Kari mamak merupakan antara menu kegemaran ramai. Bila pergi mamak je, mesti kita akan order kari mamak. Sebenarnya, boleh sahaja masak kari mamak di rumah. Tak perlu lagi susah-susah ke kedai mamak. Cuba buat sendiri kari mamak di rumah menggunakan resipi Nourhayaty Mat Saat ini. Memang terjamin kesedapannya!
RESIPI KARI MAMAK IKAN TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
1.5 kg ikan tenggiri
4 labu bawang merah bombay dimayang halus
5 ulas bawang puteh dimayang halus
1 inci halia dimayang
2 keping kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 setengah sudu besar halba campur
4 tangkai daun kari
100 gram kari ikan Babas
30 gram serbuk cili Babas
1 sudu besar asam jawa
200 gram santan pekat
Sedikit minyak untuk menumis
Tomato
Cili besar hijau atau merah
Bendi atau terung bulat
Sedikit gula
Sedikit garam
*Kari dan serbuk cili digaul dengan air.
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumiskan halba campur, kulit kayu manis, bunga lawang, halia serta bawang yang telah dimayang.
2. Bila dah kekuningan, masukkan pes kari dan serbuk cili.
Ads
3. Bila dah pecah minyak dan warna berubah kemerahan, boleh masukkan santan cair. Kalau tak nak guna santan, boleh juga guna susu cair.
4. Masukkan daun kari, asam jawa, garam dan gula. Daun kari juga boleh ditumis awal bersama bawang tadi.
5. Bila dah mendidih, boleh masukkan ikan. Kacau perlahan.
Ads
6. Ambil periuk lain dan rebus air terlebih dahulu. Kemudian, celur terung bulat seketika. Masukkan juga bendi ke dalam periuk rebusan tersebut.
7. Kemudian, masukkan bendi dan terung bulat yang sudah dicelur, tomato dan cili besar.
8. Siap!
Ads
Selamat mencuba.
Jika anda sedang mencari BLENDER, boleh klik DISINI.
Kuih peneram kuih tradisi yang masih digemari hingga kini. Dulu dulu kuih ini mesti ada bila raya. Tapi kesedapan kuih ini memang sepatutnya dimakan bila-bila.
Apa istimewanya kuih ini padahal bahan-bahan setakat lima ramuan aje. Bila disemak resipi perkongsian Zalina Zali ini mungkin rahsia keenakannya terletak pada penggunaan gula yang dimasak bersama air (gula hangus). Doh pula diperap dahulu empat hingga lima jam atau lebih sedap lagi jika diperap semalaman. Berbaloi dicuba ni,boleh jadi kudapan masa menonton tv.
PENERAM BAHAN-BAHAN :
4 cawan tepung beras cap gajah 3
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan gula merah*
1 cawan gula pasir*
1 cawan air*
CARA MEMASAK : 1. Bahan² yang bertanda * tu campur & masak sampai mendidih.. 2. Siap terus tuang dalam tepung,kacau tepung sampai sebati guna senduk jangan guna tangan pulak sebab air gula tu panas. 3. Dah siap gaul perap 4 @5 jam, nak sedap lagi perap semalaman..
4. Dah siap perap boleh lah tekap dengan acuan dan goreng.
Berbaloi-baloi untuk dicuba. Sedap makan panas panas ni.
Kredit :zalina zali
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA, JOM LAYARINYA DI SINI, BANYAK PILIHAN MENANTI.
Siapa penggemar Bangkit Cheese, kalau suka dan tak sempat beli kerana PKP semula menjadikan pergerakan anda terbatas. Ini ada resipinya mudah, sukat bahan guna cawan je dan bahan pun senang. Apa lagi korang ikut je resipi yang dikongsikan ini, gerenti jadi dan kuih raya dah ada.
BANGKIT CHEESE BAHAN-BAHAN: 3 cawan tepung ubi | sangai sehingga tepung menjadi ringan 3 cawan tepung jagung 1 ketul mentega 250gm cream cheese 1 cawan gula halus 2 biji kuning telur 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh esen vanilla 1 ketul cheese cheddar.
CARA MEMBUAT:
Ayak tepung ubi yang telah disangai bersama tepung jagung dan baking powder. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan cream cheese, esen vanilla dan telur. Putar lagi hingga sebati dan kembang.
Kemudian masikkan tepung sedikit demi sedikit.
Putar seketika dan uli guna tangan hingga menjadi doh tidak melekat di tangan.
5. Parutkan cheese cheddar dan gaul sebati. Jika doh kekurangan tepung, tambah tepung ubi.
6. Biarkan doh beberapa minit baru canai dan terap dengan acuan.
7. Panaskan ketuhar terlebih dahulu. Kemudian bakar pada suhu 170C selama 30 minit, ( bergantung pada ketuhar masing-masing).
8. Setelah masak keluarkan dari ketuhar, setelah sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara.
Kuih Lepat Ubi Kayu adalah antara kuih tradisional yang sangat digemari ramai. Tidak kira tua atau muda, semua sukakan rasanya. Kuih Lepat Ubi Kayu ni tidak susah pun cara pembuatannya. Nak cuba? Saudari Ruzana Ramli ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.