Lari sebentar dari kesibukan kota untuk mencari kedamaian di luar bandar sambil menghirup udara segar yang menenangkan jiwa. Bak kata orang sekarang cari tempat yang boleh ‘healing’. Jom kita travel ke Sekinchan dan Sungai Besar.
Sekinchan terkenal dengan perkampungan nelayan yang terletak di Sabak Bernam, Selangor, kira-kira 100 kilometer di sebelah utara Kuala Lumpur.
Selain daripada hasil perikanan, Sekinchan turut terkenal dengan sawah-sawah padi yang luas terbentang. Malah, ia merupakan salah sebuah pengeluar beras terbesar di Malaysia. Jumlah keluasan sawah padi di sini adalah kira-kira 180 kilometer persegi.
Jadi tidak hairanlah sepanjang jalan di sini anda dapat menyaksikan pemandangan sawah padi yang menghijau.Sampai di Sekinchan sudah pasti anda mencari port makan yang sering menjadi tumpuan ramai. Antara yang sempat dikunjungi penulis;
Laman Tebu Aidil
Tempat ni bila sesuai untuk minum petang. Lokasinya tidak jauh dari Pasar Jerami. Menikmati jus tebu yang segar adalah semestinya jika berkunjung di sini. Anda boleh pilih makanan di stall yang ada di sekitar kawasan ini. Selain itu, makanan-makanan lain seperti laksa, nasi lemak, kepak ayam madu dan mi kari turut menjadi tumpuan pengunjung di sini.
Makan sambil menikmati panorama yang segar dan indah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa memang sungguh tenang. Bagi yang suka bergambar jangan lupa abadikan kenangan dengan OOTD berlatar belakang pokok tebu.Ambillah banyak mana pun gambar yang anda nak…
Waktu Operasi: Khamis – Isnin (11.30 pagi – 7.30 petang)
Ads
Sawah padi di Sekinchan
Sawah Padi Sekinchan menjadi tarikan utama di Sekinchan yang memang tidak disangkal lagi keindahannya.Waktu yang tepat untuk melihat kehijauan sawah padi luas terbentang ialah pada bulan Mac hingga pertengahan Mei dan awal September hingga pertengahan November. Pastikan jangan terlepas waktu yang sesuai untuk ke sini. Hah apa lagi ramai juga ambil peluang bergambar di sawah padi. Feeling sungguh masing-masing.
Dapo Putih
Tidak lengkap travel jika tidak ke menjengah kafe yang menyediakan minuman pilihan. Dapo Putih antara yang viral di Sungai Besar. Kafe ‘Outdoor’ dengan reka bentuk estetik menjadi tarikan pengunjung.
Siapa sangka adanya kafe sebegini di kawasan perkampungan.Kafe yang diberi nama Dapo Putih ini benar-benar memikat mata sesiapa yang melihatnya untuk singgah dan makan di situ.
Ads
Dapo Putih ini menawarkan hidangan menu menarik seperti piza leleh, mi kari, chicken chop dan spagheti yang cukup membuka selera.
Anda yang menyukai dessert boleh pilih sama ada nak menikmati kek batik, blueberry cheese cake dan biscoff cheese cake.
Jika ingin ke sini, waze sahaja Dapo Putih, lokasinya terletak betul-betul berhadapan SMKA Tun Rahah, Simpang Lima Sungai Besar.
Waktu Operasi : Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 3 petang hingga 11 malam.
Berita baik bagi penggemar sajian UDANG GALAH! Jika anda ingin menikmati keenakkan udang galah dengan harga yang sangat berpatutan, Feeza Corner yang terletak di Shah Alam Walk ini adalah lokasi yang wajib anda serbu. Tak susah pun nak cari tempat ni. Ia berada berhadapan dengan menara MRCB.
Siapa sangka di tengah bandaraya Shah Alam ni rupanya ada kedai menyajikan hidangan panas yang murah dan menyelerakan. Hanya dengan RM9.50, anda boleh menikmati set lengkap dengan sepinggan nasi putih serta pilihan Tomyam Udang Galah Bangkok, Udang Galah Masak Pedas atau Udang Galah Goreng Kunyit. Wow!!!
