Agar-agar adalah salah satu pencuci mulut yang paling simple tapi sedap. Rasanya manis dan menjadikan selera tambah terbuka untuk menikmati hidangan yang sedap ini. Kadangkala lepas makan kita rasa nak makan sesuatu yang manis sebagai pencuci mulut. Nak buat sesuatu yang senang? Cuba buat agar-agar oreo ni. Guna 4 bahan saja. Tak perlu susah-susah. RASA kongsikan resipinya. Nanti boleh cuba buat.
BAHAN-BAHAN
1 bungkus agar-agar tali
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
2 peket biskut Oreo
CARA MEMBUAT
1. Masukkan 1200 ml air ke dalam periuk. Masak bersama agar-agar sehingga agar-agar larut.
2. Selepas agar-agar larut, masukkan susu cair dan susu pekat.
3. Kacau selama 5 minit. Biarkan mendidih dan tutup api. Ketepikan.
4. Susun biskut dalam loyang. Tuangkan adunan agar-agar tadi.
5. Tunggu sejuk sekejap dan masukkan dalam peti sejuk.
6. Setelah sejuk, potong ikut cita rasa anda.
.
.
Resipi Oleh Dapur Pakcu
Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU
. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/nasi-lemak-kukus-ikan-siakap-goreng-menu-luar-biasa-di-restoran-ngeteh-santai/
https://rasa.my/jom-try-buat-ikan-kembung-rebus-air-asam-memang-syok/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7