Bila sebut bab masakan, selalunya wanitalah yang kerap berkongsi resipi dan cara membuat menu lauk pauk atau kuih.
Namun kali ini, RASA kongsikan kisah seorang lelaki yang juga seorang chef, yang kerap disangka wanita dek kerana minatnya berkongsi resipi dalam group masakan di Facebook.
Che Azawimie Che Zahari, seorang chef di Hotel UiTM Dungun ini, suka memasak dan menjamu kawan-kawan makan dengan hasil masakannya.
“Saya memang jenis minat buat benda-benda macam ni. Selalu ada je idea dan kreatiti untuk hasilkan menu-menu baru.
“Bagi saya, nak buatnya mudah saja, sebab saya selalu buat deco kek. Jadi idea datang secara tiba-tiba. Try and error saja.
“Disebabkan selalu buat kek dan juga kuih, ramai juga yang ingat saya ni wanita. Siap ada panggil ibu lagi!
“Tapi bila jumpa depan-depan, customer akan minta maaf sebab ingatkan perempuan,” kata Che Azawimie yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Ads
Menyentuh tentang penggunaan pewarna dalam donut, Che Azawimie mempunyai pandangannya sendiri.
“Biasanya saya akan dapat pujian, kecaman tidak adalah. Tapi untuk donut berwarna, saya guna warna yang tidak terlalu terang. Contohnya, warna pastel.
“Kecuali untuk donut hitam yang saya pernah buat sebelum ini, itu tidak dapat dielakkan. Kerana hitam itu adalah campuran serbuk koko dan arang.
“Cumanya untuk golongan makcik lebih suka dengan donut asli, dan golongan muda akan suka dengan donut yang berwarna,” katanya.
DONUT PELANGI @ RAINBOW DOUGHNUTS
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum @ tepung roti – beli online di sini 1 peket kecil yis – beli online di sini 1 sudu besar shortening 1 sudu teh gula – beli online di sini 1 sudu teh garam 1 sudu teh k-fine @ pelembut roti Susu uht secukupnya Perisa & pewarna
CARA MENYEDIAKAN:
1. Campurkan semua bahan kering ke dalam mixer. 2. Mix dan uli sampai jadi doh. 3. Masukkan susu sikit-sikit je. Kalau rasa doh tak melekat di tangan, kiranya doh sudah okay.
6. Gelek lagi bagi nipis anggaran 2cm dan terap je. Lepas terap tu, baru rehatkan bagi ye kembang lagi.
7. Dalam anggaran 2 jam, doh donut sudah kembang dengan jayanya. 8. Kemudian, bolehlah digoreng. Pastikan minyak jangan panas sangat.
9. Bila digoreng, pastikan kena kacau selalu. Jangan biarkan, nanti hangit pula. 10. Bila dah masak, angkat dan toskan. Gaulkan dalam gula kastor ketika donut masih panas-panas.
Sepanjang tempoh berpuasa selain memasak lauk pauk yang disukai, kuih muih juga menjadi pelengkap dalam hidangan. Tidak kira kuih manis atau pedas pastinya ingin dinikmati. Jom kita buat kuih keria. Kadang kala beli tidak sama sebagaimana yang diinginkan. Lagi puas membuatnya sendiri.
KUIH KERIA
Bahan-bahan: 600gm keledek putih atau merah 1 1/4 cawan tepung gandum 1 sudu teh garam
Bahan untuk sira: 1/2 cawan gula 1 cawan air
Cara membuat:
1.Potong keledek kepada 2 atau 3 bahagian.
2.Rebus keledek bersama garam sehingga masak empuk.
3.Sejukkan dan buang bahagian kulit keledek.
4.Lenyek sehingga menjadi lembut dan tidak berketul.
5.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli menjadi bentuk bulat.
6.Bulatkan doh dan buat lubang di tengah.
7.Goreng sehingga kekuningan.
Cara memasak sira gula:
1.Masukkan gula dan air di dalam periuk.
2.Masak sehingga pekat dan gaulkan dengan keledek supaya semua permukaan disaluti gula.
3.Sejukkan dan hidang.
Tip: Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlajak menjadi keras kerana terlebih tepung.
Siapa tidak kenal dengan si gadis kecil molek Zizi Kirana. Pelantun lagu rap ini dengan suara serak basahnya diundang untuk menjayakan Rasa Nostalgia Ramadan. Wah sungguh ayu berkebaya pendek rona hijau, sempat juga dia rap dengan Datuk Chef Wan. Memang penuh keceriaan gandingan keduanya.
Selain bercerita tentang nostalgia Ramadan, Zizi juga mengidamkan menu tradisi dari negeri bawah bayu , iaitu Sabah. Menunya ialah Soto Sabah.Supnya yang pekat dan penuh rasa rempah ratus, ditambah pula potongan ayam dan mi sungguh menyelerakan.
Bintanok pula merupakan kuih jagung tanpa campuran tepung dan cara penyediaannya ringkas sahaja.Diperbuat dari jagung muda. Dikukus dalam bungkusan kulit jagung. Sedap buat anda yang pertama kali merasanya.
SOTO SABAH Bahan-bahan:
Air
Stok ayam
Garam dan gula secukup rasa
Dada ayam
Rempah sup (1 bungkus)
1 sudu serbuk kunyit
Halia
Lengkuas
Serai
Bawang merah
Bawang putih
Mi soto
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Cili
Limau kasturi
Taugeh
Cara memasak:
1. Kisarkan bawang merah, lengkuas, halia, serai, bawang putih dan air.
2. Panaskan minyak.
3. Tumiskan bahan kisar.
4. Masukkan kunyit.
5. Masukkan rempah soto (1 sudu)
6. Masukkan dada ayam
7. Masukkan stok ayam, garam, bawang goreng, sedikit daun sup dan daun bawang,
8. Letak garam dan gula secukupnya. Kacau sehingga rata.
9. Letak mi, cili, limau kasturi dan taugeh . Sedia untuk dihidang.
BINTANOK JAGUNG Bahan-bahan:
20 biji jagung muda
Kulit jagung secukupnya (rebus supaya lembut)
Gula dan garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Parut jagung secukupnya.
2. Masukkan sedikit tepung gandum.
3. Masukkan gula dan garam.
4. Masukkan adunan sebentar tadi ke dalam kulit jagung dan lipat dengan kemas.
5. Kukus dalam masa 10-15 minit.
6. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.
Sapa saja yang tidak menyukai apam. Dah la lembut, gebu memang ketagih nak makan. Apam kampung pandan berinti ini semerbak harum baunya kerana menggunakan air pandan. Nak mudah buat, gunakan acuan lompang.
Apam kampung pandan berinti Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1 1/4 air pandan 1 sudu makan yis, dalam 5 gm-BELI ONLINE DI SINI 3/4 cawan gula Sedikit pewarna hijau-BELI ONLINE DI SINI Campurkan semua.Perap hingga kembang.
Inti. 1.Kelapa parut muda, gula merah, sedikit gula putih, sedikit garam. daun pandan.Masak hingga kering. 2.Taburkan tepung sikit supaya senang dibentuk bulat kecil-kecil. 3.Acuan sapu minyak. 4.Pengukus panaskan dulu. 5.Adunan dah kembang, dikacau lagi.Letak dalam acuan 1/2 saja.
6.Kemudian letak inti.Letak lagi adunan.Buat sampai habis.
7.Kukus dalam 15 minit. *Nak banyak adunan buat 2 kali ganda. Kredit: Badariah Abdrahman