Tercari-cari resipi lauk yang sedap dan cepat dimasak? Hidangan Bistik Telur yang resipinya dikongsi oleh saudara Wan LuQman ni antara menu terbaik yang boleh anda cuba hari ini.
Resipinya sangat ringkas tetapi rasanya memang membuka selera. Makan dengan nasi panas dan sambal belacan, waduh…enaknya. Tak perlu bahan-bahan yang mahal dan pelbagai. Gunakan sahaja apa yang ada dalam peti sejuk.
Jom masak-masak. Nikmati menu ini bersama keluarga tercinta pasti tidak mengecewakan. Selamat mencuba!
CARA MASAK TELUR BISTIK SEDAP MACAM DEKAT RESTORAN
BAHAN TELUR:
Daging atau isi ayam
1 ulas bawang putih – tumbuk
Sos lada hitam secukupnya – beli online disini
Sos tiram – jika perlu – beli online disini
2 biji telur gred A @ B
2-3 sudu air sejuk
Secubit garam
BAHAN SOS:
5 sudu makan sos cili – beli online disini
3 sudu makan sos tomato – beli online disini
1 sudu teh kicap sotong / sos ikan – beli online disini
1 sudu makan sos labu – beli online disini
1 biji bawang putih – tumbuk
1 helai daun limau purut
Hirisan cili dan daun bawang untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali bersesuaian.
2. Tumis bawang putih. Bila sudah garing sikit, masukkan hirisan daging.
3. Perasakan daging ikut cita rasa anda. Boleh letak sos lada hitam sahaja. Kalau letak sos tiram pun ok jangan banyak sangat tau nanti masin.
4. Bila daging sudah masak, angkat dan ketepikan supaya sejuk dulu.
5. Bila daging sudah sejuk, masukkan dalam telur yang telah dipukul. Masa nak pukul telur tu masukkan 2-3 sudu air sejuk dan secubit garam.
Ads
6. Panaskan minyak, bila dah panas tuangkan telur tadi. Tuang tinggi sikit untuk dapatkan telur yang kembang.
7. Bila telur sudah separa masak, balutkan macam dalam gambar. Goreng sampai telur garing dan rangup di sekeliling.
8. Untuk sos, tumiskan bawang putih.
9. Masukkan kesemua sos yang diperlukan.
10. Masukkan sedikit air ikut keinginan kita nak kuah banyak mana. Kemudia masukkan sos labu. Sos labu ini bertindak sebagai pewarna. Dia akan menghasilkan warna merah yang sangat cantik.
11. Masukkan kicap sotong.
12. Masukkan juga bancuhan air tepung jagung untuk pekatkan kuah. Jangan terlalu pekat ya.
13. Letak hirisan daun limau purut untuk wangikan kuah. Perasakan dengan garam, gula dan ajinamoto kalau nak, emngikutr cita rasa masing-masing. Kuah mesti ada rasa manis dan masam.
14. Taung kuah di atas telur yang digoreng tadi.
15. Hiaskan dengan hirisan cili, daun bawang dan taburkan bawang goreng. Sedia untuk dinikmati.
Thai Omelette yang sedang viral dan menjadi bualan ramai. Nampak enak dan seakan Telur Dadar biasa cuma sedikit berbeza dari segi penggunaan bahan-bahannya.
Jika Telur Dadar kmpung, biasanya kita hanya menggunakan bawang dan cili. Tapi untuk Thi Omelette ini, ada penambahan bahan-bahan dan juga perasa yang biasa didapati di Thailand. Makan pula panas-panas, lagilah enak!
Untuk sos Prik Nam Pla, jangan letak sos ikan dan cili sahaja. Harus ada penambahan bahan-bahan lain barulah lebih enak dan berperisa. Limau, wajib guna limau nipis asli dan buka jus limau dari botol. Lain rasanya. Begitu juga dengan gula, sebaiknya guna gula kabung thai @ gula somtam. Barulah padu!
Sos Golden Mountain ni adalah salah satu sos yang digunakan dalam memasak masakan Thailand. Ia biasa digunakan dalam masakan seperti Telur Dadar, Nasi Goreng, Paprik dan sebagainya. Ia juga dikenali dengan nama Kicap Bukit.
Jom cuba masak menu perkongsian saudari Rozmaliza Omar ni. Anda pun pasti suka.
CARA MASAK THAI OMELETTE VIRAL YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur gred A
7 ekor udang – cuci bersih
Segenggam daun thai basil (*)
Daun bawang (*)
Cili padi Hijau (*)
Cili padi merah (*)
Bawang merah rose – hiris (bawang lain tak mau) – beli online disini
Sos ikan – beli online disini
Garam (empunya resipi tak letak)
Serbuk perasa 2 jenis (pastikan guna yang ada jenama)
Gula perang – beli online disini
Tauge
CARA MEMASAK:
1.Hiris semua bahan bertanda (*) dan masukkan ke dalam telur.
2.Campur kesemua bahan lain dan pukul hingga rata dan sebati.
3.Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
4.Untuk masak menu ni wajib menggunakan minyak baru. Setiap kali nak goreng telur dadar (jika masak lebih dari sebiji) wajib minyak baru.
5.Dah siap, hidangkan dengan taugeh.
RESIPI PRIK NAM PLA SEDAP
BAHAN-BAHAN:
5 ulas bawang putih
Cili padi secukupnya
Sos ikan
Sos golden mountain – beli online disini
Limau nipis
1 sudu gula somtam – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Cincang bawang putih dan cili mengikut kepedasan masing-masing. Jika suka pedas, lebihkan.
2. Tuang sos ikan. Sukatannya agak-agak tenggelamkan bahan cincang.
3. Kemudian tuang sedikit sos golden mountain.
4. Perah asam limau lipis.
5. Akhir sekali masukkan gula thai@ gula somtam. Kacau hingga sebati.
6.Siap! Sedia dihidang bersama Thai Omelette.
Telur bungkus antara lauk mudah dan menjadi kegemaran anak-anak. Kalau ke kedai makan, menu ni antara yang paling banyak dipesan pelanggan. Terasa nak makan malam dengan menu Telur Bungkus hari ni? Ini resipi step by step perkongsian saudari Nor Shakinah Md Zainal yang mudah dan boleh dicuba.
RESIPI TELUR BUNGKUS SEDAP
BAHAN INTI:
Isi ayam – dipotong kecil
2 ulas bawang putih – dicincang
1/2 biji bawang besar – dipotong dadu
1/4 batang lobak merah – dipotong dadu
1/2 biji tomato – dipotong dadu
Sedikit cili merah
BAHAN LAIN:
2 biji telur
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos Thai
1 sudu makan sos tiram
Secubit garam
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan ayam dan kacau seketika.
3. Seterusnya masukkan sos cili, sos Thai, sos tiram. Kacau sebati. Tambahkan juga sedikit air dan secubit garam.
4. Masukkan lobak merah dan bawang besar. Biarkan masak selama 1-2 minit.
5. Tambahkan tomato dan cili. Kacau rata. Siap.
6. Pecahkan telur dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan pukul sebati.
7. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan telur yang dipukul tadi.
8. Lenggang telur hingga nipis dan memenuhi kuali.
9. Isikan inti yang dimasak tadi. Bungkus dengan kemas.
10. Ambil pinggan dan letakkan seperti ini. Terbalikkan.
Kalau nak makan sesuatu yang pedas untuk berbuka puasa, apa kata masak sambal tumis petai dan dicampur dengan telur puyuh. RASA nak kongsikan resipi berasaskan telur puyuh. Kalau dimasak sambal, memang sedap. Tambah kalau ada petai. Perghhh. Tak terkata sedapnya. Peminat petai mesti suka lauk macam ni.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN
10 biji telur puyuh (rebus, kupas dan goreng)
Minyak masak secukupnya
5 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu makan cili (kisar)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit asam jawa
4 sudu makan santan pekat
10 ulas petai (buang kulit)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
2. Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
4. Setelah mendidih, masukkan telur puyuh yang sudah siap direbus, dikupas dan digoreng tadi.
5. Akhir sekali, masukkan petai. Kacau sekejap dan angkat.