Suka makan Ayam Masak Kurma? Kuah pekat, penuh perisa memang sangat membuka selera. Sesuai dimakan bersama nasi putih panas-panas. Bagi anda yang sangat menggemari sajian ini, jom cuba resipi ini. Rupanya ad acara untuk jadikan Ayam Masak Kurma jadi lebih enak tau. Pasti puas hati.
RESIPI AYAM MASAK KURMA PALING SEDAP
Ads
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam
Bawang merah – kisar
Bawang putih – kisar
Halia – kisar
1 ½ paket rempah kurma
Rempah 4 sekawan
Daun bawang – kisar
Daun ketumbar – kisar
Badam – kisar
2 cawan air
Pes asam jawa (boleh juga guna asam keping)
Kentang – dipotong kecil
Lobak merah – dipotong kecil
¼ cawan santan pekat
Cili hijau
Tomato
Bawang besar
2 kiub MAGGI® Pati Ayam
CARA MEMASAK:
Ads
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang kisar serta rempah 4 sekawan di dalam kuali sampai wangi dan garing. Bubuh rempah kurma. Kacau-kacaukan supaya tak hangus.
Bila bahan tumisan tadi dah pecah minyak, masukkan bahan rahsia iaitu daun bawang, daun ketumbar dan badam. Kacau lagi.
Bila semua bahan elok pecah minyak, masukkan ayam. Kacau-kacau. Bila air ayam dah sedikit kering, bolehlah masukkan air.
Sementara menunggu untuk kuah mendidih, Gaulkan semua bahan.
Masukkan kentang dan lobak merah. Kacau rata. Bila kentang, lobak merah dan ayam dah elok masak dan empuk, bolehlah masukkan santan pekat. Biarkan kuah mereneh.
Masukkan cili hijau, tomato dan bawang besar. Kacau-kacaukan lagi. Jangan biar dia hangus. Perasakan dengan kiub MAGGI® Pati Ayam. Ikut selera masing-masing ya.
Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar. Dah siap!
Ads
PETUA: Penambahan kacang badam kisar menjadikan hidangan Ayam Masak Kurma lebih enak dan berperisa.
Kredit foto: Unit Foto Nu Ideaktiv
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bubur Lambuk cukup sinonim dengan Ramadan. Bukan sahaja masyarakat muslim teruja menikmati hidangan ini malah ia menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Dan pastinya setiap kali kedatangan bulan mulia ini, ia sangat dinantikan oleh semua orang.
Namun penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia menjadikan semua perkara harus mengamalkan normal baru. Aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk dan pengedaran secara terbuka tidak boleh dilakukan lagi. Pun begitu semua ini bukan halangan bagi Majalah Rasa dan AJI-SHIO® untuk mengedarkan bubur lambuk.
Meneruskan tradisi tahun lalu, AJI-SHIO® sekali lagi bekerjasama menjayakan Projek Bubur Lambuk bersama Ideaktiv dan Majalah Rasa. Tahun ini Projek BUBUR LAMBUK2U diadakan khas buat mereka yang telah banyak berjasa sepanjangan negara dilanda Covid-19.
Pengedaran bubur lambuk kali ini dibuat khas untuk Frontliners yang telah banyak berkorban masa dan tenaga demi keselamatan orang ramai. Mereka malah sanggup berkorban keselamatan diri demi kesejahteraan negara dalam mengekang wabak Covid-19.
KREDIT FOTO: SINAR HARIANKREDIT FOTO: SINAR HARIAN / BERNAMA
Sebanyak 600 pek Bubur Lambuk akan diagihkan kepada para ‘frontliners’ yang terdiri daripada petugas-petugas di Hospital Shah Alam dan IPD Shah Alam pada hari Sabtu ini
KREDIT FOTO: SINAR HARIAN / BERNAMA
AJI-SHIO® mengambil tanggungjawab sosial ini bukan sahaja sekadar berkongsi bubur lambuk biasa tetapi membawakan rahsia keenakan sebenar hidangan bubur lambuk. Bubur lambuk yang dimasak dan disempurnakan dengan bahan rahsia AJI-SHIO® Lada Berperisa dan Lada Hitam Berperisa.
