Memang enak rasanya dapat nikmati kuih lapis penuh dengan rasa lemak. Makan pun puas, memang kalah yang dibeli. Kuih lapis sukatan cawan ini memang disukai tambah pula bertemankan air kopi. Ralit makan weyy. Ikut cara membuatnya daripada Puan Ranisah Sazali.
Cara memasak: 1.Masukkan semua bahan bertanda (•) ke dalam pengisar, Kisar hingga sebati.
2.Bahagikan adunan kepada 3/2 bahagian.
3.Setiap adunan letak pewarna kecuali adunan warna putih letak secubit garam
4.Kukus selapis-selapis selama lima minit, bila dah masak lorekkan guna garfu pada bahagian yang sudah masak dan lapis lagi adunan berwarna lain.
5.Lapisan terakhir masak dalam 10 minit tambah tiga minit buka penutup periuk untuk hilangkan wap pada atas bahagian kuih , kuih akan jadi licin 6.Acuan atau loyang dioles dengan sedikit minyak untuk memudahkan kuih keluar.
7.Tunggu kuih hingga sejuk baru boleh keluarkan dari acuan.
Sedapnya Nasi Ayam ni. Walau biasa-biasa je tapi nampak sangat membuka selera. Pasti ramai yang tengah tercari-cari resipi yang mudah dan sedap untuk dijadikan hidangan buat keluarga. Resipi perkongsian Mdm Kellyni antara yang mudah dan sedap yang harus anda cuba. Ada rahsia tau nak masak Nasi Ayam biasa ni jadi sedap. Selain nasi, ayam juga memainkan peranan penting. Kalau sedap ayamnya, lagi enak. Resipi ini menggunakan mentega dan minyak bijan supaya ayam rasa lebih padu. Wow… Pasti ramai yang tak sabar nak cuba. Jom lihat cara-caranya.
RESEPI NASI AYAM BIASA TAPI RASA SEDAP & MUDAH DIMASAK
BAHAN-BAHAN AYAM: 2 keping ayam bahagian paha Air / stok ayam Halia 5 ulas bawang putih
BAHAN SAPUAN: Mentega secukupnya – beli online disini Minyak bijan secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Basuh bersih ayam dan rebus bersama halia dan bawang putih yang ditumbuk. (Air mesti banyak sebab nanti akan guna untuk masak nasi, sup, sos dan kicap. 2. Bila kuah telah mendidih, angkat ayam tadi dan toskan. 3. Letak ayam dalam bekas dan perapkan bersama bahan-bahan perapan. Lumur rasa dan biarkan selama 30 minit. 4. Tip untuk ayam yang enak dan nampak sedap, sebelum dibakar, sapu mentega dan minyak bijan pada ayam dengan rata. Masak selama 30 minit pada suhu 180C. 5. Bila ayam sudah masak, sapu mentega dan minyak bijan sekali lagi pada ayam untuk mendapatkan hasil yang menarik.
BAHAN NASI: 2 cawan beras basmathi – basuh bersih & toskan – beli online disini Minyak sapi secukupnya – beli online disini Mentega secukupnya 1-2 helai daun pandan 1 batang serai – ketuk 1 inci halia Rempah 4 sekawan 3 – 3 1/2 cawan air rebusan ayam Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak sapi dan mentega dengan secukupnya dalam periuk nasi elektrik. 2. Tumis daun pandan, serai, halia dan rempah 4 sekawan hingga wangi. 3. Masukkan beras dan gaul sebati. 4. Masukkan air stok / air rebusan ayam tadi. Masukkan juga garam. Gaul sebati. 5. Alihkan periuk ke dalam sarang elektrik, tekan butang dan biar hingga masak. 6. Bila nasi sudah masak, gemburkan menggunakan sudip supaya masak sekata.
CARA MEMASAK: 1. Kisar cili merah dengan bawang putih menggunakan air rebusan ayam tadi. 2. Masak bahan kisar menggunakan api perlahan. 3. Masukkan sedikit gula, garam, cuka, sos cili. Jumlahnya agak-agak sahaja supaya dapat rasa sos. 4. Jika mahu sos pekat, boleh tambah sedikit bancuhan air tepung jagung.
