Hari ni, kalau nak masak ringkas tapi sedap, ni ada resipi Ketam Kari Cili Padi yang paling ringkas, tak perlu nak bersusah payah guna santan atau menumbuk cili bawang bagai , cuma goreng hiris dan titik semua bahan kemudian tumis. Tak sampai 15 minit dah siap dan hasilnya memang sedap, tak percaya cubalah!
KETAM TUMIS KARI CILI
Ads
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | bersih dan potong dua
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
1 biji bawang besar hiris
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 sudu makan air asam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya| menumis dan meng
BAHAN KISAR:
Ads
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
2 biji buah keras
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Ads
Gaulkan ketam dengan garam dan serbuk kunyit, ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ketam hingga kemerahan kulitnya. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan air asam, kacau rata.
Setelah pecah minyak, masukkan ketam yang telah digoreng, gaul rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, ketam sedia dihidang panas-panas
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Nak masak rendang ayam atau daging tapi dalam kuantiti sikit sebab ahli keluarga tak ramai. Masalahnya resipi yang ada kebanyakannya dalam kuantiti banyak.
Bagi yang mahir memasak rendang tak jadi masalah tapi buat yang baru belajar memasak dah tentu keliru dengan sukatan. Bagi memudahkan anda yang ingin memasak dalam kuantiti sedikit boleh ikut resipi perkongsian Masmira Idris ini.
Beliau yang mengambil tempahan rendang dan biasa membuat rendang dalam jumlah yang banyak tapi kali ini berkongsi sukatan rendang untuk seekor ayam atau sekilo daging.
Resipi Rendang Ayam Seekor/ Daging Sekilo
Bahan-bahan
Ayam 1 ekor / daging 1 kg
Bahan kisar:
1 genggam atau lebih cabai kering
Sedikit cili padi (jika ingin pedas)
5-6 ulas bawang merah
1 labu kecil bawang besar
4 ulas bawang putih
3 inci halia
Lengkuas banyak (1.5 kali ganda tapak tangan)
7-8 batang serai
2 sudu biji ketumbar
2 inci kunyit hidup
Bahan lain:
300g santan
Sedikit kerisik
1-2 keping asam keping
Sedikit gula melaka/merah
Sedikit gula batu
Cara membuat:
Kisar semua bahan tapi jangan halus sangat.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar tadi
Boleh masuk santan siap-siap. Kalau nak letak akhir pun boleh, terpulang. Jika letak awal, kuah cepat pecah minyak dan garing.
Masukkan garam gula, gula melaka, gula batu, asam keping, sedikit kerisik ( jika masak rendang daging, letak garam akhir)
Masak sampai pecah minyak dan garing.
Masuk ayam/daging dan tambah air.
Masuk daun kunyit yang dihiris halus. Koyak-koyakkan daun limau purut masuk dalam kuah.
Ikan bilis memang sedap dimakan dengan nasi. Lagi-lagi jika ikan bilis dibuat sambal. Memang laju je makan. Lebih sedap jika ikan bilis digoreng rangup terlebih dahulu. Menurut perkongsian Noraslinda Md Radzhi, ikan bilis perlu digaul dengan tepung jagung terlebih dahulu sebelum digoreng. Barulah ikan bilis jadi lebih rangup. Jom ikuti perkongsian ini.
RESIPI IKAN BILIS TUMIS CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
Segenggam ikan bilis
Tepung jagung secukupnya (fungsinya bila dah masak ikan bilis lebih rangup)
5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
3-4 tangkai cili kering digunting halus (rebus dan toskan)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil gula
Sedikit air
CARA PENYEDIAAN:
Cuci bersih ikan bilis, toskan dan tabur tepung jagung. Gaul hingga tepung melekat pada ikan bilis.
Goreng hingga garing. Ketepikan ikan bilis.
Tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cili kering dan kacau hingga cili jadi sedikit garing.
Masukkan sos tiram, sos cili, gula dan air.
Kacau sebati hingga sedikit pekat.
Kemudian, masukkan ikan bilis.
Gaul hingga sebati. Siap!
NOTA:
Ada rasa manis-manis sedap. Selamat mencuba!
Jika anda memerlukan KUALI baru yang murah dan berkualiti, boleh klik DISINI.
Sup tauhu ni amat sedap dimakan ketika panas-panas. Lagi-lagi ada daging cencang. Memang sedap.
SUP TAUHU DENGAN DAGING CENCANG
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar daging cencang
2 cawan air
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur ayam
2 keping tahu | belah 2
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya
Bawang goreng secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan daging cencang. Tumis lagi.
3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan sos tiram. Pecahkan telur ayam. Kacau rata.
5. Masukkan tauhu dan biarkan seketika.
6. Matikan api. Tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng.