Nasi Goreng Sotong perkongsian saudara Wan LuQman ni nampak sangat sedap dan mudah disediakan. Bahan-bahannnya cukup mudah. Bagi anda yang suka sangat makan nasi goreng, resipi ni adalah salah satu yang perlu anda cuba. Memang membuka selera. Tak perlu dah makan dekat kedai. Masak sendiri lagi sedap. Selamat mencuba!
CARA MASAK NASI GORENG SOTONG PEDAS
BAHAN-BAHAN: Nasi putih – sukatan 3 orang makan 3 ekor sotong – hiris 4 biji cili padi 3 ulas bawang putih – beli online disini 3 biji bawang merah – beli online disini 1 sudu makan cili kering kisar – beli online disini 1 sudu teh udang baring / udang geragau – beli online disini Garam dan gula secukup rasa 2 biji telur Hirisan sayur pilihan – kubis/ petai/kacang panjang secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih dan udang geragau hingga lumat.
2. Panaskan minyak masak, tumis bahan tumbuk bersama cili kering kisar hingga wangi dan garing.
3. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.
4. Pecahkan telur.
Ads
5. Kacau hingga rencah menjadi sebati dan bergaul sebegini.
6. Masukkan nasi dan juga hirisan sotong. Kacau semua hingga bergaul rata.
7. Bila nasi sudah bergaul sempurna, masukkan hirisan kubis dan kacang panjang. Kacau lagi.
8. Seterusnya masukkan petai (jika ada). Gaul lagi hingga sayur masak dan sedikit layu.
Ads
9. Rasa nasi goreng. Jika semua perasa sudah cukup, angkat dan hidangkan.
Salah satu cara nak buat udang goreng yang sangat sedap. Campur dengan mentega dan juga keju mozarella. Resipi ini dikongsi oleh Bunga di facebook group Rasa Share Resipi. Jom tengok, lepas tu boleh try buat.
UDANG HARIMAU GORENG BUTTER MOZARELLA
BAHAN-BAHAN
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukupnya (BELI DI SINI)
5 ekor udang harimau
Minyak masak secukupnya
5 sudu besar mentega (BELI DI SINI)
1 biji bawang holland (hiris nipis)
5 tangkai cili padi (potong serong)
Keju mozarella secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Lumur serbuk kunyit dan garam pada udang. Gaul. Panaskan minyak masak. Goreng udang selama seminit. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan mentega. Masukkan bawang holand dan cili padi. Tumis sampai naik bau.
3. Masukkan udang tadi. Gaul rata. Matikan api. Angkat dan letak dalam pinggan.
4. Ketika udang masih panas, taburkan keju mozarella. Biarkan keju mencair. Sedia dihidang.
Biasanya kalam makan telur masin bila menikmati nasi kerabu. Sebenarnya telur masin juga sedap dibuat gulai atau pais Rasanya lemak-lemak masin sungguh enak. Kalau ada stok telur masin di rumah bolehlah buat lauk ini.
ASAM PEDAS TELUR MASIN BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 sudu teh halba
4 sudu makan cili kering kisar
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih |kisar
½ inci halia |kisar
½ inci kunyit hidup |kisar
Sedikit air asam jawa
2 tangkai daun kesum
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar. Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
2. Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu. Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum. Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur. Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Kecilkan api semasa pecahkan telur untuk elakkan telur pecah.
PAIS TELUR MASIN BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 biji telur ayam
Sedikit hirisan daun kunyit
Sedikit hirisan daun limau purut
Sedikit hirisan serai
2 sudu makan santan pekat
Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Sediakan daun pisang.
2. Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang.
3. Kemudian pecahkan dan hancurkan telur ayam dan tuang ke atas telur masin tadi.
4. Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
5. Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut.
6. Kukus kira-kira 5 minit dan selepas itu dibakar sekitar 5 minit lagi.
7. Keluarkan dan sedia dihidangkan.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi ayam goreng style mamak yang sangat sedap. Ayamnya kelihatan berwarna agak kemerah-merahan. Sudah semestinya, cita rasanya juga amat menyelerakan.
Jom kita lihat resipinya.
AYAM GORENG MAMAK
BAHAN KISAR
4 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
2 inci halia
BAHAN LAIN
1 ekor ayam (belah 8 atau ikut suka)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 tangkai daun kari
1 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar rempah kari ikan
Garam
1 sudu kecil serbuk lada
1 biji telur ayam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, masukkan bahan kisar.
2. Masukkan ayam yang telah dipotong-potong dan dibersihkan.
3. Masukkan tepung jagung, tepung beras, daun kari, rempah kari ayam dan ikan, garam, serbuk lada dan telur ayam.
4. Gaul semuanya sehingga sebati dan perap selama 1 jam.
5. Panaskan minyak masak. Goreng ayam sehingga masak.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!