Bila bercerita pasal kurma, memang baik sangat dijadikan amalan memakannya di bulan Ramadan ini. Tapi rugi kan buah kurma yang banyak khasiat dan kebaikan ini dimakan masa bulan puasa sahaja, sebenarnya ia sentiasa sedap dan berkhasiat sepanjang masa.
Apa yang pasti bagi anda yang sedang mencari alternatif untuk mengawal tekanan darah, kolesterol serta mahu mengelakkan sakit jantung dan strok, kurma makanan tinggi serat ini sangat sesuai dan berkhasiat.
Kandungan nutrien makanan ini yang tinggi menjadikan ia makanan yang sewajarnya wajib anda makan untuk menjaga kesihatan. Kurma juga sedap dijadikan sajian pencuci mulut yang hebat.
1.BROWNIES COKLAT KURMA
BAHAN-BAHAN :
Ads
128 gm mentega lembut
70 gm coklat gelap
100 gm telur
100 gm gula halus/castor
50 gm tepung kek
20 gm serbuk koko
50 gm walnut/dicincang halus
50 gm kurma / keluarkan isi dicincang halus
CARA MEMBUAT : 1. Cairkan coklat dan mentega menggunakan teknik ‘double boil’, iaitu dengan memanaskan kuali yang berisi air hingga mendidih dan letakkan loyang bulat atau periuk di atasnya. 2. Setelah cair ketepikan, biarkan adunan sejuk sedikit, 3. Sedia kan bekas dan masukkan telur, esen vanilla bersama gula castor. Kacau laju supaya semuanya sebati, masukkan s glukos cecair. Jangan terlebih kacau, tidak perlu menggunakan ‘mixer’. 4. Masukkdan mula tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit serta serbuk koko. 5. Masukkan walnut dan kurma, dan kaup balikkan sekali. 6. Tuangkan ke dalam loyang pembakar, ratakan adunan 7. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar dalam suhu 180C selama 30 minit menggunakan api atas bawah. 8. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
Saiz hidangan : 10 potongan Masa memasak : 45 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Brownies Keistimewaan : Brownie kaya rasa coklat dan manis kurma serta lemak berkacang. Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Brownies dengan ramuan kurma makanan sunnah yang sesuai sebagai pencuci mulut dan moreh.
Ads
Resipi : Hotel Sheraton PJ
2. PENGAT KURMA ,DELIMA & BUAH-BUAHAN SUNNAH
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 biji delima /diambil isinya
1 biji santan kelapa
15 biji kurma /dibuang biji
10 biji buah tin kering /dipotong
20 biji gajus goreng @ bakar
2 helai daun pandan/ disimpul dan diikat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1.Ambil periuk dan masak buah-buahan bersama santan, gula, daun pandan dan tambahkan garam dan gula secukup rasa. 2.Masak dengan api yang sederhana. 3.Apabila mendidih tutup api dan pengat sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 6 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Reneh. Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Ramuan makanan sunnah yang manis berlemak Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Bahan ramuan buah delima, kurma, buah tin adalah amalan pemakanan sunnah yang lazat lagi menyihatkan. Inspirasi menu hebat yang direka chef hotel The Pearl.
Resipi : The Pearl KL
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak masak resipi Kam Heong ni sebenarnya sangat mudah! Nampak je macam rumit tapi sekali dah siap masak sekelip mata je settle. Rasa masakan Kam Heong ni memang unik. Rasa manis pedas yang seimbang dari kuah tumisannya pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja yang merasainya. Paling ngam makan dengan nasi panas lauk ni boleh bertambah nasi.
Boleh juga tukar ke ayam jika tidak gemarkan udang sebagai lauk utama. Jom cuba!
UDANG KAM HEONG
BAHAN-BAHAN:
8 biji cili padi
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Sedikit air
Sedikit kicap manis
1 sudu serbuk kari
Serbuk kunyit
Udang
Daun ketumbar
CARA PENYEDIAAN:
Potong bawang merah dan bawang putih dalam bentuk dadu.
Perap udang dengan serbuk kunyit, garam dan gula.
Dalam kuali, goreng udang separuh masak dan ketepikan.
Tumis kesemua bahan tumis sehingga garing, jangan sehingga hangit.
Masukkan serbuk kari, sos cili, kicap dan sos tiram. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan udang. Kacau sebati sekejap sahaja sebab udang dah separuh masuk. Garam tak perlu sebab masa perap udang tadi dah letakkan. Tutup api dan taburkan daun ketumbar sebagai hiasan dan aroma.
Bagi penggemar makanan pedas, menu Daging Goreng Kentang Cili Padi ni antara yang wajib dicuba. Bahan paling ringkas tapi rasanya boleh buat orang tak berhenti makan. Memang berpeluh! Nak makan dengan nasi putih boleh atau dijadikan lauk untuk bubur pun sesuai. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
DAGING GORENG KENTANG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
300gm daging – hiris nipis
2 biji ubi kentang – hiris nipis
3 biji bawang merah
15 tangkai cili padi
6 biji tomato ceri – belah 2
1 tangkai daun bawang – hiris
Garam. gula dan serbuk kunyit secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaul hirisan daging bersama garam dan serbuk kunyit. Gaul rata.
Panaskan minyak dan goreng hingga haring. Angkat dan toskan.
Menggunakan minyak yang sama, goreng hirisan kentang hingga kekuningan. Angkat.
Kisar bawang merah bersama cili padi. Kemudian masukkan ke dalam kuali dan masak tanpa minyak hingga air bawang kering.
Setelah air kering, masukkan minyak secukupnya. Tumis hingga pecah minyak.
Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
Tambahkan juga daging dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
Masukkan hirisan tomato serta daun bawang. Gaul sekali lagi.
Warga kota jangan risau. Boleh je nak makan dodol. Buat sendiri dodol cair. Guna empat bahan sahaja. Walau mungkin tak sama macam dodol yang dimasak atas api dapur kayu di kampung, sekurangnya dapatlah kita rasa dodol homemade.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!