Jika tidak terasa nak makan nasi, anda juga boleh mencuba Kueh Teow Ladna Udang Galah, Kueh Teow Kungfu Udang Galah Mi Udang Galah dan Maggi Udang Galah. Perghhh…memang terbaik! Dengar nama-nama hidangan pun dah buat tekak rasa teringin.
Selain set udang galah, terdapat juga aneka sajian ala Thai lain yang di sediakan seperti Kerabu Maggie, Tomyam, Ketam Masak Pedas, Paprik, Kailan Ikan Masin dan banyak lagi. Wajib juga untuk cuba Jus Durian Belanda. Siap ada potongan buahnya sekali. Sooooo refreshing!
Feeza Corner ni sudah beroperasi selama 5 tahun. Menurut pemiliknya, kedai beliau dibuka setiap hari seawal jam 11 pagi dan ditutup pada jam 10 malam. Pada waktu siang Feeza Corner sering menjadi tumpuan pekerja-pekerja pejabat di sekitar Bandar Shah Alam yang ingin menikmati hidangan panas. Kalau datang bawa keluarga pun sesuai kerana terdapat banyak pilihan makanan yang boleh dicuba.
‘Hirup sampai titisan terkahir’ adalah maklum balas yang sering diberikan oleh pelanggan. Jadi jangan lupa lepaskan peluang untuk merasa sendiri kesedapannya. Selamat mencuba!
Feeza Corner
Lokasi: Shah Alam Walk, Jalan Majlis, Seksyen 14 Shah Alam (Berhadapan MRCB)
Waktu operasi: 11 pagi-10 malam (setiap hari)
Wajib cuba: Set Menu Udang Galah dan Makanan Ala Thai
Bagi peminat roti canai, kini viral pula dengan satu lagi versi roti canai iaitu roti canai sarang burung. Dimasak dengan cara lingkaran seperti sarang burung. Kemudian diletakkan dua biji telur goyang di dalam sarang itu.
Peminat telur goyang adalah mereka yang termimpi-mimpikan roti canai sarang burung ini kerana keenakan telur sedemikian sangat menggamit rasa.
Malakat Mall iaitu sebuah mall yang sepenuhnya menggunakan produk Muslim kini memperkenalkan roti canai sarang burung yang dimakan dengan kuah kari, dhal dan sambal tumis yang amat sedap. Dijual di Bunch-Oh iaitu sebuah food hall yang meletakkan pelbagai jenama makanan di bawah satu bumbung.
Gaya memasak roti canai sarang burung ini pula sangatlah menarik, siap ditebar dengan cara terbang. Kebanyakan tenaga atau tukang masak di sini dipelopori oleh golongan profesional iaitu chef. Sudah pasti cara penyediaan, presentation dan cita rasanya amat tinggi kerana mementingkan kebersihan dan kesedapan.
Jom layan gambar!
Sedia nak memasak.
Pelanggan yang datang makan di sini.
Tu diaaaaa.
Ramai yang dah cuba. Korang bila lagi?
Terbang tinggi-tinggi!
Aduhhhh, sedap nampaknya. Kan?
Wow, memang datang Bunch-Oh sebab nak lepak makan roti canai sarang burung. Terbaik kata mereka!
Bunch-Oh menggunakan sepenuhnya produk Muslim. Confirm halal tau.
Jangan lupa singgah di Bunch-Oh, The Tarik Corner di Malakat Mall di Cyberjaya untuk mencuba sendiri roti canai sarang burung dengan cita rasa premium!
Nak tengok video masak roti canai sarang burung ni? Jom tengok.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Saat berbuka puasa sememangnya dinantikan oleh semua. Tambah pula dihidangkan dengan masakan kegemaran pasti tak sabar nak menikmatinya.Tidak kira sama ada berbuka puasa di rumah mahu pun di luar, pastinya kemeriahan berbuka puasa meninggalkan nostalgia buat anda semua.
Citarasa Anak Kampung
Masakan kampung Malaysia menjadi tema bagi bufet Ramadan di The Westin Kuala Lumpur. Bufet Citarasa Anak Kampung bermula dari 24 Mac hingga 19 April 2023.
Keseronokan yang luar biasa menanti pengunjung kerana rasa dan aroma masakan kampung Malaysia yang meriah dihidupkan di The Living Room.
