Sayur salad ini nama asalnya Lettuce-Loose leaf, dikenali sebagai salad nasi ayam kerana selalu digunakan untuk hidangan nasi ayam. Salad ini berguna sangat bila kita tak berapa rajin nak goreng sayur. Boleh ambil dan makan begitu saja.
Sebab itu elok sangat kalau kita tanam sendiri di rumah, senang bila nak makan petik saja daunnya.
Tip jika supaya dapat makan daun salad yang segar, bila pokok sudah matang petik daun dari bawah. Jangan cantas terus pangkalnya. Petik daun ikut kuantiti yang diperlukan untuk makan. Cara ini lagi lama pokok salad bertahan.
Nak cuba tanam? Boleh jadikan perkongsian dari Ena Mi Za sebagai panduan.
Ads
Tip tanam salad nasi ayam (Lettuce-Loose leaf)
1. Boleh terus semai biji benih dalam pasu atau polibeg tapi tak perlu guna banyak tanah.
2. Jika pasu agak besar boleh tanam dua pokok. Saiz polibeg ini 15X18 @ 16X16.
3. Bila dah bercambah, kena rajin timbus tanah pada pangkalnya, pastikan benih tak ditimpa hujan dan elak kena cahaya mahatari secara terus.
Ads
4. Bila sudah keluar batang, timbus tanah sampai tutup batang.
5. Batang pokok salad ini boleh tinggi sampai satu kaki jika ditanam dalam pasu/polibeg besar.
Ads
6. Untuk makan sendiri, petik sehelai-helai dari bawah ikut kuantiti yang diperlukan. Tambah lagi tanah bila perlu.
Kalau anda kerap hadapi masalah goreng kentang tapi lepas digoreng kentang tidak ranggup, tak sedap dan berminyak. Jangan risau, kali ini RASA kongsikan tip mudah macam mana nak jadikan kentang goreng rangup dan sedap. Macam kentang goreng kat restoran makanan segera.
Ikut je cara ni gerenti kentang goreng jadi lebih ranggup dan sedap.
Pilih kentang yang elok, takda bahagian yang busuk, kulit licin, tidak berlekuk-lekuk mahupun ada kesan hitam atau tunas kentang pada kulit.
Rendam kentang yang telah dikupas, potong dan rendam dalam air sejuk lebih kurang 30 minit. Tujuannya supaya kentang segar.
Selepas ditoskan air, taburkan sedikit tepung jagung di atas kentang supaya menyerap kelembapan kentang.
Goreng menggunakan minyak banyak dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng kentang.
Senangkan? Lepas ni boleh cuba dan bila rasa lapar takda kudapan buat je sendiri. Lebih jimat dan sihat.
Ikan cencaru memang sedap dimakan cuma selalu jadi masalah adalah bila nak buang kulit keras atau ‘jaket’ ikan ini.
Kalau salah cara, dengan isi sekali akan tercabut. Bagi menanggalkan kulit ikan cencaru yang keras ini ada tekniknya. Perkongsian Mazlina Haji Ismail boleh dijadikan panduan
Teknik buang kulit ikan cencaru supaya isi tak tercabut
Cara ini saya tiru cara tauke ikan buka jaket atau kulit ikan cencaru. Caranya;
1. Buang sirip tepi ikan
2. Cungkil/ hiris kulit tepi sirip.
3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.
4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.
5. Rentap atau tarik kulit sampai ke bahagian ekornya.
Kerja dapur yang paling ‘menyedihkan’ adalah kupas bawang. Kalau bawang putih, masih rasa ok lagi. Tapi kalau bawang merah atau bawang besar, memang azab. Mana tidaknya, bila mula je kupas bawang, mesti menangis. Kalau tak guna bawang, tak sedap pula masakan. Sudahnya terpaksalah juga menghiris dengan lelehan air mata. Lagi seksa kalau anda kena kupas dalam jumlah yang banyak terutamanya ketika kenduri. Fuhhh…memang ‘drama’ jadinya. Namun ada petua yang boleh dicuba untuk elak mata pedih masa kupas bawang. Lepas ni, confirm anda tak akan menangis macam kena dera lagi. Jom lihat cara-caranya.
CARA ELAK MATA PEDIH MASA KUPAS BAWANG
1. RENDAM BAWANG
Rendam bawang yang telah dikupas di dalam air ais beberapa minit kemudian hiris seperti biasa.
foto: http://thewellspace.co
2. SIMPAN BAWANG DALAM PETI SEJUK
Sejukkan bawang merah sebelum dikupas. Cara mudahnya, masukkan bawang dalam peti sejuk sebelum dikupas. Dalam keadaan sejuk tindak balas kimia getah bawah semasa dikupas atau dihiris adalah lambat.
3. GUNA PISAU TAJAM
Pastikan guna pisau tajam kerana ia membantu mengurangkan pelepasan bahan kimia yang boleh memedihkan mata berbanding menggunakan pisau tumpul.
foto: www.theglobeandmail.com
4. GIGIT BATANG MANCIS
Pelik tapi benar, gigit batang mancis untuk mencegah air mata keluar semasa sedang menghiris bawang merah.
5. KUNYAH CHEWING GUM
Kunyah gula-gula getah atau makanan dikatakan mampu mengurangkan air mata yang mengalir keluar. Kerana semasa mengunyah, otot-otot muka terutamanya di kawasan mata akan bergerak dan menghalang bahan kimia yang memedihkan mata dari keluar.
6. KUPAS BAWAH AIR MENGALIR
Kupas dan potong bawang di bawah air mengalir kerana air mengalir akan menghilangkan bahan kimia yang memedih mata dalam bawang.
7. POTONG BAHAGIAN ATAS BAWANG
The National Onion Associationmenyatakan air mata yang keluar semasa mengupas dan memotong bawang akan berkurangan jika dimulakan dengan memotong bahagian atas bawang (bahagian keluar tunas daun) sebelum mengupas kulitnya.
The National Onion Association juga menyarankan, elak memotong bahagian akar bawang kerana bahagian tersebut akan segera mengeluarkan getah yang menyebabkan mata cepat pedih.
9. SEMBUR CUKA
Cara ini juga mudah. Hanya perlu sembur sedikit cuka makan di atas papan pemotong dan ia boleh mengurangkan rasa pedih mata.
10. KUPAS BERHAMPIRAN KIPAS
Gunakan bantuan kipas dengan kedudukan bertentangan dengan muka supaya aura getah bawang itu terbang sehala mengikut arah angin kipas dan pastinya tidak mengena mata.
11. RENDAM DALAM AIR PANAS
Jika mengupas dalam jumlah yang banyak, rendam bawang merah dalam bekas yang berisi air mendidih kemudian tutup rapat. Setelah sejuk toskan airnya, kemudian boleh dikupas menggunakan tangan dengan mudah.
Ha….Macam mana? Mudah kan? Nanti anda bolehlah cuba. Namun, aktiviti kupas bawang ni pun ada kebaikannya juga. Pakar kesihatan ada mengatakan bahawa dengan mengupas bawang sehingga anda mengeluarkan air mata, ia adalah terapi untuk membersihkan mata dari segala kotoran. Jadi sesekali ‘menangis’, bagus juga kan? Selamat mencuba!