Hari ni nak masa apa? Kalau tak tau nak masak apa, korang boleh masak Ketam Gulai Lemak Cili Padi. Tapi kali ini korang cuba tambah ke dalam pegaga, pakej sekali dengan sayur. Dah tak payah masak sayur lagi. Jimat masa dan sesuai sangat dengan mak-mak yang sibuk maklumlah di hari Jumaat ada encik suami yang nak balik makan sebelum solat Jumaat dan anak-anak pun balik sekolah awal kan… lauk ini sangat membantu korang cepat masak dan sedaop ye.. tambah sambal belacan dan ikan masin goreng wah berselera ye.
GULAI LEMAK KETAM BERSAMA PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ketam | bersihkan dan tos
- 150gm daun pegaga | buang tangkai
- 1 liter santan kelapa
- 2 keping asam gelugor
- 2 batang serai | titik
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan bersama bahan kisar dalam periuk.
2. Masak di atas dapur menggunakan api sederhana.
3. Setelah mereneh masukkan serai dan asam gelugor.
4. Seterusnya masukkan ketam dan daun pegaga. Terus kacau.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Selapas 3-4 minit. Tutup api.
7. Gulai ketam sedia dihidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Ayam Balado Sedap & Sangat Mudah Dimasak
Sedapnya lauk Balado Ayam ni. Ringkas, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Walaupun cuma satu lauk, ini pun dah cukup untuk membuka selera suami dan anak-anak. Nak cuba masak? Resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ni antara yang terbaik boleh dicuba.
RESIPI BALADO AYAM MUDAH, SEDAP & TAK GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- Ayam – potong kecil
- Serbuk kunyit secukupnya – beli online disini
- Garam secukup rasa
- Gula secukupnya
- ½ inci asam gelugur – beli online disini
- Bawang besar – hiris
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang merah bombay
- 2 ulas bawang putih – beli online disini
- 15 tangkai cili merah
- 10 biji cili padi hijau
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan perap dengan serbuk kunyit dan garam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Angkat.
3. Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi. Kemudian tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Jika minyak kurang, tambah sedikit.
4. Bila dah pecah minyak, masukkan garam, sedikit gula dan ½ inci asam gelugur. Asam gelugur tidak letak banya bagi elak rasa yang terlalu masam.
5. Masukkan ayam dan bawang hiris. Kacau rata sehingga bawang layu. Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Nana Sabrina Sarsan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Sup Mamak Ni Dihirup Panas-Panas Memang Boleh Habis Semangkuk
Sesekali dapat makan sup mamak yang power begini memang puas hati rasanya.Cukup ramuan dan kepekatannya.Cicah dengan roti benggali memang layan. Kalau ada yang nak cuba buatnya boleh ikut resepi ini.Confirm berbaloi buat menu ni.
SUP MAMAK
Bahan-bahan:
- Ayam kampung-potong 4 bahagian
- 4 sekawan
- 5 biji bawang besar
- 8 ulas bawang putih
- Halia
- Cili api merah
- 4 paket kecil rempah sup
- 1/2 paket rempah kurma
- 1 biji tomato-potong dadu
- Garam secukupnya
- Bawang goreng
- Daun sup
- Daun bawang
- 1 biji limau nipis
Cara memasak:
1.Ayam kampung yang sudah dibersihkan,rebus bersama rempah 4 sekawan.
2.Dalam masa yang sama kisarkan bawang besar,bawang putih,halia dan cili api merah.Ketepikan.
3.Rebusan ayam dah mendidih, masukkan bahan kisar dahulu.Kacau rata,biar mereneh.
4.Bila dah ok,masukkan rempah sup(rempah serbuk kering) dan rempah kurma(serbuk).Lebur je dalam rebusan tu.
5.Kacau rata dalam api sederhana.Masukkan tomato yang dipotong dadu.
6.Biar mereneh lagi,perasakan dengan garam.
7.Masukkan bawang goreng dan hirisan daun sup.
8.Kacau.
9.Kemudian keluarkan ayam.Toskan.Perah sebiji limau nipis.
10.Kepekatan dah cantik.Rasa dah ok,tutup api.
