1. Untuk lobak yang kurus, buang kulit dan hiris nipis. Basuh dan bilas dua kali.
2. Untuk kuahnya, rebuskan 2 cawan air di dalam periuk. 3. Masukkan 3 helai daun salam, dua cubit serbuk kunyit, setengah cawan gula dan sedikit cuka (ikut citarasa masam). Rebuskan sampai mendidih kemudian padamkan api. Biarkan seketika.
1. Yang ini lobak putih gemuk. Buang kulit dan bersihkan. Potong kiub dan perap dengan garam selama 20 minit atau selebihnya.
2. Untuk pes pedasnya; Masakkan satu sudu tepung pulut (tambah air dan sentiasa kacau) menjadi bubur. 3. Masukkan bubur tepung pulut ke dalam mangkuk. Campurkan kicap masin, sos ikan, serbuk cili (baba’s), sedikit gochugaru (Marimogo) dan sedikit garam dan gula. Rasa kepekatan manis dan masin mengikut citarasa ya.
4. Masukkan 2 ulas bawang putih yang dicincang ke dalam pes. Gaul semua sebati seperti di dalam gambar.
5. Masukkan kiub lobak putih dan hirisan daun bawang ke dalam pes. Gaul sebati. Siap, boleh disimpan.
Katanya, mi rebus ini adalah hidangan terkenal di daerah selatan tanah air. Mana lagi kalau bukan Johor. Kuah keledek dan kentang menjadikan mi ini berbeza dengan mi lain.
Mi rebus adalah salah satu jenis masakan mi yang sangat sedap. Rasanya memang sedap dan bercita rasa. Kuahnya pekat kerana ada keledek dan kentang. Ditambah pula dengan keenakan pedas-pedas cili potong.
Kalau dimasak dengan air rebusan daging lagi sedap. Ditambah pula ada lemak tetel. Wow sungguh. Melalui facebook, SuiSan Aliezsha berkongsi resipi mi rebus. Namun beliau menggunakan ayam.
MI REBUS
BAHAN MI
1 peket mi kuning (rebus sekejap dan toskan)
2 keping tauhu (goreng dan potong kecil)
Daun sup (basuh dan hiris halus)
Cili besar hijau
Cili besar merah (jika suka)
Bawang goreng (BELI DI SINI)
Limau kasturi
Telur ayam (direbus dan dibelah)
Dada ayam (goreng dan dicarik. Boleh juga guna daging. Lebih sedap. Simpan airnya)
BAHAN KUAH
4 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih (BELI DI SINI)
5 ulas bawang merah kecil (BELI DI SINI)
2 cm halia
1 biji keledek oren
2 biji kentang
1 sudu besar udang kering
Minyak masak untuk menumis
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT KUAH
1. Cili kering, bawang putih, bawang merah dan halia dikisar halus. Ketepikan.
2. Rebus keledek oren dan kentang. Toskan dan kiasar halus. Ketepikan.
3. Kisar udang kering. Ketepikan.
4. Panaskan minyak masak. Tumiskan cili kering, bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar tadi.
5. Masukkan serbuk kari. Tumis lagi.
6. Masukkan air rebusan dada ayam. Biarkan mendidih.
7. Masukkan keledek oren dan kentang, udang kering dan biarkan mendidih.
8. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan garam. Biarkan mendidih, matikan api.
Letakkan mi, tahu, taugeh, daun sup, bawang goreng, telur rebus, cili potong dan ayam dalam mangkuk.
Selesai juadah dapat makan agar-agar dingin lemak berkrim memang terbaiklah. Lagi pulak dapat makan agar-agar berwarna warni yang kaya rasa coklat dan susu pekat manisnya.
Ni agar-agar coklat pelangi dari Mama Syamil , bahan-bahannya cuma lima aje. Buatnya pun senang sangat korang. Jom cuti kemerdekaan, ukirkan senyuman manis pada orang tersayang dengan hidangan pemanis mulut, Agar-agar Coklat Pelangi.
AGAR-AGAR COKLAT PELANGI ( by Mama Syamil.)
.
BAHAN-BAHAN :
20gm@ 1paket agar-agar tali
1500ml air
1 tin susu pekat manis
2 sudu makan perisa coklat. * boleh ganti milo/ovaltine/vico
Beberapa titik pewarna
.