Telah terbukti AJI-SHIO® Lada Berperisa dan Lada Hitam Berperisa bukan sekadar rempah biasa, haruman serta aroma dari rempah yang diadun sempurna, diseimbangkan dengan rasa masin yang sekata, bakal menyerlahkan lagi keenakan serta tekstur Bubur Lambuk. Semestinya penggunaan dua bahan ini akan turut menjimatkan masa penyediaan bahan-bahan masak kerana dua bahan ini juga merupakan bahan utama dalam masakan bubur lambuk.
Hanya yang terbaik untuk menghargai mereka yang istimewa ini. Semoga sumbangan ini akan turut memberi keceriaan kepada mereka yang telah banyak berjasa ini.
Esok seluruh umat Islam di seluruh dunia akan mula menjalani ibadah puasa. Biasanya pada saat-saat begini, ramai yang mengadakan kenduri kecil-kecilan atau majlis Mantai bagi meraikan kedatangan Ramadan. Meriahnya seakan raya dengan hidangan seperti lemang, ketupat dan rendang.
Saat ini jugalah sang anak yang jauh di rantauan akan mengambil cuti dan pulang ke kampung halaman untuk ‘menyambut puasa’ bersama ibu bapa tercinta. Memang meriah dan menyeronokkan. Terukir senyuman manis di bibir emak dan ayah yang tua, melihat anak dan cucu di depan mata.
Bau wangi masakan di dapur, aktiviti bertukar juadah bersama jiran-jiran menjadikan saat ini sangat menghiburkan.
Namun apakan daya, tahun ini suasananya agak berbeza dan tentunya tidak akan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Penularan wabak Covid-19, memberi impak yang sangat mendalam. Siapa sangka, hanya dalam beberapa waktu sahaja, masyarakat terpaksa menjalani kehidupan yang luar dari kebiasaan.
“Luangkan masa bersama anak-anak, isteri dan ahli keluarga. Tidak perlulah kemana-mana. Just stay at home” – TSMY
Rasa sayu dan sedih bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membataskan perhubungan fizikal. Namun kita juga harus selalu bersyukur kerana adanya kemudahan teknologi seperti telefon pintar dan internet untuk terus berhubung.
Manfaatkan kemudahan yang ada. Jika sebelum ini kita sibuk dengan urusan kerja dan tiada masa untuk memasak, gunakan waktu PKP ni untuk buat ‘’video call’ dengan ibu di kampung. Belajar terus secara ‘online’ ni lagi mudah dan pasti jadi berbanding ikut resipi bertulis.
Ramai juga yang sedih kerana puasa tahun ini tiada bazar Ramadan. Terasa kurang meriah kan? Namun jangan risau kerana RASA awal-awal lagi telah sediakan pelbagai resipi menarik istimewa buat anda.
Masa masak tu, bolehlah buat panggilan video dengan mak, adik beradik dan sahabat handai. Kadang-kadang, kita tak sangka boleh masak sajian yang hebat. Tapi sebenarnya boleh je. Inilah masa nak tunjuk bakat!
InsyaAllah Ramadan kali ini boleh dirasai ‘kemanisannya’ jika kita sentiasa bersyukur. Walau insan tercinta jauh dimata, tapi sekurangnya kita masih boleh berhubung. Diharap dengan pengorbanan ini boleh memutuskan rantaian Covid-19 dan supaya kita semua boleh bersama kembali dengan keluarga dan menyambut Syawal dengan gembira seperti tahun-tahun sebelumnya.
Demi pertandingan Riuh Rempah Rasa Baba’s, peserta dari Kuala Terengganu ini, sanggup beli tiket bas untuk datang ke Mydin Tunjong, Kota Bharu!
Sudah tertulis rezeki, usaha Asmahani Mohamedterbalas apabila dipilih top 2 wakil Zon Pantai Timur.
“Saya memang dah mula berjinak-jinak dengan dunia pertandingan secara online (fb/ig) sejak 2020. Tapi belum pernah sertai pertandingan anjuran Majalah Rasa mahupun Baba’s.
“Tak ingat bila saya daftar untuk menjadi ahli Rasa, tapi setelah dapat kiriman WhatsApp dari Majalah Rasa berhubung peraduan, dan kebetulan hari tersebut hari terakhir untuk hantar sesi Pantai Timur, jadi tanpa fikir panjang terus hantarkan penyertaan.