BAHAN KICAP: Lebihan sos perapan ayam Air rebusan ayam Garam jika perlu
CARA MEMASAK: 1.Masak lebihan sos perapan ayam tadi masak bersama sedikit air rebusan ayam. 2. Rasa dan jika kurang masin, tambahkan garam dengan secukupnya. 3. Bila mendidih, padamkan api.
CARA MEMASAK: 1.Panaskan lebihan air rebusan ayam. Tambah garam dan juga kiub pati ayam denagn secukupnya. 2. Masak hingga mendidih kemudian padamkan api. 3. Sedia dihidang bersama Nasi Ayam, salad, timun, tomato, kicap dan sos.
Idea masakan ringkas dan mudah yang anda boleh cuba masak untuk keluarga di hujung minggu. Mudah rupanya nak hasilkan hidangan Daging Masak Merah macam yang selalu kita pesan dekat kedai tu. Resipi perkongsian dari saudari Zetty Azikin ni memang terbaik. Cubalah! Pasti anda sukakan rasanya.
DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging – direbus, direndam pewarna merah & dihiris. ( jika tak suka pewarna, boleh abaikan)
3 sudu makan cili kisar
3 sudu mkakan sos cili
3 sudu makan sos tiram
6 ulas abwang putih – diketuk
8 biji cili padi merah
5 helai daun limau purut
1 biji bawang holland
1 batang lobak merah
1 biji lada benggala merah
Bunga kubis – kuantiti ikut citarasa
Kacang panjang – kuantiti ikut citarasa
Baby jagung – kuantiti ikut citarasa
1 biji tomato
1 cawan air
Sedikit serbuk pewarna merah – jika suka
Gula, garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar hingga garing.
2. Kemudian masukkan bawang putih dan cili padi.
3. Kacau selama 2-3 minit barulah dimasukkan sos cili dan tiram.
4. Seterusnya masukkan sayur-sayuran ( kecuali bawang & tomato) dan daun limau purut. Kacau rata.
5. Masukkan air.
6. Kemudian masukkan daging. Kacau lagi hingga rata. Jika suka, boleh juga masukkan sedikit pewarna merah.
7. Akhir sekali masukkan bawang holland, tomato, garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Kacau selama 2-3 minit untuk sebatikan dan biar bawang sedikit lembut.
Mini Gimbap atau Mayak Gimbap ini merupakan sajian popular dari Korea yang sangat enak dan mudah disediakan. Bagi anda yang inginkan sajian mudah, sedap tapi ringkas, nah…mini Gimbap ini tentunya pilihan terbaik yang boleh dicuba. Selain inti yang ringkas, anda boleh pelbagaikan mengikut cita rasa masing-masing. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Pasti puas hati.
BAHAN INTI: Lobak merah – hiris memanjang Hirisan telur dadar Sawi jepun – rebus & tos
CARA MEMASAK: 1.Basuh beras dan masukkan ke dalam periuk. Kemudian masukkan air seperti sukatan masak nasi beras biasa (sukatan air guna jari). Elak masak guna 2 1/2 cawan air kerana nasi akan jadi terlalu lembik.
2. Sagat halus lobak merah kemudian layukan dalam kuali tanpa menggunakan minyak. Masak hingga airnya kering. Boleh tambahkan secubit garam halus semasa dimasak.
3. Bersihkan sawi jepun dan celur. Kemudian toskan airnya.
4. Pukul 2 biji telur ayam dan masak seperti menghasikan telur dadar. Hiris halus & ketepikan.
5. Untuk menyediakan mini gimbap, ambil sekeping rumpai laut bersaiz kecil dan ratakan sedikit nasi diatasnya.
6. Susun hirisan lobak merah, telur dan sawi jepun. Gulung kemas. Ulang langkah sehingga bahan-bahan habis.
7. Akhir sekali, taburkan bijan sangai di atas gimbap. Sedia untuk dinikmati.
8. Gimbap ini boleh dinikmati begitu sahaja atau enak juga dicicah dengan kicap cair.
Resipi nasi dagang sedap guna beras basmathi ini hasilnya memang enak. Nasi lembut berderai tapi cukup lemak dan harum bila siap dikukus bersama santan.Hidang...