CARA-CARA MEMASAK :
1.Basuh agar-agar dan masakan agar-agar dengan air sehingga larut.
2.Masukkan susu,masak sehingga larut dan mendidih.
3.Sediakan pewarna kesukaan masing-masing
4.Masukkan perisa coklat pada bahagian pertama dan terakhir agar-agar dan biarkan ia mengeras kemudian diikuti lapisan lain mengikut warna kesukaan.
5.Agar-Agar yang selebihnya biarkan di atas api yang paling slow sementara tunggu agar-agar lapisan pertama mengeras.
7.Apabila semua lapisan dah selesai, masukan agar-agar di dalam peti dan siap untuk dipotong.
.
Info :
Kalau nak suruh agar-agar cepat mengeras setiap lapisan letak dalam peti tempat beku tak sampai 5 minit dah keras,boleh letak lapisan kedua.
Gariskan dengan garfu atas permukaa lapisan, untuk lapisan berikutnya melekat cantic
Tidak lengkap hidangan tanpa sayur, sebab itu walaupun sekadar ulam, sayur-sayuran wajib ada dalam menu. Kepada anda yang suka, kalau nak makan tak perlu tunggu balik kampung masak sendiri je kerana ini ada enam menu sayur kampung yang sedap dan mudah disediakan. Apa tunggu lagi jomlah kita cuba masak.
GULAI LEMAK PUCUK SELOM DENGAN KEPAH
BAHAN-BAHAN:
1 cekak daun selom | simpul dan celur seketika
300gm kepah
500ml santan
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
10 biji cili padi
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan asam keping.
Renehkan di atas api sederhana.
Setelah mereneh masukkan daun selom yang telah dicelur tadi.
Diikuti dengan kepah.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
KARI REBUNG MADU RAMPAI DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
500gm rebung madu | cuci bersih
200gm daging tetel | rebus & hiris kecil
1000ml santan
2 sudu makan air asam Jawa
3 sudu makan rempah kari daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan pes cili kering
Garam, gula dan perasa secukupnya
Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN HIRIS HALUS:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk, celur seketika rebung, setelah lembut, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau seketika masukkan pula rempah kari dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata masukkan air asam Jawa, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan rebung madu bersama daging tetel.
Gaul sebati, masukkan santan. Biarkan kari terus mereneh lebih kurang lima minit.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.
KERABU PUCUK LABU RAMPAI UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk labu | bersihkan dan celur
200gm udang | buang kulit, celur dan tos
BAHAN URAP:
300gm kelapa | putih sahaja
5 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 sudu makan udang kering | kisar
8 biji cili padi | kisar
2cm kunyit hidup | kisar
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
1cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan urap dalam kuali hingga cukup rasa.
Hidupkan api goreng sangai bahan urap hingga sedikit garing.
Setelah cukup rasa dan sedikit garing. Tutup api dan ketepikan.
Masukkan daun labu dan udang yang telah dicelur tadi dalam mangkuk.
Taburkan bahan urap dan gaul rata hingga sekata.
Setelah siap bolehlah dihidangkan.
KERABU PUCUK PAKU DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk paku | celur dan tos
200gm daging bakar | hiris nipis
250ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
BAHAN HIRISAN:
8 ulas bawang merah
1 biji cili merah
8 biji cili padi
2cm halia muda | jika suka
CARA MEMASAK:
Campurkan pucuk paku yang telah dicelur dalam mangkuk.
Masukkan bersamanya bahan hirisan.
Diikuti kerisik, garam, gula dan jus limau nipis.
Gaul rata, kemudian masukkan
Gaul lagi sehingga cukup rasa.
Segera dihidangkan.
PUCUK TURI LEMAK PUTIH BERSAMA LABU DAN TEMPE
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk turi | lurutkan dari tangkai
1 potong labu kuning | buang kulit dan potong dadu
1 paket kecil tempe | potong dadu
1000ml santan
1 sudu makan ikan bilis
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
2cm halia muda | hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan hirisan, ikan bilis, labu dan tempe.
Renehkan di atas api sederhana hingga mengelegak.
Masukkan pucuk turi Kacau lagi.
Perasakan dengan garam, gula secukup rasa.
Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
SULUR KELADI MASAK ASAM TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ikat sulur keladi bersama isi
100 gm isi udang
2 sudu makan tempoyak
6 pucuk daun kesum
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan.
Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu.
Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi.
Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya.
Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata.
Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang..
Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.