Tengok gambar pun dah tahu sedap kan? Nak buat ayam goreng yang sedap, ada caranya. Kena perap dengan bahan terpilih. Barulah ayam goreng tu sedap sampai ke tulang. Ada tip yang boleh korang ikut.
Ayam goreng boleh dianggap lauk yang tak jemu-jemu dimakan. Kali ni RASA nak kongsikan resipi ayam goreng paling sedap. Memang terbaik rasa dia. Resipi ini dikongsi oleh Zana Mokhtar di facebook group RASA Share Resipi. Jom try buat. Nampak sedap betul ayam goreng ni.
Melalui tip ini, Zana menegaskan ayam perlu diperap sekurang-kurangnya selama sejam barulah ayam itu akan jadi sedap dan segala rasa rempah itu meresap ke dalam daging ayam. Cubalah. Ayam goreng ini memang sedap.
AYAM GORENG GERENTI SEDAP
BAHAN UTAMA
1 ekor ayam (dibelah 4)
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN PERAPAN
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih (BELI DI SINI)
2 inci halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih (BELI DI SINI)
2 tangkai serai
2 inci kunyit hidup (atau 1 sudu kecil serbuk kunyit) (BELI DI SINI)
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan perapan. Kemudian lumur pada ayam dan perap selama sejam.
Ads
Dah siap kisar.
Lumur lepas tu perap sejam.
Ads
2. Ayam yang sudah diperap, direbus sehingga nampak siku ayam agak pecah. Angkat dan toskan.
Rebus ayam tadi.
3. Ambil bahan perapan ayam tadi dan lumurkan semula pada ayam.
4. Panaskan minyak masak. Minyak masak kena banyak.
5. Goreng ayam sehingga kekuningan dan angkat untuk dihidangkan.
Ads
Pastikan minyak masak kena banyak untuk menggoreng.
Rindu nak makan paprik ayam di kedai Thai? Kini anda boleh je masak sendiri di rumah. Menurut empunya resipi, puan Nurbaizura Sani, masakan anda tentunya lebih sedap dari yang dijual di kedai Thai. Anda boleh cuba resipi ini. Nak buatnya pun tidaklah susah. Selamat mencuba!
Hidangan ayam lemon ini bukan saja sedap tapi antara lauk yang ringkas untuk disediakan. Rasa masam manis dengan tekstur ayam rangup dan tanpa cili memang sesuai untuk kanak-kanak atau mereka yang tak makan pedas.
Resipi ayam lemon, rasa masam manis ayam rangup
Bahan-bahan
2 dada ayam-bersihkan dan keringkan
Bahan perap
3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh minyak bijan
Sedikit pepper
1 biji telur
Bahan salut-campurkan
5 sudu besar tepung
5 sudu besar breadcrumbs
Bahan sos
1 sudu besar sos plum
3 1/2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
2 sudu teh tepung jagung
Minyak secukupnya
Cara membuat
1. Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman.
2. Salut dengan bahan salut lalu goreng hingga garing dan kekuningan.
3. Potong ayam dan letak atas pinggan hidangan.
4. Campur semua bahan sos, didihkan hingga pekat.
5. Tuang sos atas ayam dan hias dengan limau sebelum dihidangkan.
Kali ini RASA ingin kongsikan cara buat ayam masak merah dengan menggunakan versi paling simple. Yalah, kadang kita tak ada banyak bahan di rumah untuk membuat ayam masak merah yang cukup lengkap bahannya seperti resipi masakan kenduri.
Nah, dengan bahan-bahan paling minimum, anda sudah boleh menikmati ayam masak merah yang sedap.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN KISAR
2 labu bawang besar
1/2 senduk cili kering (direbus dan dibuang biji)
5 tangkai cili padi
2 ulas bawang putih
BAHAN-BAHAN
8 ketul potongan ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Sedikit air (jika suka ada kuah)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
CARA MEMBUAT
1. Lumur ayam dengan serbuk kunyit dan garam
2. Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam namun jangan terlalu kering.
3. Angkat ayam dan kurangkan minyak masak.
4. Dengan sedikit baki minyak masak yang ditinggalkan dalam kuali, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
5. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata.
6. Jika suka berkuah sedikit, masukkan air.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
8. Masukkan potongan bawang besar.
9. Gaul sebati sehingga keseluruhan sos membaluti ayam.
10. Siap!
Inilah dia resipi ayam masak merah yang cukup simple. Tidak perlu serai dan bahan-bahan lain. Sesuai untuk orang bujang.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.