Daging Sambal Cili Padi, menu mudah dan cepat disediakan ini memang sedap dan sesuai untuk anda yang super sibuk dan takda masa duduk lama di dapur. Kalau bahan-bahan dah disiapkan awal-awal, anda hanya perlu masak kurang dari 15 minit untuk memasak. Hasilnya memang meletop sedap. Kepada yang perlukan resipi di sini RASA kongsikannya, boleh cuba.
DAGING GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
Garam dan gula secukup rasa
3cm halia | hiris
1 biji cili merah | hiris
1 biji cili hijau | hiris
1 biji bawang besar | hiris
2 batang kacang panjang | potong 3cm
BAHAN SOS:
1 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
BAHAN KISAR:
15-20 biji cili padi
4-5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
CARA MEMASAK:
- Gaulkan daging dengan sedikit serbuk kunyit dan garam halus.
- Panaskan minyak, goreng sekejap daging ( jika terlalu lama daging akan keras). Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak goreng daging tadi, tinggal sedikit dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan bahan sos dan kacau rata hingga sos sebati dan pecah minyak.
- Masukkan daging yang telah digoreng tadi, perasakan dengan garam dan gula jika perlu ( kerana bahan sos sudah masin dan manis).
- Masukkan bahan hirisan, apabaila bahan hirisan sedikit layu. Tutup api.
- Sedia dihidangkan.
Kredit : Ziera Xiera
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI