Ramai yang suka menikmati sajian Cendawan Tiram Celup Tepung. Penyediaan yang ringkas, mudah dimasak dan rasanya juga sangat sedap. Tidak hairanlah kanak-kanak juga suka makan Cendawan Celup Tepung ni. Ada yang terasa nak makan Cendawan Celup Tepung yang sangat sedap? Saudari Aisyah Humaira ada kongsikan cara-cara serta resipi bancuhan tepungnya. Jom cuba!
RESIPI CENDAWAN CELUP TEPUNG YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 paket cendawan 2 sudu makan air kapur makan – beli online disini Minyak masak secukupnya Garam secukup rasa Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan kering dalam bekas dan kacau rata. Jika tidak suka pedas, boleh guna tepung perasa original.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga terhasil adunan yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
3. Masukkan separuh dahulu cendawan ke dalam adunan dan biar salut sekata.
Ads
4. Panaskan minyak masak dan masukkan cendawan satu persatu. Goreng hingga garing.
5. Bila sudah garing, angat cendawan, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
INFO:Biasanya cendawan tiram ditanam secara organik. Jadi basuh jangan sampai air serap. Cukup sekadar lalukan air. Tidak perlu tunggu cendawan kering. Boleh terus celup dalam adunan tepung.
Ads
TIP UNTUK HASILKAN CENDAWAN YANG SANGAT RANGUP
Masukkan separuh cendawan ke dalam bekas adunan dan ratakan.
Goreng dalam minyak yang banyak dan guna api besar.
Goreng cendawan dan hanya balikkan bila sudah hampir masak.
Bila cendawan hampir garing, baru leraikan cendawan yang melekat.
Bila bunyi berdesir berkurangan, ia menandakan cendawan telah masak elok.
Cendawan goreng perlu betul-betul masak barulah jadi rangup dan tidak serap minyak.
Sempena Ramadan yang bakal tiba, ini ada tiga sambal mantah yang sangat simple dan cepat disediakan boleh anda semua cuba. Ia pedas menyengat dan sedap tak terkata.Ada beraneka jenis sambal yang menjadi kegemaran masyakat Malaysia, selain sambal yang dimasak, banyak juga sambal yang disediakan tanpa perlu dimasak. Rasa tetap sedap.
SAMBAL MENTAH IKAN BILIS BAHAN-BAHAN
15 tangkai cili padi
100gm ikan bilis |sudah dikopek
Sedikit belacan |bakar sekejap
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato |hiris
Sedikit garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMBUAT:
Rendam ikan bilis dengan air panas, supaya lembut kemudian toskannya.
Tumbuk cili hingga lumat, kemudian masukkan bawang merah dan putih.
Setelah hancur, masukkan ikan bilis dan hirisan tomato.
Tumbuk sekejap, perasakan dengan garam dan gula, gaul rata.
Ikan Tenggiri Berlado menu mudah nak disediakan dan sedap untuk dihidangkan kepada keluarga.
Boleh gunakan cili besar merah atau kalau nak pedas boleh juga gunakan cili padi. Lauk macam ni makan dengan nasi panas memang menyelerakan.
Kalau nak tambah lauk bolehlah goreng telur dadar dengan sedikit ulam dah lengkap hidangan makan malam atau siang anda. Tak rugi untuk cuba mesti teringat-ingat.
IKAN TENGGIRI BERLADO
BAHAN-BAHAN
Ikan( 7-8 keping)
Cili merah 11 batang *
Bawang putih 3 ulas *
Bawang besar ½ biji*
Tomato 1 buah ( belah 4 )
Serai 1 batang ( dikatok )
Daun limau purut 2 helai
Serbuk belacan 1 sudu kecil
Serbuk perasa 1 sudu kecil
Garam(agak2)
Gula(jika mahu)
P/s : Kisar @tumbuk kasar bahan yang bertanda *
BOLEH GUNAKAN CILI PADI JIKA MAHU MENAMBAH PEDAS DALAM MASAKAN
CARA MEMASAK:
Lumurkan kunyit Dan garam pada ikan.Panaskan minyak di dalam kuali , masukkan ikan dan goreng sehingga masak . Angkat dan ketepikan.
