kikis isi ikan menggunakan sudu ceramik. Ambil isinya sahaja.
2. Kisar isi ikan sehingga lumat.
3. Masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah. Gaul sebati.
4. Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga adunan mendapat tekstur yang tidak likat sangat dan tidak lembik sangat. Lebih kurang macam adunan cekodok pisang.
5. Kemudian keluarkan adunan dan masukkan ke dalam besen kecil. Basahkan tangan dan ambil adunan sedikit demi sedikit. 6. 6. Adunkan doh ikan tadi dalam besen berulang kali sehingga anda rasa adunan menjadi kenyal, berkilat dan licin.
7. Semakin lama adunan dipukul, semakin kenyal tekstur bebola ikan anda.
8. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola seperti di dalam gambar.
9. Ambil bebola ikan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk yang telah dibancuh dengan 1 sudu garam. Rendam selama 15 minit.
10. Didihkan air dan masak bebola ikan sehingga terapung. Kemudian toskan airnya dan dimasak mengikut citarasa.
Nota: Bebola ikan ini enak dinikmati bersama sup sayur, yong taufu. Boleh juga dijadikan penambah rasa dalam sajian nasi atau mi goreng. Boleh disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.