Keliru tentang perbezaan Vegetarian dan Vegan.  Bunyi hampir sama dan kedua-duanya berkaitan tentang gaya hidup atau diet berasaskan tumbuhan. Tetapi  terma Vegetarian dan Vegan merujuk kepada cara makan yang berbeza.

Jika anda ingin tahu, vegetarian merujuk kepada  seseorang yang tidak memakan daging binatang dan seafood.  Pengamal vegetarian ini pula  terbahagi pula kepada tiga jenis,Lacto- Vegetarian (memakan produk tenusu tetapi tidak makan telur),Ovo-Vegetarian (makan telur tetapi tidak makan produk tenusu) dan Lacto-Ovo-Vagetarian makan kedua-dua produk tenuysi dan telur. ini adalah diet vegetarian yang paling biasa diikuti.

Ini Perbezaan Vegetarian & Vegan, Jangan Keliru Ye.

Ads

Manakala Vegan, pengamal diet yang langsung tidak mengambil langsung sebarang produk tenusu dan telur, mahupun sebarang makanan yang diproses membabitkan bahan dari binatang. Malah orang Vegan juga tidak akan memakai pakaian yang dibuat dari bulu  atau kulit binatang atau produk kecantikan yang telah diuji ke atas binatang.

Sama ada menjadi Vegetarian atau Vegan memang baik untuk kesihatan kerana tidak mengambil daging yang sering dikaitkan dengan penyakit jantung, darah tinggi dan diabetes. Namun bukan mudah untuk mengubah gaya hidup tanpa ada kesungguhan. Apa lagi sudah biasa dengan lauk pauk yang sedap.

 

Ads

 

Ads

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI