
Kadang kita blur tak tahu nak makan lauk apa. Timbul rasa jemu, timbul rasa semua tak sedap. Tapi ada satu lauk yang boleh dicuba selain daripada masak ayam dan ikan. Apa kata try buat kerang.
Apabila anda nak masak kerang, kerap terfikir dalam kepala menu kerang rebus dan bakar sahaja. Paling kuat pun dimasak sambal kerang atau rendang kerang. Nah, RASA nak bagi satu idea yang best iaitu kerang goreng kicap.
KERANG GORENG KICAP
Bahan-Bahan
Minyak masak untuk menumis
5 ulas bawang putih (diketuk)
2 batang serai
50 ml kicap masin
500 gram kerang (dibersihkan)
250 ml air
Cara Memasak
1. Tumis bawang putih dan serai sehingga garing dan kekuningan.
2. Masukkan kicap dan tumis seketika. Kemudian masukkan kerang dan tambahkan air.
3. Sesuaikan rasa dengan menambahkan garam mengikut cita rasa anda.
4. Tutup kuali dan biarkan kerang masak sempurna. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Sate Celup Steamboat Yang Dijamin Bersih & Halal.

Sate celup atau juga dikenali sebagai Lok-Lok adalah street food yang terkenal di kalangan masyarakat cina. Namun kini semua orang tidak kira bangsa mula meminati hidangan ini. Biasanya ia dijual di tepi-tepi jalan dan terdiri dari aneka makanan laut, daging, kepingan kek ikan, bebola dan juga juga sayur-sayuran. Sempena cuti hujung minggu, anda bolehlah hasilkan untuk keluarga. Pasti seronok. Jom Lihat bahan-bahan yang diperlukan.
SATE CELUP @ LOK-LOK
BAHAN CELUP:
- 4 keping kek ikan | dihiris memanjang
- Kangkung secukupnya
- Tomato ceri
- Bebola daging
- Aneka bebola ikan
- Isi ketam
BAHAN SOS HITAM:
- 11 tangkai cili kering( digoreng dengan minyak sehingga garing)
- 1 ruas kelingking belacan bakar
- 1 sudu teh petis @ otak udang
- 1 keping gula melaka kelantan @ nise
- 2 sudu besar minyak bijan (untuk bau harum dan kilatkan kuah)
- 1 sudu teh cuka makan
- Kicap pekat untuk warna hitam
- Tepung jagung untuk memekatkan
- Garam & gula secukup rasa
BAHAN SOS MERAH:
- 3 ulas bawang putih- ketuk
- 3 sudu besar cili kisar
- 1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng garing dengan sedikit minyak
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
- 3 sudu besar sos masam manis
- 4- 5 sudu besar gula
- 3 cawan air
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan sos hitam, kisar cili kering bersama air dan belacan. Tapiskan cili kisar ke dalam periuk supaya kuah halus dan tiada biji cili.
- Panaskan cili kisar tadi. Masukkan gula melaka, petis udang, minyak bijan, cuka makan serta kicap pekat.
- Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung.Masak hingga pekat.
- Akhir sekali imbangkan perasa garam dan gula. Biar ada rasa masin, manis dan juga pedas.
- Untuk sos merah pula, kisar semua bahan-bahan diatas kecuali bawang putih dan cili kisar. Kisar hingga kacang halus.
- Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih yang diketuk. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar. Kacau dalam 3 minit.
- Setelah itu masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar. Masak hingga kuah agak pekat dan sentiasa kacau.
- Bila sudah mencapai kepekatan yang anda mahukan sesuaikan rasa. Siap.
- Celur bahan celup di dalam air panas, toskan dan nikmati bersama sos hitam dan merah.
Info chef: Supaya kuah tahan lama, masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk. Ia tahan lebih kurang seminggu.
Nak bawa keluarga makan dekat luar? Boleh juga cuba Lok-Lok dekat sini:
Suka Makan Lok Lok Tetapi Risau Status Halalnya? Cuba Yang Ini, Confirm Halal & Sedap.
Resipi Sotong Siram Petang Untuk Penggemar Sotong

