
Siapa penggemar kuih apam? Dapat pula makan apam yang gebu gebas dan lembut. Dimakan pula dengan kopi panas dan dicicah dengan kelapa parut alahai nikmatnya. Korang boleh buat sendiri apam yang jadi kesukaan ramai ini. Ikut resipi Rose Rosnah .
Resipi apam:
1 cwn tepung beras
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
Sedikit grm
1/2 kmpit mauripan
3-4 cwn air(jgn pkt dn jgn cair sgt) sedang2
Perap adunan 30 minit..
Kukus hingga masak… Siap..
Gaul dgn kelapa parut, tp mlm ni kedai kelapa dh tutup.. Mkn pns2 pun sodap xyh kelapa..
Kredit : Rose Rosnah Rosnah
#mahn
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Buat Wadai Kepeng Yang Sempoi Sedap Ni.

Kuih Wadai Kepeng, di kalangan masyarakat Banjar kuih ini sangat popular . Kuih ni sangat sedap kerana kekenyalan tepung pulut yang dibentuk bulat kemudian dileperkan dan dipijitkan di tengahnya. Dimakan dengan kuah santan yang lemak manis, Ada orang guna campuran gula Melaka pada kuah, ada yang guna gula pasir. Apapun terserah pada citarasa korang nak buat. Pokoknya kuih ini sedap dan senang je membuatnya.
WADAI KEPENG
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung pulut
- Air secukupnya
- Pewarna kuning
- Secubit garam
BAHAN KUAH SANTAN:
- 1 keping gua melaka
- 2 cawan santan pekat
- 2 helai daun pandan
- Secubit garam
- Sedikit gula | jika kurang manis
CARA MEMASAK:
- Masukan tepung pulut dalam mangkuk bersama secubit garam, gaul rata.
- Kemudian masukan air sedikit demi sedikit sambil uli.
- Tambahkan pewarna kuning dan uli hingga menjadi doh lembut.
- Bulat-bulatkan kemudian leperkan dan tekan ditengah. Lakukan hingga habis doh.
- Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan tepung pulut yang siap dibetuk tadi.
- Rebus hingga timbul, angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk.
- Sementara itu, sediakan kuah santan.
- Masukkan santan, gula merah, secubit garam dan daun pandan.
- Didihkan atas dapur dengan api sederhana sentiasa kacau.
- Apabila mendidih, tutup api.
- Untuk menghidangkannya, masukkan adunan tepung pulut tadi dalam kuah santan dan hidangkan
Tepung Bungkus Cukup Lemak & Manis, Pasti Tak Cukup Satu

Isi Kandungan
ToggleKuih muih Melayu memang tiada tandingan kesedapannya berbanding berbanding kuih moden. Cukup rasa, lemak manisnya memang buat ketagih nak makan. Kecewa juga beli kadang tak dapat sebagaimana yang diimpikan.Jadi nak puaskan hati, jom buat sendiri ikut resipi perkongsian Faezah Ab Wahab.
TEPUNG BUNGKUS
Bahan-bahan:
3 cawan santan-beli online di sini
1 1/2 cawan tepung beras-beli online di sini
1 sudu gula
Sedikit garam
Dapatkan Cuoco Premium Stainless Steel Knife Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara memasak:
1.Masak atas api perlahan sehingga pekat. Sambil kacau.
2.Kemudian tutup api.
Inti
1/2 biji kelapa muda
1 ketul gula Melaka-beli online di sini
1 cawan air
Daun pandan
Cara memasak:
1.Kacau atas api sampai kering, letak tepung sikit untuk bagi kelapa lembap bersalut.Kalau kurang manis tambah gula putih.
2.Dah masak buat bulat-bulat kecil untuk dijadikan inti.
3.Bolehlah dibungkus dengan adunan tadi.
4.Kukus api sederhana dalam 15 minit.
Kredit: Faezah Ab Wahab
Kelas Online Rasa kini kembali & ia PERCUMA!
Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Kimchi Air Tangan Ibu, Lengkap Rasa Pedas Manis & Rangup
Lemak Manis, Memang Sedap. Resipi Kuih Talam Pandan Versi Acuan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kuih Bom Bijan Pandan Sedap & Mudah. Nak Cuba? Ni Resipinya.

Sedapnya Kuih Bom Bijan Pandan Kentang ni. Jika bab resipi kuih muih tradisional, resipi-resipi perkongsian Opah Mas Cotek memang terbaik. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan. Beliau juga tak berkira untuk berkongsi tip buat semua. Bagi anda yang sukakan Kuih Bom Bijan, boleh cuba resipi perkongsian opah ni. Intinya boleh dipelbagaikan ikut cita rasa sama ada nak guna inti kelapa atau inti kacang. Dua-dua sedap.
CARA MASAK KUIH BOM BIJAN PANDAN KENTANG YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji ubi kentang – rebus dan lenyek
- 2 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- Sedikit pewarna hijau
- Santan secukupnya – kisar dengan 5 helai daun pandan
- Inti kelapa @ inti kacang hijau secukupnya ( resipi rujuk sini)
- Bijan putih secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan kecuali santan, inti dan bijan. Sebatikan.
2. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Cubit doh, bulat-bulatkan dan masukkan inti. Kalau nak timbang, 30gm doh & 20gm inti.
4. Sapu tapak tangan dengan sedikit air. Golekkan kuih bom atas tapak tangan hingga cantik membulat. Kemudian golekkan ke dalam bijan. Lakukan hingga doh habis.
5. Rehatkan kuih selama 1-2 jam di dalam peti sejuk.
6. Panaskan minyak dengan banyak guna api sederhana. Goreng kuih sambil digolek-golek hingga masak atau bertukar warna.
7. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Mas Cotek
ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI NI:
Lemak Manis & Sedap. Resipi Belebat Ubi Ni Memang Kena Cuba.