11.Nak makan,potong kecil ayam tadi letak dalam mangkuk.
12.Tuangkan sup.Hias dengan daun sup,daun bawang serta bawang goreng.
*awalan rebus nak masuk lobak merah pun ok.Biar lobak merah hancur akan pekat kuah sup.Bagi saya untuk sup yang pekat mainan dari bawang besar kisar serta rempah kering.Terpulang kepada cara masing-masing.
Kredit: Emee Sham
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
5 Resipi Ayam Masak Merah Ni Setanding Masakan Nek Pah.
Lauk ayam masak merah yang sangat popular dan senang untuk di masak. Selalunya lauk ini akan di makan bersama dengan nasi tomato dan sayur jelantah. Tetapi ia sudah cukup menyelerakan bila makan bersama nasi putih sahaja. RASA kongsikan 5 resipi Ayam Masak Merah ikut kesesuaian kamu. Selamat mencuba.
1. AYAM MASAK MERAH KENDURI
BAHAN A:
- Ayam – dipotong
- 1 batang serai – kisar
- 1 hiris halia – kisar
- 1 ulas bawang putih – kisar
- 3/4 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh perencah Hilal
- 1/2 sudu teh garam
- Sedikit air
BAHAN B ( KISAR):
- 1 biji bawang merah – saiz bola pingpong
- 1/2 biji bawang holland
- 1 ulas bawang putih
BAHAN C:
- 2 biji cili merah – kisar
- 1 1/2 sudip cili kisar
- 3/4 sudu makan gula melaka hancur
- 1 1/2 sudu makan gula
- 3/4 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh perasa
- Air asam jawa ( 1/2 gelas air + secubit kecil asam jawa)
- 1/4 cawan air
- 3/4 sudip sos cili
BAHAN D:
- 1 biji bawang holland | dihiris dan digoreng seketika
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan A dalam periuk dan rebus sehingga ayam masak. (Ia ikut cara masak stail kenduri. Ayam direbus dahulu. Barulah isinya tidak keras.)
- Setelah direbus, goreng ayam seketika menggunakan minyak panas. (Jangan goreng terlalu garing kerana nanti isinya akan keras.) Angkat dan ketepikan.
- Dengan menggunakan minyak gorengan yang sama, tumis bahan B hingga naik bau.
- Kemudian masukkan cili merah kisar.
- Diikuti dengan cili kisar. Tutup seketika kuali dengan tutup periuk dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
- Perasakan dengan gula melaka, gula, garam dan perasa. Boleh ubah suai jumlah ikut citarasa anda. Tutup lagi kuali bagi menaikkan warna sambal. Masak guna api perlahan sahaja.
- Seterusnya masukkan air asam jawa dan air. Jumlah air bergantung pada kepekatan kuah yang anda nak. Tutup kuali sekali lagi.
- Masukkan sos cili. Kacau rata.
- Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan dan biar selama 3-4 minit supaya kuah meresap pada isi ayam.
- Akhir sekali tabur hirisan bawang holland yang telah digoreng seketika. Kacau rata.
- Siap untuk dihidangkan.
KREDIT RESIPI: Afy Al Habibi
2. AYAM MASAK MERAH HUSNA
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam – digaul garam dan kunyit, digoreng hingga masak
- 5 sudu makan cili kering kisar
- 4 sudu makan sos cili
- 4 sudu makan sos tomato
- 1 kulit kayu manis
- 1 bunga lawang
- 2 buah pelaga
- 1 biji bawang besar – dimayang bulat
- 1 biji cili merah – diambil kulitnya dan dihiris memanjang
- 1 batang serai – dititik
BAHAN TUMBUK:
- 1 inci halia
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- (bahan menumis kalau lagi banyak, lagi sedap)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan bahan tumbuk dan serai, tumis hingga wangi.
3. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
6. Masukkan bawang besar, cili merah dan ayam goreng. Kacau rata dan masak hingga bawang besar dan cili layu. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Hazwani Ishan
3. AYAM MASAK MERAH KACANG TANAH
BAHAN-BAHAN:
- 5 ketul kepak ayam saiz besar, kerat 2 setiap 1, cuci dan toskan*
- 1 camca teh serbuk kunyit*
- 1/2 camca teh garam*
- 1/2 camca teh serbuk lada sulah*(*gaul rata dan perap 15 minit)
- 1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
- 1 genggam kacang tanah saiz besar, dibuang kulit dan goreng 40 saat, angkat dan toskan
- 3 camca besar cili kisar
- 2 camca besar penuh tomato puree
- 1 camca besar penuh sos cili
- 2 batang serai, diketuk
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 1/2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
1/2 inci lengkuas
CARA MEMASAK:
- Goreng ayam hingga masak, tak perlu sampai garing, biar lembap2 saja. Cedok keluar minyak gorengan dan tinggalkan kurang lebih 1/3 cawan saja.
- Tumis serai, kayu manis dan bunga lawang hingga harum. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga wangi.
Tambah cili kisar, sos cili dan tomato puree, kacau rata dan masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa. - Masukkan kacang tanah goreng dan ayam, gaul rata. Tuang air dan masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya dan gula (selalunya masak merah manis sedikit). Kacau rata.
Masak hingga pekat. Masukkan bawang besar dan gaul rata. Masak sekejap lagi, sesuaikan rasa dan bila bawang layu, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Tiffinbiru.com
4. AYAM MASAK MERAH WAN CHU
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam – lumur garam kunyit
- 1/2 mangkuk kecil cili kisar – 25 tangkai cili kering
- 1/2 mangkuk kecil cili sos Jenama kimball – guna 1/2 botol kecil
- 2 – 2 1/2 sudu besar gula atau secukup rasa
- 1 1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa
- Minyak – untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 ibu jari halia
BAHAN LAIN SAMPINGAN:
- 1 labu bawang besar hiris bulat
- 1 tin kecil kacang peas
- Sedikit susu cair – saya letak 1-2 sudu besar
- 1 biji buah tomato – belah 4
- Daun sup/daun bawang – tabur
CARA MEMASAK:
- Ayam digoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. Panaskan minyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing dan pecah minyak.
- Ayam Masak Merah Wan Chu Yang Mudah Sedap Dan Terlaris
- Masukkan cili sos, garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan juga sedikit air. Kacau rata dan masak seketika.
- Ayam Masak Merah Wan Chu Yang Mudah Sedap Dan Terlaris
- Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata sehingga ayam masak dan kuah pecah minyak serta berwarna cantik. Siap dan bolehlah ditutup api.
TIP: Jika menggunakan bahan bahan lain, masukkan susu cair, kacang peas dan juga bawang besar hiris selepas dimasukkan ayam goreng. Tabur daun sup atau daun bawang, jika suka sebelum dihidangkan.
KREDIT RESIPI: Azie Kitchen
5. AYAM MASAK MERAH SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji kentang (potong 6)
- 1 biji bawang besar (potong 4 untuk diblend)
- 2 ulas bawang putih (untuk diblend)
- 1 biji bawang besar (hiris)
- 1 mangkuk kecil air
- 10-15 tangkai cili kering (rebus & blend)
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar minyak masak
- Sedikit air asam jawa
- Garam & gula secukup rasa
- 1 helai daun limau (hiris halus)
CARA MEMASAK:
- Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering (yang dah direbus) ke dalam blender. Tambah sedikit air. Kisar sampai hancur dan halus
- Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Agak-agak je kuantiti minyak. Jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sikit
- Tumiskan bahan yang dah dikisar tadi.
- Masukkan air asam jawa, sos cili, 1 mangkuk kecil air, garam dan gula
- Biarkan tumisan tu sekejap. Kemudian masukkan kentang dan biarkan tumisan seketika sampai macam nak kering sikit.
- Masukkan ayam dan tambahkan sedikit air jika perlu sekiranya tumisan hampir kering.
- Masukkan hirisan bawang besar ke dalam kuali
- Tunggu sehingga sambal pecah minyak dan ayam masak dengan sempurna.
- Angkat ayam sambal tu ke dalam mangkuk kemudian taburkan sedikit hirisan daun limau untuk bagi bau harum pada masakan.
Untuk masakan yang lengkap kena ada serai & tomato.
KREDIT RESIPI: Sedapfood.com