Resipi Nasi Minyak Hujan Panas Simple, Sesuai Untuk Beginner

Share

 

Nasi minyak hujan panas sedap dimakan dengan ayam masak merah. Namun, pernah tak dengar ada yang kata nasi minyak yang sedap adalah nasi minyak yang boleh dimakan begitu sahaja. Maknanya nasi minyak itu sendiri sudah cukup lengkap rasanya.

Kali ini, RASA kongsikan resipi daripada Hidayati Hana yang memberikan resipi nasi minyak hujan panas dengan cara ringkas. Sesuai kalau ada yang baru-baru nak belajar masak nasi minyak. Senang sangat.

NASI MINYAK HUJAN PANAS SIMPLE

BAHAN-BAHAN
3 cawan beras basmathi
2 sudu besar mentega (minyak sapi pun boleh)
1 biji bawang besar (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
Rempah tiga sekawan (kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji pelaga)
2 helai daun pandan
1/2 cawan susu cair
Air secukupnya
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Pewarna kuning, hijau dan merah
Kismis
Bawang goreng

CARA MEMBUAT
1. Rendam beras selama 30 minit dan toskan airnya. Masukkan beras dalam periuk. Ketepikan.
2. Dalam kuali, panaskan mentega. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar.
3. Masukkan rempah tiga sekawan dan daun pandan.
4. Apabila bawang sudah garing, masukkan susu cair, air, kiub pati ayam dan garam. Matikan api.
5. Masukkan bahan tumisan ini semua dalam periuk nasi. Hidupkan api atau rice cooker.
6. Biarkan nasi masak. Apabila nasi sudah kering, titikkan pewarna. Tabur kismis dan bawang goreng.
7. Biarkan 5 minit. Kemudian baru gembur-gemburkan nasi dengan garpu supaya nasi tidak patah.

Selamat mencuba!

Kredit Resipi: Hidayati Hana

Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang dengan blender baru.

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video Youtube RASA ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7

Published by
Maryam Elyas