Penggemar kari dan asam pedas boleh cuba dua resipi  yang dikongsikan oleh Puan Sri Nisa Bakri ni,  ia memang sangat sedap sangat. Selain boleh dimakan dengan nasi, cecah dengan roti canai dan roti jalan pun layan. Sesuai ni untuk hidangan berbuka puasa petang nanti atau boleh je buat  untuk hidangan di Hari Raya nanti.

Kari & Asam Pedas Air Tangan Puan Sri Nisa  Memang Umppp.

KARI IKAN MASIN BERSAMA UDANG

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm udang |saiz XL
  • 150 gm isi ikan masin kurau | rendam dan goreng
  • 2 sudu makan telur masin | kuning sahaja dan hancurkan
  • 3 sudu makan pes kari
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 biji bawang holland | potong dadu besar
  • 2 biji tomato  | potong dadu
  • 2 batang kacang bendi | potong dua
  • 2 tangkai cili hijau | potong dua
  • 1 tangkai daun kari
  • 1cawan santan pekat
  • Air secukupnya
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan periuk tanah, panaskan minyak.
  2. Tumiskan halba campur bersama daun kari, kacau hingga wangi.
  3. Seterusnya masukkan masukkan pes dan kacau lagi. Jika terlalu pekat tambah air.
  4. Kemudian masukkan ikan masin, diikuti dengan sedikit lagi air. Biarkan seketika.
  5. Masukkan bahan sayuran, kacang bendi, tomato dan cili hijau.
  6. Ia diikuti dengan udang, kuning telur masin dan santan.
  7. Kacau dan biarkan mendidih dan udang masak.
  8. Angkat dan hidangkan.

Kari & Asam Pedas Air Tangan Puan Sri Nisa  Memang Umppp.

Ads

ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI ALA NYONYA

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ikan tenggiri | bersih dan tos
  • 2 sudu makan pes asam pedas
  • 2 sudu makan telur masin | bahagian kuning dan dihancurkan
  • 2 kuntum bunga kantan | hiris
  • 1 biji bawang Holland | potong dadu besar
  • 1 biji tomato | belah empat
  • Sedikit daun ketumbar | hiris
  • 2 tangkai daun kesum | lurut dari tangkai
  • 2 biji cili merah | belah dua
  • 2 biji cili hijau | potong dua
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Air secukupnya
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis pes (campur sedikit air jika terlalu pekat).
  2. Masukkan bawang Holland, kacau seketika dan tambah air secukupnya.
  3. Setelah mendidih masukkan ikan, bunga kantan, daun kesum, cili merah dan hijau.
  4. Bila ikan masak, masukkan santan dan telur kuning, biarkan mendidih seketika.
  5. Sebelum angkat masukkan tomato dan daun ketumbar.
  6. Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI