Pernah cuba rasa IkanRebus Thai? Menurut empunya resipi saudari Dior Sarah, ia merupakan resipi keluarganya dan merupakan hidangan wajib bila berkumpul. Ia sangat sedap digoreng dan makan bersama nasi panas. Kuah ikan rebus ni juga boleh dinikmati dan sangat enak dihidangkan bersama cili padi, sambal belacan, budu dan ulam-ulaman. Nak cuba? Jom lihat resipinya.
1. Bersihkan ikan dan susun dalam periuk. Masukkan air. Jika nak ikan rebus berkuah, lebihkan air dari ikan. Jika taknak, masukkan air hampir-hampir tenggelam ikan sahaja.
2. Masukkan gula melaka @manisan, asam gelugur, perasa, garam dan air asam jawa.
Ads
3. Didihkan ikan menggunakan api sederhana. Biar hingga semua bahan larut dan meresap pada ikan. Tidak perlu kacau untuk elak ikan hancur.
4. Bila ikan masak sepenuhnya dan air sedikit kering, padamkan api. Pastikan air tidak terlalu kering bagi mengekalkan kelembapan ikan apabila digoreng.
5. Untuk menikmatinya, boleh goreng ikan rebus thai guna minyak panas. Angkat dan nikmati segera.
Nak masak apa ya untuk menu berbuka, asyik nasi aje bosan gak. Jom goreng kuew teow atau nak masak berkuah pun best gak.Kuey Teow ni memang sedap kalau masak taruh kicap kan.
Jom kita cuba tiga resipi ini….
1. KUEY TEOW LADNA
Bahan-bahan :
4 paket kuey teow (leraikan)
2 sudu sos tiram
1/2 cawan kicap lemak manis
1 sudu sos ikan
Sedikit air
Bahan Kuah:
6 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit minyak untuk menumis
1 cawan isi ayam hiris
1 cawan daging (dah direbus empuk dan hiris)
1 paket serbuk mee sup
Air secukupnya (dalam 3 ke 4 cawan)
2 biji telur
2 sudu sos ikan
1 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
Sayuran pilihan (cendawan hitam yang direndam sampai kembang dan digunting, kailan, kobis cina, carrot dan cendawan enoki)
3 ke 4 sudu tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air
CARA MEMASAK :
1. Mula-mula buat kuey teow dulu. Panaskan kuali, masukkan semua kuey teow. 2. Gaul kicap, sos tiram dan sos ikan dan tuangkan kedalam kueyteow. Kacau guna api kecil sampai semua sebati dan hampir masak. 3. Tutup api, angkat.
4. Sekarang buat kuah. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga keperangan dan naik bau. 5. Masukkan ayam dan daging. Kacau. 6. Masukkan air. Tambah serbuk mee sup, carrot dan batang kailan.
7. Perasakan dengan sos ikan. Kacau dan biar mendidih. 8. Masukkan cendawan hitam. Kacau. 9. Bila semua sudah mendidih, masukkan kailan dan kobis cina yang dipotong. 10. Tambahkan telur. Kacau perlahan. 11. Masukkan air tepung jagung dan kacau sampai pekat dan mendidih. Tutup api. 12.Tuang kuah atas kuey teow. Makan dengan cili potong dan sos ikan. 13. Siap.
Kredit: Kuali Mama
2.KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE
by sue
BAHAN-BAHAN : (A)
1/2 kg kuey teow
3 biji telur – pukul hancur sahaja
(B)
5-7 ulas bawang putih – cincang halus
Udang dan sotong jika suka
minyak secukupnya untuk menumis
(C)
1/2 sdm sos tiram
1/2 sdt kicap cair
1sdt kicap pekat manis – Sue tambah
1/2 sdt kicap pekat – untuk warna sahaja
1/2 sdt pitis otak udang – Sue tambah
1 sdm sos cili – Sue tambah *Satukan sebati*
Tauge secukupnya
Daun kucai jika suka
CARA MEMASAK : 1) Tumis bahan (B), bawang dahulu sehingga kuning dan masukan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna. 2) Kemudian masukan bahan (A) kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehinnga telur kering. 3) Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehinnga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api. *Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teaw tidak hancur*
kredit: Sue FB :Pesan Bonda
KUEY TEOW TH’NG..
BAHAN-BAHAN :
Bahan sup ayam :
Isi ayam dan rangka ayam
Bwg putih 4biji(ketuk)
Halia 3 inci(ptong nipis)
Sengkuang 1biji kecil@gula batu(ptong nipis)
Kiub pati ayam (2 kiub)
4 sekawan
Fish boll n fish kek
Garam
5 sudu minyak bawang butih goreng
CARA-CARA MEMASAK : 1. Rebus semua bahan di atas sampai masak dan angkat tos kan isi ayam, fish boll n fish kek.. Biar kuah dgn api perlahan selama 10 minit siap😉😉
Bahan hiasan :
Isi ayam koyak nipis
Fish kek n fish boll ptong nipis
Daun sup n daun bwang
Taugeh mentah
Bawang putih goreng
Kuey teow kecik klu x dak besaq pon boleh😁😁
Bawang putih goreng 2. 4 labu bwg putih potong dadu klu malas tumbok ja.. Goreng dgn minyak banyak sampai garing siap😊😊
Bahan cabai kicap:
Cili padi 1 gengam
Bawang putih 4 biji
Limau 2 biji
Kicap manis
Sedikit belacan
CARA MEMASAK : 3. Goreng semua bahan diatas separuh masak masak dan kisar , dah siap😘😘
Kalau korang suka makan Bingka Jagung, ini resipi Bingka Jagung sukatan cawan yang mudah korang nak buat sendiri di rumah. Lagi pun nak beli bingka sepotong boleh tahan harganya, kalau buat sendiri baru puas makan. Buat lebih boleh sedekah pada jiran-jiran atau bawa bekal ke pejabat.
BINGKA JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu besar mentega
4 biji telur
Secubit garam
1 tin jagung krim manis
Biijan untuk hiasan
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati. 2. Tuangkan adunan dalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati. 3. Tuangkan dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api perlahan. 4. Sentiasa kacau hingga timbul wap dan sedikit kental. Tutup api. 5. Sapikan mentega dalam loyang pembakar, tuangkan aduanan tadi di dalamnya. 6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 45 minit hingga 1 jam. 7. Setelah masak, guna api atas selama lima minit. Kemudian tutup ketuhar. 8. Biarkan sejuk baru potong dan sedia dihidangkan.
Kalau dulu-dulu, nak makan menu berasaskan jering dan petai kena tunggu musim, sekarang dua bahan ini sentiasa ada di pasaran. Bila teringin makan boleh beli dan masak sambil mengimbau keenakan masakan autentik air tangan ibu-ibu di kampung. Berikut ada beberapa variasi menu jering dan petai yang boleh anda cuba sebagai hidangan keluarga.
GULAI LEMAK PETAI MUDA BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
2 papan petai muda | kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm
500gm udang saiz XL | bersihkan
2 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit | carik-carik dan simpul
3 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
15 biji cili padi
2 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.
Masukkan petai di dalam periuk bersama asam gelugor, serai dan daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
Tuangkan santan dan gaul rata.
Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.
Gulai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Anda boleh tukar udang dengan ketam mahupun ikan. Ikut selera dan cita rasa anda sekeluarga.
RENDANG BEREMPAH JERING TUA BERSAMA AYAM
BAHAN-BAHAN:
10 biji jering semai | rendam dan buang kulit arinya
500gm ayam | potong kecil, cuci dan toskan
1 liter santan pekat
3 sudu makan kerisik
1 sudu makan rempah kari
1 keping asam gelugor
3 batang sarai | titik
1 helai daun kunyit | siat dan simpul
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering
3cm halia
2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng jering. Angkat dan titik jering dalam lesung batu. Kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi.
Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, kacau lagi sehingga ayam kecut.
Masukkan santan, asam gelugor dan daun kunyit.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Apabila kuah agak pekat, kecilkan api, masukkan jering dan kerisik.
Kacau rata sehingga kuat menjadi kering dan timbul minyak.
Setelah secukup rasa dan ayam empuk. Tutup api.
Rendang sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ayam boleh juga guna daging tetel atau daging biasa.
SEMUR JERING BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
300gm jering tua | buang kulit ari dan rebus
250gm daging | rebus dan hiris nipis
2 helai daun salam
3 helai daun limau purut | carik-carikkan
1 batang serai | titik
3 sudu makan kicap manis
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1 sudu teh jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia muda
1 batang serai
3 biji buah keras
3 biji cili merah
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng daging yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan, kemudian titik daging supaya lembut.
Kemudian tumiskan bahan kisar bersama serai, daun salam dan daun limau purut hingga wangi.
Masukkan jering bersama daging goreng tadi, kacau rata 2-3 minit.
Masukkan air asam, kicap pekat manis dan perasakan dengan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, kacau sehingga semur kering dan timbul minyak lebih kurang 2-3 minit lagi.
Tutup api dan semur sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Selain jering direbus, ia boleh juga digoreng. Terpulang kepada cita rasa anda.
DENDENG KERDAS BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN
200gm kedas | goreng dan buang kulit arinya
200gm daging | rebus dan hiris nipis
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia muda
2 biji buah keras
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng daging (jangan terlalu kering). Angkat dan daging dititik supaya lembut.
Kemudian, tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan pes asam jawa.
Seterusnya masukkan daging dan kerdas tadi, kacau lebih kurang 2-3 minit.
Kecilkan api, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kacau lagi sehingga kering dan timbul minyak lebih kurang 2-3 minit.
Tutup api, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain kerdas boleh juga tukar dengan jering.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!