Tujuh tukang masak( chef) membawa hidangan istimewa yang mencerminkan anak kampung sebenar,semangat dan hidangan kegemaran kampung halaman mereka.
Chet атіс Buvona berkongsi menu Kambing Golek Nasi Briyani. Resipi nasi briyani diinspirasikan oleh rakan Chef India dan Arab Chef Hamid. Nasi disediakan dengan rempah ratus dan nasi yang dimasak perlahan dalam kawah di atas api terbuka dalam gelombang tradisional. Kambing dimasak selepas 24 jam diperap dengan 12 jenis herba dan rempah ratus. Resipi perapan diilhamkan oleh arwah neneknya. Hidangan kampung ini disertakan dengan telur sattron, salsa dan sos asam jawa untuk sentuhan yang unik.
Chef Hafizi, anak kampung Tangga Batu, Melaka mengajikan Ikan Salmon Bakar Portugis yang terkenal di kampungnya, rempah ratus yang dicipta khas dan diilhamkan oleh arwah datuknya 20 tahun lalu.
Chef Iqbal, anak kampung Kuala Lipis, Pahang menyajikan Ayam Opor dan Daging Dendeng Berlado, menu paling dicari di kampung halamannya.
Resipi Ayam Opor unik dengan cara tersendiri, diwarisi daripada ibunya semasa Hari Raya dan sering dinikmati bersama ketupat dan lemang. Daging Dendeng Berlado juga merupakan hidangan penting yang disajikan di majlis perkahwinan orang Melayu di Pahang. Hidangan ini berasal dari keluarga sebelah bapa chef, yang berketurunan Jawa dan telah menjadi tradisi keluarga yang ingin dihayati melalui bufet Ramadan ini.
Chef Firdaus Atan, anak jati Shah Alam, Selangor menghidangkan Rendang Ayam Kampung Pedas. Membesar dengan merasai rendang buatan bandar yang lazat, Chef Firdaus membawa resipi buatan sendiri ke dalam ciptaannya untuk hidangan bufet. Rendang Ayam Kampung Pedas merupakan hidangan perayaan tahunan di rumah Chef Firdaus dan dia berkongsi kemeriahan di bufet Ramadan The Westin Kuala Lumpur. Resipi yang dibuat khas ini mempunyai kelainan warna dan rasa.
Pasukan kulinari di The Living Room telah berusaha sedaya upaya untuk menawarkan pengalaman kulinari kampung yang unik dengan gabungan masakan tempatan yang menakjubkan.
Pengunjung pastinya menikmati hidangan tradisional sambil berjalan melalui kaunter bufet dalam suasana kampung.
Bufet Ramadan ini ialah RM208 nett seorang (dewasa),RM104nett seorang (kanak-kanak).Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah makan secara percuma.Semua harga dalam nett adalah termasuk 6% SST.
Diskaun (sah pada harga biasa sahaja)Diskaun 15% untuk ahli Club Marriot mendapat diskaun 15%.15% untuk warga emas (60 tahun ke atas) Diskaun 10% untuk pemegang kad bank terpilih.
Dapur by KLGCC
Bermula 23 Mac hingga 20 April 2023, Kelab golf Kuala Lumpur & Country Club (KLGCC) menjemput semua untuk berbuka puasa dengan tawaran bufet Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
Diketuai oleh Chef Eksekutif Mohd Faisal Ismail, sebanyak 18 jenis gerai makanan tempatan dan antarabangsa yang menyelerakan disajikan kepada para pelanggan.
Antara menu menarik ialah lidah bakar, ayam panggang bumbu,bubur lambuk,udang sambal petai,tenggiri lada hijau,tumis darat daging kalio,kambing panggang dan sate. Tetamu juga disajikan hidangan laut, popiah basah,lemang,rendang,kuih muih tradisional,ais kacang dan cendol.
Pakej bufet Ramadan berharga RM138 bagi ahli kelab KLGCC dan RM165 bagi bukan ahli. Kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun RM68. Baucer “Dapur by KLGCC boleh didapati di platform e-dagang Lazada.
Nasi Kerabu Specials Kolaborasi Bersama Chef Anis Nabilah
Menu Ramadan dan Raya Secret Recipe kembali dengan hidangan Nasi Kerabu yang digemari ramai.
