
Tidak perlu menu yang rumit untuk membuka selera. Bagi anda yang tercari-cari lauk yang ringkas, hidangan Kepak Ayam Tumis Halia ni sangat sesuai dicuba. Malah aroma halianya juga menjadikan sajian lebih sedap dan boleh membuang angina dalam badan. Dalam masa 15 minit sahaja dah siap masak. Mudah kan? Jom cuba menu mudah dan ringkas ni. Pasti puas hati.
KEPAK AYAM TUMIS HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1kg kepak ayam | dibersihkan
- 4 ulas bawang putih | ditumbuk
- 2 inci halia | dihiris
- 5 sudu makan sos tiram
- 2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 keping asam gelugur
- 2 pokok daun bawang | dihiris 1 inci
- 1 biji cili merah | dihiris
- 6-7 biji tomato ceri | dibelah dua
- Sedikit air
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga wangi.
- Masukkan ayam. Kacau rata sehingga ayam separuh masak.
- Tambahkan sos tiram. Gaul rata hingga rata.
- Kemudian tambah sedikit air. Teruskan masak hingga ayam empuk.
- Seterusnya masukkan serbuk lada hitam serta asam keeping. Biarkan merenih dan ayam masak sepenuhnya.
- Akhir sekali, masukkan daun bawang, cili dan tomato.
- Gaul seketika dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pedal, Hati Ayam Masak Sambal Garing Manis. Sekali Ratah, Memang Susah Berhenti

Bahagian pedal dan hati ayam memang ramai peminatnya. Selain enak digoreng kunyit, ia juga boleh dimasak sambal garing manis
Untuk memasak pedal dan hati masak sambal garing manis, dua bahagian ayam ini hendaklah direbus dan dihiris nipis terlebih dahulu. Inilah yang membuatkannya ia sedap bila digaul dengan sambal.
Menurut Aliyaa Malek yang berkongsi resipi, kalau sudah terhidang lauk ini memang tak pandang lauk lain. Sedap diratah, sekali rasa memang susah untuk berhenti.
Resipi pedal, hati masak sambal garing manis
Bahan digoreng garing
Hati dan pedal ayam – direbus dan dihiris nipis
11 biji bawang merah kecil -hiris nipis
1 labu/ulas bawang putih -hiris nipis
2-3 sudu udang kering

Bahan kisar
Lada kering
bawang merah
Bawang putih
Bahan perasa
Gula merah
Gula pasir
Air asam
Cara memasak
1. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak dan garing.
2. Masukkan air asam dan gula merah. Masak hingga airnya hampir kering.

3. Bila sudah agak garing sambalnya, masukkan bahan goreng semua tadi. Gaul dan gaul.
4. Letak sedikit garam dan gula pasir ikut rasa masin & manis yang dikehendaki.

TIP
Boleh lebihkan bawang merah yang digoreng untuk lebih sedap.
Sambal ini kena ada rasa manis baru sedap.
Kredit resipi & foto: Aliyaa Malek
Kemain Senang Nak Buat Ayam Gunting Ni, Jom Try!

Kalau ada stok dada ayam di rumah, jom try buat ayam gunting. Resipinya simple je. Tapi sedap sangat dirayah panas-panas.
Ayam gunting ini kalau dibeli di kedai, sekeping RM6. Kalau ada anak ramai, memang memerlukan kos yang agak tinggi nak beli ayam gunting ni. Salah satu cara untuk berbaloi, boleh cuba masak sendiri ayam gunting ni. Berbaloi juga kalau nak nikmati ramai-ramai. Resipi ini telah dikongsikan di facebook group RASA Share Resepi. Resipi sebenar telah dimuatnaik oleh Salimah Olie di facebook beliau. Terima kasih Salimah Olie kerana berkongsi resipi yang sungguh menyelerakan ini.
AYAM GUNTING RANGUP

BAHAN-BAHAN
Dada ayam (dileperkan)
Tepung serbaguna (BELI DI SINI)
1 sudu kecil soda bikarbonat (BELI DI SINI)
1 biji telur ayam
Garam (BELI DI SINI)
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Dada ayam dileperkan dan diketepikan.
2. Dalam pinggan, campurkan tepung serbaguna dengan soda bikarbonat. Ketepikan.
3. Pecahkan telur ayam dalam pinggan lain dan masukkan garam.
4. Panaskan minyak masak.
5. Golekkan ayam pada tepung. Celupkan dalam telur ayam tadi. Golek semula dalam tepung.
6. Goreng dalam minyak masak yang sudah cukup panas.
7. Selepas masak, guntingkan ayam dan tabur dengan perisa yang disukai.
.

Kepingan dada ayam dileperkan.
.

Kepingan dada ayam.
.

Bahan-bahan.
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Salimah Olie
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/nak-petua-bantu-masalah-angin-dalam-badan-jom-buat-dua-jus-kesihatan-ini/
https://rasa.my/jom-try-buat-ikan-kembung-rebus-air-asam-memang-syok/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7
5 Masakan Peha Ayam & Drummet Yang Sedap DiRatah. Gerenti Licin.

Drummet ayam dan peha memang jadi kegemaran tiap kali bila dihidangkan sajian ayam . Ni dia resipi yang sangat mudah dan sedap untuk tetamu anda, boleh diratah begitu sahaja.

1. DRUMMET GORENG MENTEGA MADU
BAHAN-BAHAN:
- 10 ketul drummet ayam | dibersihkan dan tos
- 10gm serbuk lada sulah
- 10gm garam
- 10gm sos tiram
- 250gm mentega
- 1 biji bawang besar | dimayang
- 2 biji cili besar | dihiris nipis
- 1 tangkai daun kari
- 3 sudu makan madu
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah, garam dan sos tiram.
- Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga keperangan.
- Panaskan mentega, goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga garing.
- Taburkan di atas ayam goreng.
- Akhir sekali tuangkan madu di atas gorengan ayam.
INFO CHEF: Enak dihidangkan panas-panas.

2. DRUMMET GORENG PEDAS ALA KOREA
BAHAN-BAHAN:
- 10 ketul drummet | bersihkan dan toskan
- 10gm bawang putih | dikisar
- Sedikit garam dan serbuk kunyit
Bahan Sos Pedas
- 50gm cili padi | dikisar
- 50gm cili merah | dikisar
- 30gm bawang merah | dikisar halus
- 3 ulas bawang merah | dikisar halus
- 1 ulas bawang merah | dikisar halus
- Sedikit gula
- Sedikit gula dan madu
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan drummet dengan bawang putih, garam dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak, goreng drummet hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
- Masukkan cili, tumis hingga pecah minyak.
- Sebelum diangkat, masukkan garam, gula dan madu secukup.
- Tuangkan sos di atas ayam tadi.
INFO CHEF: Jika tidak ada drummet boleh gunakan ayam bahagian lain.

3. AYAM KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 10ketul drumstick | dibersihkan dan tos
- 2sudu makan serbuk kari
- Rempah penumis | kulit kayu manis dan bunga lawang
- 2 biji cili hijau |dibelah dua
- 1 biji bawang besar | dihiris bulat
- 3 ulas bawang merah | dimayang halus
- 3 ulas bawang putih |dimayang halus
- 3cm halia muda | mayang halus
- 1 batang serai titik
- 1 tangkai daun kari
- 1 sudu makan air asam jawa
- 2 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan kicap manis
- Garam dan gula secukupnya
- Air secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang bersama rempah penumis sehingga wangi.
- Kemudian masukkan rempah, gaul rata dan masukkan sedikit air.
- Kacau hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa, serai dan daun kari.
- Masukkan pula kicap pekat dan kicap manis, garam dan gula secukupnya.
- Setelah secukup rasa, masukkan ayam goreng bersama cili hijau. Gaul rata.
- Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Ayam kicap perempah enak dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi tomato.

4. AYAM GORENG NESTUM
BAHAN-BAHAN-BAHAN:
- 5 ketul drumstick – bersihkan dan tos
- Sebiji telur
- Garam secukupnya
- Lada sulah
- 300gm serbuk nestum
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Pecahkan telur ke dalam bekas berisi drumstick.
- Kemudian masukkan sedikit garam dan lada sulah. Gaul rata.
- Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan.
- Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Selain nestum boleh juga gunakan cornflakes. Tetapi cornflakes perlu dikisar kasar sebelum digaul dengan ayam.

5. AYAM LEMON
BAHAN-BAHAN:
- 6 ketul peha ayam
- 2 biji lemon
- 3 sudu makan madu
- 2 sudu teh Rosemary kering
- ½ sudu teh serbuk lada hitam
- 2 ulas bawang putih |cincang halus/ditumbuk
- 3 sudu makan minyak zaitun
- Garam secukup rasa
- Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
- Paha ayam dibasuh bersih serta dikeringkan menggunakan tisu dapur. Ketepikan.
- Bancuh minyak zaitun bersama madu, garam, serbuk lada hitam, bawang putih, Rosemary dan perahan lemon serta parutan kulit lemon dari sebiji lemon. Asingkan sedikit, anggaran satu sudu makan bancuhan tersebut untuk dibuat sapuan pada ayam. Selebihnya diperapkan bersama ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
- Masukkan ayam di dalam mangkuk kaserol yang telah diletakkan sedikit mentega cair. Bakar pada suhu 150 celcius menggunakan api atas bawah dan pada setiap 15 minit sapu ayam bersama baki bancuhan minyak zaitun tadi dan terus membakar sehingga ayam berwarna keperangan dan masak sepenuhnya.
- Tempoh masak dianggarkan 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Hiaslah dengan kepingan lemon dan siap untuk dihidang.
Info Chef: Boleh guna mana-mana bahagian ayam.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

