Dengan tagline Warong Ambo Selera Demo, memang sudah pasti ini adalah tempat makan yang menyediakan hidangan Pantai Timur. Memang sangat menawan cita rasa kalau tengok gambar-gambar menu di facebook page Warong Ambo.
Warong Ambo dan Cafe Ambo terletak bersebelahan antara satu sama lain. Cita rasa Pantai Timur yang dijual di sini adalah hidangan Kelantan. Senang kata, kalau teringin nasi ulam budu ikan singgang, memang ada dijual di sini.
Selain itu ada nasi daging singgang, sup daging, ikan bawal, nasi ayam, kerabu, ikan rebus goreng, mi celup Bangkok dan pelbagai lagi hidangan yang sedap-sedap.
Dibuka untuk sarapan dan makan tengah hari. Dari jam 8.30 pagi hingga jam 4 petang di Warong Ambo. Manakala Cafe Ambo pula dari jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang. Cuti setiap Isnin minggu kedua dan Isnin minggu keeempat setiap bulan.
Ads
Lokasi: AMBO CAFE, NO 24 JALAN NOVELIS U1/86A, LAMAN GLENMARIE, 40150 SHAH ALAM SELANGOR
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Anda peminat makanan Jepun yang asli dan raw? Hujung minggu ni bolehlah datang ke JONETZ by DON DON DONKI di Sunway Pyramid. Restoran sushi DONKI, “Sen Sen Sushi” dan pakar nasi premium Jepun “Tomita Seimai” dibuka untuk orang ramai bagi menikmati sushi segar di sini.
DON DON DONKI sedang mengembangkan beberapa cawangan seperti di Singapura dan Hong Kong dengan konsep kedai khusus jenama Jepun di Sunway Pyramid, sebuah kompleks komersial yang besar dengan keluasan lebih kurang 400,000 meter persegi.
Pelanggan boleh menikmatinya sushi popular dari JONETZ by DON DON DONKI dalam suasana yang lebih asli. Nikmati gabungan nasi sushi yang dibuat dengan beras Koshihikari Jepun yang baru dikisar dan campuran cuka merah asli kami serta topping sushi segar yang diperoleh daripada semua seluruh dunia.
Antara menu sushi yang sempat dicuba ialah Fresh Salmon Sushi,Bluefin Hon Maguro Trio,Engawa Sushi, Ebi Trio,Anago Ippon,Uni Sushi,Fresh Hotate Sushi,Hamachi Sushi,Wagyu Sukiyaki Sushi dan Wagyu Negi Shio Sushi. Semuanya dihidangkan segar dan enak.
Sushi popular di JONETZ oleh DON DON DONKI seperti maguro, salmon, uni dan 70 jenis makanan laut lain akan ditawarkan di Sen Sen Sushi. Di Tomita Seimai, pelanggan boleh menikmati nasi Akita Komachi dan Yamagata Haenuki baru dikisar dalam kedai dan onigiri Jepun yang dibuat dengan beras Koshihikari dari Wilayah Niigata.
Di JONETZ by DON DON DONKI skewer wagyu disahkan Halal*1 daging wagyu A5 popular di kalangan penduduk tempatan,berkualiti tinggi dan menjadikannya menu popular. Di samping itu, pelbagai jenis pencuci mulut dan makanan sejuk beku juga tersedia di sini.
*1 “Produk yang disahkan Halal”, yang diiktiraf oleh badan pensijilan halal Jepun dengan pensijilan bersama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Ayuh ke JONETZ oleh DON DON DONKI menikmati sushi segar dan membeli belah di sini.
Jika anda ingin menikmati masakan Pahang yang sedap dan tempatnya yang menarik dengan hiasan barang-barang lama, elok sangat singgah ke Kuantan admin sarankan anda ke Restoran Jaman Tory Bagi untuk menjamu selera, lokasinya di kawasan rumah kedai Taman Kota Ria bersebelahan dengan Perumahan MBSB di Bandar Indera Mahkota, Kuantan.
Apa yang menarik di restoran ini adalah menu masakan Pahang yang pelbagai dan menarik perhatian pengunjung. Antara salah satu tarikan menunya adalah Nasi Goreng Cheese Terbakar di mana ianya dihidangkan dalam aluminium foiled beserta dengan api diluarnya. Anda boleh menikmati ketika masih panas, yang penting jangan lupa ber’selfie’.
Patin Bakar Tempoyak
Antara menu makanan popular di Restoran Jaman Tory ialah Set Daging Salai (Masak Lemak Cili Api), Patin Bakar Tempoyak, Patin Goreng Panas-Panas, Ikan Kerai Goreng, Set Patin Tempoyak, Set Ayam Kampong, Sup Ayam Kampung, Set Burung Putuh Goreng, Yasai, Moyashi, Cisstebakorweh, Nasi Goreng Juara, Nasi Goreng Burung Puyuh, Nasi Goreng Ayam Kampung, Nasi Goreng Petai, Juara Char Kuew Teow, Mee Hailam C.K.T, Sizzling, Mee Sup Kole Triang, Kerang Rebus, Kerang Bakar Mee Rebus JT dan termasuk juga Rojak Buah-Buahan Tempatan.