Rempah Baba’s sudah ada lama dah tapi idea selalunya akan datang last minute. Mulanya ingat nak hantar satu saja tapi kebetulan datang pula idea, jadi hantarlah dua menu untuk pertandingan
Asmahani menyediakan menu Kari Kofta Baba’s dan Focaccia Kari Baba’s.
Bukan mudah ye nak cipta resipi sendiri, tapi kalau kata dah minat, idea muncul bagaikan juara! Kata Asmahani, hidangan berasaskan kari/gulai selalu yang paling digemari di rumah.
“Kari yang paling laris di rumah adalah kari daging. Jadi terciptalah Kofta Kari Daging.Saya pun belum pernah makan kofta, jadi dengan sedikit ubah suai, saya buatlah resipi kofta daging yang ada gabungan daging serta sayuran dalam bebola dagingnya tu.
“Manakala roti pula memang sesuai dicicah bersama kari. Jadi untuk kelainan, maka saya cipta roti Focaccia perisa kari,” kata Asmahani.
Apabila ditanya apa harapannya jika menang hadiah utama pertandingan ini. Asmahani memberitahu, dia ingin menunaikan ibadah umrah kerana sudah lama menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.
FOCACCIA KARI BABA’S
BAHAN (A) ADUNAN FOCACCIA:
3 sudu besar minyak zaitun 245gm gm air 350gm tepung gandum 2 sudu besar serbuk kari ikan BABA’S 1 sudu besar serbuk kari daging BABA’S 2 sudu kecil yis 1 sudu kecil gula 6gm garam
BAHAN (B) TOPPING & SAPUAN:
3 sudu besar minyak zaitun ½ sudu kecil jintan putih Bebola berperisa ketam 1 biji bawang merah Daun kucai | dicincang
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, minyak, gula dan yis ke dalam mangkuk. Kacau rata. 2. Masukkan pula tepung, serbuk kari dan garam. Gaul hingga sebati. Tutup dan rehatkan selama 30 minit. 3. Lapik loyang dengan kertas parchment kemudian oleskan dengan 1 sudu besar minyak. Kemudian tuang adunan dan ratakan. 4. Tutup dan peram selama 2 jam. Selepas itu tekan keseluruhan adunan dengan hujung jari. Taburkan pula dengan jintan dan susun topping. 5. Kemudian tuang 3 sudu besar minyak. Tutup dan peram lagi selama 1 jam. 6. Panaskan ketuhar pada suhu 220°C api atas dan bawah selama 10 minit. Kemudian bakar focaccia selama 20 minit.
KARI KOFTA
BAHAN (A) KOFTA:
200gm daging kisar ½ cawan kobis | dicincang 1 labu bawang besar | dicincang 2 sudu kecil serbuk lada putih 4 sudu kecil serbuk kari ikan BABA’S ½ sudu kecil garam 1 biji telur 10 sudu kecil tepung kacang kuda Sedikit serbuk perasa Sedikit minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan dan gaul hingga sebati. Kemudian bulatkan menjadi 13 biji bebola sama saiz. 2. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan dan goreng kofta sehingga perang. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
BAHAN (B) KARI KOFTA:
1/3 cawan minyak 1 labu bawang besar | dimayang ½ sudu kecil biji jintan putih 4 ulas bawang putih | ditumbuk 1 biji tomato | didadukan 1 inci halia | ditumbuk 2 biji cili padi | dibelah dua 1 peket kecil serbuk kari daging BABA’S ½ sudu besar serbuk ketumbar ½ sudu besar garam masala 2 sudu besar pes cili kering 1-2 cawan air (anggaran untuk kuah) 2 sudu besar daun ketumbar | dicincang Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, cili padi serta jintan hingga wangi. Masukkan pula halia serta bawang putih, tumis lagi hingga wangi. 2. Masukkan cili kering, serbuk kari, serbuk ketumbar, tomato serta sedikit air. Tumis hingga pecah minyak. 3. Masukkan kofta dan gaul hingga mesra. Kemudian tambahkan air. Perlahankan api dan renehkan hingga pekat (sesuai citarasa). 4. Tambahkan garam masala, gula serta garam sesuai citarasa. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, kacau hingga layu dan matikan api.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000 Tempat Kedua: RM5,000 Tempat Ketiga: RM3,000 Tempat Keempat: RM1,000 Saguhati: RM500 x 8 peserta
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!