Gulai ayam kalau dimasak dengan betul, memang akan jadi sedap teramat sedap. Tengok gambar pun tak terjentik urat selera nak makan. RASA kongsikan resipi daripada Azira Mamat. Resipi gulai ayam yang dimasak ini memang nampak sedap sungguh. Walaupun bahan-bahan yang digunakan agak banyak, namun sangatlah berbaloi sebab warna, rasa nak harumannya pasti membuka selera
GULAI AYAM
BAHAN KISAR
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup.
BAHAN LAIN
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar cili boh
Rempah 4 sekawan
2 sudu besar rempah kari
3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
Setengah ekor ayam
Sedikit air
Gula melaka secukup rasa
1 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
2 biji kentang (dipotong dadu)
1 cawan santan
Garam secukup rasa
Ads
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis cili boh, bahan kisar, rempah 4 sekawan, rempah kari dan rempah gulai cap bunga rose sehingga naik minyak. Masukkan satu demi satu bahan ni.
2. Masukkan ayam dan sedikit air.
3. Masukkan gula melaka, kerisik dan asam keping.
4. Apabila ayam telah separuh masak, masukkan kentang dan santan. Perasakan dengan garam. Siap.
.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Semua orang suka menu telur dadar ni. Sedap malah sangat mudah nak masak. Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas-panas, ni ada resipi yang diolah menjadikan menu ini lebih menarik dan lebih sedap! Anda boleh cuba.
1. TELUR DADAR TERUNG BAKAR
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung
2 biji telur
Garam dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bakar terung atas api sekali dengan kulit hingga warna ungu bertukar hitam.
Biarkan sejuk dan buang kulit terung yang kehitaman tadi.
Pecahkan telur dalam bekas dan pukul sekejap. Masukkan garam dan perasa tambahan lain. Boleh juga tambah lada sulah atau lada hitam.
Masukkan terung dalam bekas berisi telur tadi, lenyekkan pakai garpu.
Masukkan dalam kuali yang berisi minyak panas. Goreng macam buat telur dadar biasa tu.
Sesekali makan menu daging memang berselera. Tambah pula jika digoreng biasa pun laju juga menambah. Lebih berselera buat sambal daging cili api ni. Rencah yang digunakan pun tak banyak. Buat yang suka pedas, buatlah menu simple ni. Pasti licin sepinggan.
SAMBAL DAGING CILI API
**Bahan kisar A
**15-20 ulas cili api merah
**3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
Bahan bertanda ** kisar hancur dulu, baru kisar bawang merah sekejap aje, supaya tak hancur sangat.
1 inci halia-dihiris
**B
Garam
Gula (saya guna gula perang)
1 – 2 sudu besar kicap pekat manis
1 – 2 sudu besar sos tiram
4 – 5 sudu besar sos cili
**C
Bahan hiris
Bawang besar
Kacang panjang
Cili merah dibelah dua
**daging yang telah siap digoreng.70% masak. (sekilo daging)
Kadangkala buntu juga untuk memikirkan menu pagi yang tidak menjemukan dan anak-anak pun suka makan. Selain menu berat boleh buat menu sihat dan mengenyangkan ini. Sangat mudah dan bahan-bahannya senang untuk didapati. Kombinasi ubi kentang dan keju mozarella sungguh menyelerakan.
BEBOLA KENTANG CHEESE
3biji kentang
2biji telur(sebiji pun boleh)
1tangkai daun bawang
1biji cili merah(dicincang halus)
1cawan tepung gandum
2cawan serbuk roti
1sudu kecil lada hitam/lada sulah
1sudu besar butter
150g keju mozzarella
minyak secukupnya
Cara-caranya:
1.Rebus ubi dan letakkan sedikit garam.
2.Setelah ubi lembut,bolehlah dilenyekkan.
3.Masukkan tepung gandum setelah ubi lumat.
4.Masukkan telur, daun bawang dan butter.
5.Gaul hingga sebati adunan tadi.
6.bentukkan bola dan leperkan untuk letakkan keju mozzarella.
7.Letakkan bebola tadi ke dalam serbuk roti.
8.Sedia untuk digoreng.
9.Setelah kekuningan boleh angat dan toskan minyak.