Diinspirasikan oleh hidangan tempatan dan sentuhan moden kontemporari, menu Ramadan dan Raya Secret Recipe pasti memenuhi idaman anda untuk hidangan yang seimbang dan berkhasiat, sesuai untuk bulan yang penuh barakah ini!
Menu Ramadan dan Raya tahun ini menampilkan variasi hidangan kegemaran bermusim yang popular: Nasi Kerabu Specials. Hasil kolaborasi bersama chef selebriti, Anis Nabilah, hidangan istimewa baharu ini menampilkan tiga hidangan di mana hidangan berwarna biru tersebut menjadi tumpuan utama. Tetap setia kepada rasa kaya dan lazat Nasi Kerabu, hidangan ini juga menawarkan alternatif yang sihat tanpa menjejaskan keenakan.
Menu pertama adalah Nasi Kerabu yang menyajikan nasi herba dengan ringkas dan berperisa. Ia disajikan nasi biru bunga telang bersama dengan sayur-sayuran segar,keropok ikan, telur masin, sos kelapa pedas dan sambal.
Sementara itu, Nasi Kerabu Ayam Percik menyajikan nasi Kerabu biru dengan hidangan sampingan berwarna-warni dan paha ayam panggang serta sos percik pedas. Selanjutnya, Nasi Kerabu Ikan Saba Percik menawarkan ikan yang dipanggang bersama sos Percik, dipadankan dengan nasi biru yang harum dan pelbagai hidangan sampingan.
Untuk melengkapi hidangan yang menyelerakan ini, Anis Nabilah juga telah mencipta dua minuman unik baharu untuk pelanggan Secret Recipe. Kurma Calamansi Fizz menggabungkan kemanisan dari buah kurma dengan rasa limau kasturi yang bertenaga, manakala Ice Blended Onde-Onde ialah minuman berasaskan kelapa yang diilhamkan daripada pencuci mulut tradisional yang dinamakan sempena namanya.
Dicipta dengan mengutamakan penggemar makanan yang suka bereksperimen, minuman ini beralih daripada minuman manis biasa untuk menawarkan pengalaman yang lebih menyegarkan.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita dimanjakan dengan kepelbagaian pilihan makanan. Musim Ramadan dan Raya ini, kami berbesar hati untuk membawa kembali salah satu hidangan perayaan kami yang paling laris dan menu Raya kegemaran sepanjang masa – Nasi Kerabu Specials, dengan sentuhan istimewa oleh chef selebriti, Anis Nabilah. Proses untuk mencipta semula menu ini amat menyeronokkan, dengan eksperimentasi profil rasa yang berbeza untuk memenuhi selera yang paling digemari rakyat Malaysia,” kata Evelyn Lee, Ketua Pemasaran Secret Recipe.
Anis Nabilah berkata, “Sebagai seorang chef, saya rasa teruja untuk bereksperimen dengan hidangan yang mungkin kelihatan biasa kepada orang lain. Ia membolehkan saya menerokai pelbagai rempah ratus, herba dan ramuan, dan akhirnya menghasilkan rasa yang baru dan menarik.
Kolaborasi ini amat menyeronokkan kerana saya gemar meneroka pelbagai ciptaan masakan semasa musim Raya. Ia membangkitkan semangat saya untuk teruskan perjalanan saya dalam bidang memasak dan membolehkan saya menerokai pelbagai citarasa!”
Secret Recipe juga memperkenalkan kek Onde Onde baharu dalam rangkaian kek Platinum Collection, khusus untuk musim Ramadan ini. Menterjemah salah satu pencuci mulut kegemaran Malaysia dalam bentuk kek, Onde Onde ini adalah hasil ciptaan krim kelapa yang diapit di antara span pandan yang gebu, dihiasi dengan krim Gula Melaka dan kepingan kelapa.
Nasi Kerabu Specials Secret Recipe kini boleh didapati di semua cawangan Secret Recipe di Semenanjung Malaysia. Manakala, Onde Onde berharga RM78 untuk bawa pulang, dan RM85.35 untuk pembelian makan di restoran, di semua cawangan Secret Recipe di Semenanjung Malaysia.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.