Kuih tradisional memang tak jemu dimakan. Tetapi ada di antara kuih ini kian sukar didapati, resipinya menghilang bersama orang ‘lama’ yang membuatnya. Ini kami kongsikan empat kuih tradisional yang sedap dimakan sepanjang zaman. Wajib dicuba.

1. PULI IBU KAYU

Resipi Kuih Tradisional ‘Legend’ Yang Tak Jemu Dimakan

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
  • 150gm sagu | rendam selama 5 minit

BAHAN UNTUK AIR GULA:

  • 200gm gula merah
  • 200gm gula pasir
  • 150ml air

BAHAN SALUT:

  • ½ biji kelapa parut
  • Sedikit garam

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
  2. Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
  3. Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
  4. Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.

Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda untuk mencantikkan kuih tersebut.

 

2. CUCUR JAWA

Resipi Kuih Tradisional ‘Legend’ Yang Tak Jemu Dimakan

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm tepung gandum
  • 100gm tepung beras
  • 200ml air
  • 200gm gula merah
  • 50ml gula pasir
  • 200ml minyak masak

 

CARA MEMASAK:

  1. Masak air bersama gula merah dan gula pasir. Tapis dan sejukkan. Ketepikan.
  2. Campur kedua-dua tepung ke dalam satu bekas. Bancuh bersama air gula tadi. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuang satu senduk adunan tadi ke dalam kuali. Gunakan api perlahan.
  4. Biarkan ia membentuk di dalam kuali dan kemudian terbalikkan kuih tersebut.
  5. Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
  6. Sedia dinikmati panas.

Info chef: Enak dinikmati bersama secawan teh o panas.

 

3. KOLEH KACANG

Resipi Kuih Tradisional ‘Legend’ Yang Tak Jemu Dimakan

BAHAN-BAHAN:

  • 300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak
  • 200gm gula merah
  • 50gm gula pasir
  • 500ml santan
  • 200ml tepung kacang hijau

 

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan.
  2. Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat.
  3. Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya.
  4. Setelah sejuk, boleh dipotong.
  5. Sedia dinikmati.

Info chef: Lebih elok masak di dalam kuali untuk memudahkan mengacaunya.

4. KUIH TEPUNG KAPUR

Resipi Kuih Tradisional ‘Legend’ Yang Tak Jemu Dimakan

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1/2 keping manisan
  • 1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air
  • Garam secukup rasa

BAHAN KELAPA PARUT:

  • Kelapa parut secukupnya
  • Sedikit garam

 

CARA MEMASAK:

  1. Masakkan manisan dengan air sampai cair. Sejukkan. Ketepikan.
  2. Masukkan air manisan tadi ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat. Masukkan sekali bancuhan air kapur makan dan masukkan garam secukup rasa.
  3. Tapiskan dalam loyang yang telah dioles dengan minyak atau mentega.
  4. Kukus dalam masa 30 – 45 minit.
  5. Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut cita rasa.
  6. Untuk membuat kelapa parut, gaul sebati kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang sudah dipotong tadi dengan kelapa parut.
  7. Sedia dinikmati.

5. LOMPAT TIKAM

Resipi Kuih Tradisional ‘Legend’ Yang Tak Jemu Dimakan

BAHAN-BAHAN:

Ads

BAHAGIAN PULUT:

  • 1 cawan beras pulut |bersihkan
  • Air secukupnya
  • Pewarna merah secukupnya
  • 30ml minyak masak
  • 5gm garam halus
  • 80ml air

BAHAN B (TEPUNG HIJAU):

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 4 cawan air pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • 10gm air kapur

BAHAN C (KEPALA SANTAN):

  • 80gm tepung beras
  • 500ml santan pekat
  • 5gm garam

BAHAN D (GULA MERAH):

  • 200gm gula merah
  • 100gm gula pasir
  • 200ml air

 

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat pulut; rendam beras pulut bersama air dan pewarna merah.
  2. Buang air dan masukkan minyak masak, garam halus dan air. Tanak pulut sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
  3. Untuk membuat tepung hijau; masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Kacau sehingga tidak berketul menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau sehingga masak.
  4. Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Ketepikan.
  5. Untuk membuat kepala santan; Campurkan kesemua bahan di dalam satu periuk dan masak di atas api kecil. Kacau sentiasa sehingga ia memekat. Setelah masak, angkat dan tutup api. Ketepikan.
  6. Untuk membuat air gula; didihkan air dan masukkan semua bahan D. Kacau sehingga cair. Angkat dan tapis.
  7. Untuk menghidang, letakkan kesemuanya di dalam bekas dan akhir sekali tuang air gula di atasnya.
  8. Sedia dinikmati.

Info chef: Boleh gantikan manisan dengan gula melaka. Agak sama dengan kaswi tetapi teksturnya lebih kenyal.

 

Ads

Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Cara Buat Apam Kampung Gula Merah Yang Paling Mudah

Hanya Kisar Guna Blender, Ini Resipi Apam Pisang Yang Sedap & Gebu

Resipi Kuih Tepung Kapur Sedap & Mudah Buat Untuk Minum Petang

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI