Kuih muih tradisional Melayu memang sedap. Kena pula yang lembut dan cukup lemak manisnya, lagilah tak puas makan. Bagi penggemar sajian Kuih Kaswi,boleh cuba resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni.
KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung ubi
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 cawan gula merah
2 sudu makan air kapur ( jangan terlalu jernih. Ambil pekat sikit)
1/2 sudu teh garam
3 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
Ads
1. Masak gula merah bersama air. Masukkan daun pandan.
2. Setelah gula larut, biarkan air gula sejuk. Tapis air gula jika perlu.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain. Kacau hingga mendapat adunan yang sebati.
4. Ambil loyang bersesuaian dan sapu sedikit minyak di permukaannya.
Ads
5. Panaskan pengukus dan setelah mendidih, masukkan loyang dan kukus kuih selama 45 minit.
6. Setelah masak, sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dipotong.
Ads
7. Gaul potongan kaswi bersama parutan kelapa yang telah dicampur dengan secubit garam.
Kuih Peneram memang antara kuih tradisi yang jadi kegemaran ramai. Ada yang suka makan garing-garing, ada yang suka makan Kuih Peneram yang lembut. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kuih ni, saudari Nor Hayani Ismail ada kongsikan resipi dari ibu mertuanya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KUIH PENERAM YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung beras (cap bunga)
2 cawan gula merah
1 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Masak gula merah dan air hingga larut. Tapis dan biarkan suam.
2. Bila air gula suam, gaulkan dengan tepung beras. Adun sebati.
3. Biar adunan selama beberapa jam supaya tepung kembang.
4. Gaul lagi adunan dan jika adunan keras, tambah air sehingga menjadi lembut .
5. Leperkan adunan dan terap menggunakan acuan. Boleh juga bentuk menggunakan tangan.
6. Panaskan minyak masak dengan banyak dan goreng adunan Kuih Peneram tadi.
7. Angkat, toskan minyak dan boleh dinikmati.
PESAN IBU MERTUA: Jika sekali buat dan tak menjadi, usah kecewa. Cuba lagi 2-3 kali. Insyaallah hasilnya akan lebih baik.
Sedapnya Kuih Angku ni. Ia adalah kuih kegemaran ramai terutamanya bagi Peranakan Baba dan Nyonya. Kuih ni ada acuan dia sebenarnya tapi boleh je hasilkan jika tiada acuan tersebut. Guna je apa yang ada. Janji sedap dan membuka selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Pasti puas hati.
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam di dalam bekas.
2. Kemudian masukkan santan dan air suam. Adun hingga sebati.
3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna yang anda inginkan. Uli hingga bercampur sempurna warnanya.
4. Ambil pes kacang merah dan bulat-bulatkan untuk dijadikan inti. Selain kacang merah, boleh juga guna inti lain seperti kacang hijau, peanut butter atau kelapa parut.
5. Bulatkan dahulu doh untuk mendapatkan saiz bulat yang sama. Kemudian barulah masukkan inti kacang merah ke dalam doh. Caranya leperkan doh, masukkan inti dan tutup semula jadikan bebola.
6. Setelah inti dimasukkan, bentukkan doh mengikut bentuk atau corak yang anda ingini. (empunya resipi cuma gunakan lidi sate untuk mendapat corak seperti di dalam gambar). Lapikkan doh di atas plastik atau sebaiknya guna daun pisang.
7. Masukkan kuih ke dalam periuk kukus dan sapukan sedikit minyak masak ke atas Kuih Angku supaya teksturnya tidak menjadi kering.
8. Kukus dan tutup dengan kain bagi mengelakkan air didihan terjatuh ke atas kuih.
9. Kuih Angku yang telah siap dikukus dan sedia untuk dinikmati.
Macam mana hebat pun kuih moden, pasti kuih tradisi juga jadi kesukaan seperti bahulu, lompat tikam dan sago gula Melaka. Keenakan rasa kuih tradisi memang tiada tandingan. Kuih cara juga antara kesukaan ramai sama ada kuih cara manis mahupun berlauk.
KUIH CARA
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
2 cawan air pandan (10 helai blend)
1 biji telur
1 sudu makan minyak masak
Sedikit garam/pewarna hijau
Cara memasak:
1.Kisar semua bahan sampai sebati
2.Panaskan acuan
3.Sapu minyak atas acuan
4.Tuang adunan tunggu sekejap baru letak sedikit gula dihabagian tengah adunan tadi.
5.Cungkil adunan guna lidi nampak kekuningan, adunan menjadi pejal bole angkat.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!