Populariti Restoran Jaman Tory semakin terselah sehingga menarik perhatian pelanggan terutamanya di kalangan artis-artis terkenal tanah air untuk singgah menjamu selera di sini. Antara artis-artis terbabit ialah Aznil Nawawi, Fahrin Ahmad, Nassier Wahab dan ramai lagi.
Kalau teringin nak cuba boleh lah singgah restoran ni.
Restoran hidangan stik DIY atau “masak sendiri” Pepper Lunch mengalu-alukan Pepper Lunch Malaysia dan Boga Group sebagai francaisi induk di Malaysia. Setelah memasuki pasaran Malaysia pada 2019, usaha sama ini menjanjikan potensi yang amat menarik iaitu pembukaan lebih banyak lagi cawangan Pepper Lunch menjelang 2023.
Bermula di Jepun pada 1994, Pepper Lunch kini mempunyai hampir 500 cawangan di seluruh dunia. Pepper Lunch menjanjikan pengalaman kulinari yang dinamik dan unik untuk semua orang dengan menampilkan menu hidangan konsep bahari seperti Sizzling Premium Steak, Pasta, Cheese Curry Rice dan hidangan istimewanya, Pepper Rice.
Diasaskan oleh chef terlatih, Kunio Ichinose, visinya ialah untuk menyediakan stik segera yang enak, pada harga mampu milik untuk pelanggan yang ingin menikmati hidangan daging setiap hari. Semangat Ichinose yang kental dalam menyediakan hidangan stik yang enak dan sokongan padu para pelanggannya telah menjadi pendorong utama pengembangan pesat Pepper Lunch hingga melangkaui Asia dan ke seluruh dunia.
Pengarah Pepper Lunch Malaysia, Goh Ching Mun berkata, “Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Boga Group untuk terus mengembangkan lagi operasi kami di Malaysia. Kami percaya bahawa pengalaman mereka sebagai francaisi induk di Indonesia akan memberikan manfaat kepada kami dan membimbing kami ke arah yang betul bagi membolehkan lebih ramai lagi pelanggan menikmati Pepper Rice yang digemari ramai.”
Setelah membuka restoran pertamanya di Ofuna, Kanagawa pada 1994, Pepper Lunch membolehkan para pelanggannya menjadi ketua chef mereka sendiri. Restoran itu menyediakan bahan-bahan yang terbaik dan segar untuk dimasak dengan menggunakan teppan (plat besi) panas yang telah dipatenkan, di mana para pelanggan boleh merasai pengalaman memasak hidangan mengikut cita rasa mereka sendiri.
Bagi mereka yang sukakan kelainan, pelanggan boleh bereksperimen dengan menggunakan sos istimewa yang disediakan bagi mencipta rasa mereka sendiri. Percayalah apabila kami katakan, ianya pasti menyelerakan!
Pengarah Presiden Boga Group, Kusnaidi menyatakan bahawa permintaan terhadap Pepper Lunch semakin meningkat, maka tidak hairanlah kenapa kumpulan itu telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Pepper Lunch Malaysia bagi menjadi francaisi induk di Malaysia.
Di Pepper Lunch, hidangan dimasak dengan menggunakan alat memasak elektromagnet. Plat besi yang digunakan boleh dipanaskan sehingga mencapai suhu 260C dalam hanya 70 saat dan kekal panas pada suhu kira-kira 80C selama lebih daripada 20 minit.
Daging yang digril pada julat suhu tersebut akan kekal lembut dan berjus. Plat besi itu akan memastikan makanan kekal panas untuk suatu tempoh yang lebih lama supaya pelanggan dapat menikmati sepenuhnya hidangan yang padat dengan rasa.
Pada masa ini, antara hidangan yang paling popular di Pepper Lunch ialah Sirloin Steak, Beef Pepper Rice, Chicken Pepper Rice, Beef Aglio Olio dan Cheesy Omelette Chicken/Beef.Dengan pengumuman francaisi induk di antara Pepper Lunch Malaysia dan Boga Group ini, tiada perubahan akan dilakukan ke atas menu sedia ada. Walau bagaimanapun, beberapa item baharu akan diperkenalkan dari masa ke masa. SFBI (Asia-Pacific) Pte Ltd ketika ini adalah francaisor untuk Pepper Lunch di Asia.
Ayuh rasai pengalaman sebagai chef dengan hidangan menyelerakan di Pepper Lunch.