Kuih batang buruk ni, kebiasaannya popular bila dah nak dekat raya. Ada yang menjadikan kuih ini sebagai salah satu hidangan yang wajib ada.
Tapi kalau nak buat sendiri untuk makan sebagai kudap-kudapan, boleh cuba resipi yang dikongsi Ruzita Hashim ini. Mudah saja nak buat.
KUIH BATANG BURUK
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus besar kulit popia 3 bungkus tepung kacang hijau 800gm gula aising 2 biji putih telur (pelekat) Straw (penyedut minuman) saiz besar Minyak untuk menggoreng
1. Potong kulit popia memanjang seperti di dalam gambar mengikut ukuran pembaris yang tertera.
2. Cabut sehelai sehelai, kemudian gulung di straw. Gunakan putih telur sebagai pelekat. Boleh lihat gambar tertera. Buat sampai habis.
3. Bila dah siap, gamkan semua. Kita jemur dengan straw yang dah dililit kulit popia tadi. 4. Jemur tadi tak lama pun, kejap je. Kalau cuaca panas, dalam 10 minit je. Agak-agak dia tak lembiklah. Kalau dah agak-agak keras, keluarkan popia yang dah kering tu kesemuanya.
5. Tepung kacang hijau disangai lebih kurang 10 minit (guna api sederhana) bagi garing, wangi, ringan dan tahan lama. 6. Angkat dan sejukkan. Dah sejuk, masukkan gula aising (buat je sendiri, kisar gula tu sampai jadi halus).
7. Gaul ratakan gula dengan tepung sampai sebati. 8. Goreng kulit popia dalam minyak panas dengan api yang sederhana. Kuning sikit je, terus angkat. 9. Sumbat kulit popia yang dah digoreng tadi dengan tepung kacang hijau. Buat sampai habis. Siap. 10. Ada setengah orang tak sumbat pun dengan tepung kacang hijau. Mereka hanya gaulkan je bagi rata. 11. Kalau nak buat sikit saja, bahagikanlah 2 bahagian. Saya buat dengan resipi ini, boleh dapat 2kg setengah.
12. Tepung masa nak gaul dengan gula, kena tunggu sejuk dulu ya. 13. Popia yang telah digoreng pun sama. Toskan minyak, tunggu sejuk baru masukkan intinya ya. 14. Dalam proses nak gulung popia di straw tu, kena ada tuala bersih lembab untuk menutup kulit popia agar tidak cepat kering atau mengeras. Kulit popia cepat kering dengan udara.
Acar Nenas dan Acar Buah keduanya memiliki keunikan dan kesedapannya yang tersendiri. Dua sajian ini adalah padanan padu dan sedap dimakan bersama Nasi Minyak, Nasi Kurma dan Beriyani ataupun nasi tumis yang lain.
Acar ni panjang jangka hayat dan biasanya lagi lama lagi sedap rasanya berbanding dengan hari pertama acar siap dimasak. Berempah dengan rasa masam manis menambahkan selera bila menikmati hidangan nasi tumis yang lain.
ACAR NANAS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas | buang mata dan hiris kecil 2 biji cili merah | hiris memanjang 2 biji cili merah | hiris memanjang 10 ulas merah kecil | belah dua 5 ulas bawang putih| hiris 2cm halia muda | hiris memanjang 1 sudu besar udang kering 1 sudu teh biji sawi 1 sudu makan serbuk kari 1 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu makan cuka makan Garam dan gula secukup rasa 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur nanas seketika, Angkat dan tos.
Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
Kemudian tambahkan udang kering, diikuti dengan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk kunyit.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan biji sawi, hirisan cili merah, cili hijau dan nanas.
Gaul rata, dan perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa dan masak, tutup api.
Sedia dihidangkan.
ACAR BUAH
BAHAN-BAHAN :
Bahan A (bahan tumis) :
1 1/3 cawan minyak untuk menumis | Lebihkan sedikit kerana buah akan menyerap minyak ) 1 sudu makan biji sawi
Ditumbuk atau kisar tanpa air:
4 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 2.5sm halia
Bahan B (rempah tumis) 3 sudu makan rempah kari 8-10 tangkai cili kering | dibuang biji ,rebus dan kisar)
Disangai dan dikisar halus: 1 sudu makan ketumbar biji 1 sudu teh Jintan Putih biji 1 camca teh Jintan Manis biji
Bahan C 4 sudu makan gula merah 2 sudu makan sos cili
Garam secukupnya
2 sudu makan perahan lemon
Bahan D Disangai : 1/4 cawan bijan 1/3 cawan biji sawi
Bahan E (Buah-buahan) :
50-150 gram setiap jenis buah buahan | kering atau jeruk (limau jeruk dibelah 12 ikut saiz) * Kalau buah yang berbiji atau besar seperti prune lebihkan sedikit timbangan | dipotong dua atau empat, atau biarkan sebiji-biji.
2 labu bawang putih | dibelah dua jika bersaiz besar
12-15 ulas bawang merah | dibelah dua
Cili Padi secukup nya
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dalam periuk.
Tumiskan bahan A sehingga garing.
Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula.)
Masukkan bahan E dan akhir sekali bahan D dan digaul sedikit supaya bercampur.
Usah dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur
Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)
Sesekali perut terasa ingin makanan yang tidak berat dan mengenyangkan. Menu pasta menjadi pilihan kerana penyediaan yang sangat mudah. Jika anda peminat pasta, menu ni tidak mengecewakan untuk dicuba.
Spageti Aglio Olio Seafood
Bahan-bahan:
1 bungkus spagheti (rebus letak minyak + garam) Udang + sotong (goreng dan asingkan) 4-5 ulas bawang putih-dihiris Brokoli – rebus sekejap Cendawan -dihiris Tomato ceri Daun parsli
2-3 Cili kering- potong serong 1/2 cawan air rebusan spagheti Letak dalam mangkuk asing 1 kiub ayam 2 sudu garam 1-2 sudu besar chili flakes 1 sudu lada hitam Oregano sikit
Cara memasak:
1.Tumis bawang putih agak-agak garing. 2.Masukkan cendawan kacau-kacau.
3.Masukkan semua bahan-bahan,kacau2 sikit
4.Akhir sekali masukkan spagheti dan kacau sampai sebati semua
Menu daging goreng kunyit amat mudah untuk disediakan dan menjadi kegemaran ramai. Namun, salah satu masalah yang kita hadapi bila memasak hidangan ini adalah dagingnya keras dan liat, terutamanya bila sudah sejuk. Untuk atasi masalah ini, jom kita baca perkongsian dan tip oleh Nana Ismail.
TIP NAK GORENG DAGING KUNYIT SUPAYA LEMBUT DAN CARA YANG BETUL
1. Daging tu nak senang potong dan tak juling mata nak tengok urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak (dalam dia of coz la masih mentah). Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong.
2. Lepas dah hiris nipis, korang goreng daging tu tanpa minyak biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat la.
3. Haaaa dah settle 2 step tu baru la korang lumur daging letak kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging nana tu haaaa. Nampak kering macam daging yang direbus kan?
4. Lepas tu korang letak minyak then goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat ja. Korang akan perasan, daging tu nampak tak kecut dan berjus gitu.
5. Lepas tu macam biasa laaa tumis bawang, cabai, letak sayur then bagi terjun balik daging tu. SETTLE!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!