Gunakan minyak yang sama , masukkan cili yang telah dikisar tadi , serai dan daun limau purut . Tumis sehingga pecah minyak .
Kemudian masukkan tomato , serbuk belacan ( dan bahan yg lain). Gaulkan Dan perasakan dengan secukup Rasa yang dimahukan
Masukkan ikan yang telah digoreng tadi , Gaulkan kesemuanya sehingga sebati dan biarkan ianya masak seketika
Angkat dan taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang.
Masakan Thai cukup terkenal malah menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Hidangan yang mengandungi rasa masam, masin dan pedas ini memang membuka selera dan sesuai dinikmati bila-bila masa. Kali ini RASA kongsikan aneka masakan Thaiberasaskan ayam yang boleh anda cuba.
1. AYAM SOS THAI
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
2 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
8 sudu makan sos Thai
2 batang serai | titik
2 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
3cm halia | hiris halus
1/2 biji cili Benggala hijau | hiris
1/2 biji cili Benggala merah | hiris
1/2 batang lobak merah | hiris
3 biji cili padi hijau |hiris halus
1 tangkai cili merah | hiris halus
2 sudu teh sos ikan
60ml air
Minyak masak secukupnya
Daun ketumbar untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan ayam bersama tepung jagung, serbuk pati ayam, dan serbuk lada hitam. Gaul sebati.
Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Gorengkan ayam sehingga warna perang keemasan, angkat, tos dan ketepikan.
Salin minyak di dalam kuali dan tinggalkan sedikit sahaja untuk menumis. Setelah itu tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, dan serai sehingga wangi. Dikuti dengan lobak merah, cili padi dan cili merah.
Kemudian masukkan sos cili Thai, sos ikan dan air secukupnya. Kacau sebentar hingga kuah mereneh.
Setelah itu masukkan cili Benggala hijau dan merah. Apabila cili Benggala telah agak layu sedikit masukkan ayam tadi kacau dan tutupkan api. Siap untuk dihidangkan. Hiaslah dengan daun ketumbar yang dipotong agak kasar jika suka.
Info chef: Jumlah air bergantung sama ada anda ingin lebih berkuah atau agak kering.
2. GULAI AYAM SIAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
250ml santan pekat
250ml air
6 biji terung kampung | belah dua
1 biji bawang besar | kisar
4 biji bawang putih | kisar
3cm lengkuas | hiris dan kisar
3cm kunyit | hiris dan kisar
6 tangkai cili padi hijau | kisar
2 batang serai | hiris halus dan kisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 helai daun limau purut | carik
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi hijau, serai, daun limau purut, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya, kacau sebentar dan biarkan sehingga kuah mereneh dan ayam agak empuk dan masak.
Setelah ayam agak empuk,masukkan terung kampung dan akhir sekali santan pekat. Masaklah sehingga kuah agak memekat kemudian tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Info Chef : Terung kampung boleh digantikan dengan terung pipit.
3. AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6 – 8 ketul
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
5cm halia |hiris halus dan memanjang
1 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
4 biji cili padi | hiris
1 tangkai cili merah | hiris
1/2 batang lobak merah | hiris halus dan memanjang
4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
2 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu teh cuka atau secukup rasa
60ml air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk lada hitam.
Panaskan minyak lebih kurang enam sudu makan di dalam kuali dan goreng sebentar ayam selama lebih kurang 5 minit, angkat dan ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, tumiskan halia, hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah sehingga wangi. Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang, sos ikan, serbuk pati ayam, gula, cuka dan air. Masaklah sehingga kuah mendidih akhir sekali masukkan kembali ayam dan kacau sebentar. Tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
4. AYAM SICHUAN ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
3 ketul isi dada ayam – dihiris
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan taucu
½ biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
1 sudu teh kicap pekat manis
2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu teh serbuk cili Thai
1/2 cawan kacang tanah goreng
8 tangkai cili kering
Sedikit daun bawang
Minyak untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk gaul sekata isi ayam bersama tepung jagung dan serbuk lada hitam.