Asyik masak sambal sotong je apa kata cuba resipi Sotong Siram Petang ni. Ada rasa ala Thai sedikit lauk ni, yang sukakan rasa dan aroma masakan Thai boleh cuba resipi mudah ni untuk lauk tengah hari ataupun makan malam bersama keluarga.
Resipi penuh telah dikongsikan oleh Noor Sabrina Amran di Facebook. Bahan yang digunakan untuk resipi Sotong Siram Petang ni sangat mudah dan ringkas. Jom kita cuba!
SOTONG SIRAM PETANG
BAHAN-BAHAN:



Masak Sendiri 5 Menu Ketam Ini, Lebih Jimat & Sedap.

Ketam masak apapun tetap sedap, memang rugi korang yang tak makan ketam. Selain sedap, ketam juga sangat mudah dan cepat masak. Sebab tulah seafood bercengkerang ini sangat disukai ramai dan harga pun boleh tahan. Korang yang nak cuba ini ada lima cara masak ketam yang sedap, senang dan simple.
KETAM GORENG BERCILI
BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor ketam | dicuci bersih.
- 4 tangkai cili merah | dikisar
- 1 biji bawang besar | dikisar
- 3 ulas bawang merah | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 1 batang serai |dikisar
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ketam, kemudian ketepikan.
- Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
- Masukkan pes cili, cili merah kisar dan sos cili, kacau hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api, masukkan ketam. Gaul rata dan tutup api
- Sedia dihidangkan.
KETAM TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ketam | dibersihkan
- 1 biji tomato | didadu kecil
- 1 biji bawang besar |didadu kecil
- 1 pokok daun ketumbar |dihiris halus
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan jus limau nipis
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN KISAR KASAR:
- 3 tangki cili merah
- 5 tangkai cili padi
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 2cm halia
CARA MEMASAK:
- Ketam yang telah dibersihkan gauL bersama garam dan serbuk lada sulah secukupnya.
- Panaskan minyak, goreng ketam hingga cengkerang bertukar warna kemerahan. Ketepikan.
- Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan secukupnya untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar kasar hingga naik bau dan masukkan bahan dadu, sos cili, jus limau nipis, gaul rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, kemudian masukkan ketam. Gaul rata dan taburkan hirisan daun ketumbar di atasnya.
- Sedia dihidangkan.
KETAM KICAP BERSOS CILI
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ketam saiz XL | dipotong dan bersihkan
- 5 ulas bawang merah | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 2.5cm halia muda | dikisar
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili kering. Kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili, sos tiram dan air asam jawa, kacau lagi.
- Masukkan ketam, perasakan dengan kicap, garam dan gula secukup rasa.
- Masak sehingga ketam bertukar warna kemerahan dan kuah agak pekat,
KARI KETAM TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor ketam | bersihkan dan toskan
- 4 ulas bawang merah | kisar kasar
- 3 ulas bawang putih | kisarkasar
- 2.5cm halia | kisar kasar
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 sudu makan serbuk cili
- Sedikit rempah penumis | kulit kayu manis, pelaga dan bunga lawang
- 2 sudu makan air asam jawa
- 150ml susu rendah lemak
- 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Cuci bersih ketam kemudian toskan.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis sehingga naik bau.
- Masukkan daun kari, biarkan seketika.
- Kemudian masukkan rempah kari bersama serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa, susu rendah lemak dan diikuti ketam. Terbalik-terbalikkan ketam sehingga masak.
- Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
- Angkat dan hidangkan.
KETAM KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ketam saiz XL
- 4cm halia muda | dihiris memanjang
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 4 ulas bawang putih | dititik
- 2 batang serai | dititik
- 1 batang seleri | dihiris menyerong
- 5 biji cili padi | dititik
- 1 sudu teh lada hitam | dikisar kasar
- 1 biji limau nipis | diambil jusnya sahaja
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ketam, kemudian letakkannya di dalam bekas untuk dikukus. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan hirisan dan titik.
- Tuangkan di atas ketam, kemudian tuangkan juga jus limau kasturi, taburkan garam dan gula secukupnya.
- Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 10 minit, angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang dan sup.