Panaskan minyak untuk menggoreng. Apabila panas, goreng ayam sehingga warna perang keemasan angkat, tos dan ketepikan.
Tuangkan sedikit minyak lebih kurang empat sudu makan, kemudian goreng cili kering hingga wangi dan garing, angkat dan ketepikan.
Setelah itu tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih, daun bawang hingga wangi. Masukkan taucu, kicap pekat manis, gula dan serbuk cili Thai, kacau sebentar.
Akhir sekali masukkan ayam, kacang tanah dan cili kering, gaul rata kemudian tutupkan api. Hidangkan segera semasa masih panas.
5. AYAM PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
4 biji bawang putih | kisar halus
1 biji bawang besar | kisar halus
3cm halia | kisar halus
3cm lengkuas | kisar halus
6 tangkai cili padi | kisar halus
2 batang serai dihiris halus | kisar halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Daun pandan secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama kesemua bahan kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk kunuit, serbuk pati ayam, garam dan gula. Perap semalaman bagi mendapatkan rasa yang lebih enak.
Setelah itu bungkuslah ayam tersebut dengan daun pandan seperti membungkus ketupat palas. Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api yang agak sederhana besar agar ayam masak sekata. Ayam pandan siap untuk dihidangkan.
Info chef: Jika hendak cepat, ayam bolehlah diperap selama dua jam.
6. AYAM KARI HIJAU
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 4-6 ketul
1 biji bawang besar | dikisar
4 biji bawang putih | dikisar
6 tangkai cili padi hijau | dikisar
4 pokok daun ketumbar | potong kecil serta kisar bersama akarnya
4 helai daun limau purut | dihiris halus serta dikisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk kari ayam
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 keping asam gelugur
125ml santan pekat
250ml air
1 biji tomato | belah enam
1 biji bawang besar | belah empat
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam kuali tumiskan bahan yang telah dikisar bersama serbuk jintan manis, serbuk kari ayam, serbuk pati ayam, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa sehingga pecah minyak.
Masukkan santan pekat, masak selama 5-6 minit atau sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam dan air kacau sebentar, biarkan sehingga air mendidih atau sehingga kuah agak memekat.
Setelah itu masukkan tomato yang telah dihiris dan bawang besar yang telah dibelah empat. Masaklah sehingga tomato dan bawang agak lembut. Tutupkan api. Kari hijau ayam sedia untuk dihidangkan.
7. AYAM GAJUS
BAHAN-BAHAN:
3 keping dada ayam | potong kecil
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu teh minyak bijan
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
8 tangkai cili kering | potong 3cm panjang
3cm halia | cincang halus
1 biji bawang besar | hiris
6 biji bawang putih | cincang
2 sudu teh sos tiram atau secukup rasa
2 sudu teh kicap pekat manis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
80gm kacang gajus
Daun bawang secukupnya
Lobak merah | Hiris bulat
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan ayam bersama minyak bijan, tepung jagung dan lada sulah. Perap sebentar.
Panaskan minyak di dalam kuali, gorengkan isi ayam yang telah diperapkan tadi sehingga warna keemasan angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak di dalam kuali tinggalkan sedikit untuk menumis, anggaran tiga sudu makan. Kemudian gorengkan cili kering sehingga garing dan angkat.
Selepas itu tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi. Setelah itu masukkan lobak merah, sos tiram, kicap pekat manis, serbuk lada hitam dan kacau sebentar. Akhir sekali masukkan isi ayam, daun bawang dan gajus, kacau serta tutupkan api.