Siapa pernah makan sayur lemak pucuk cili? Menu yang simple tapi confirm boleh menambah nanti. Lawan dengan ikan goreng atau ikan masin,ikan pekasam dan tambah pula budu atau sambal belacan tak cukup la seperiuk nasi.
SAYUR LEMAK PUCUK CILI
Bahan-bahan:
Pucuk muda lada/cili
Kulit tembikai
Daun kaduk 4/5 helai
Santan
5 ulas bawang merah*
1 ekor isi ikan selayang*
Lada hitam*
Garam &gula
Dapatkan SUGAR BUBBLE DISH WASHING LIQUID dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara membuat:
1.Bahan bertanda * tumbuk lumat. Masukkan dalam periuk bersama santan. Biarkan mendidih kemudian masukkan sayur-sayur.
2.Siap untuk dihidang.
Kredit: Tuan Adriana Arissa
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Kongsi Resepi Kuah Kacang Ikut Resipi Arwah Mak. Ramai Yang Memuji Sedap
Kongsi Resepi Kuah Kacang Ikut Resipi Arwah Mak. Ramai Yang Memuji Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Acar Pisang Gala @ Gallor. Menu Kampung Popular Di Kalangan Orang Pantai Timur. Sedap Sengoti!
Pisang Benggala @Gala@gallor ( dialek Kelantan) ini adalah jenis pisang yang mempunyai biji yang banyak. Daunnya biasanya digunakan untuk membalut makanan manakala hanya buah yang muda sahaja diambil untuk dijadikan masakan. Salah satu sajian yang popular menggunakan pisang ini adalah Acar Pisang. Sedap! Jika susah nak jumpa pisang gala muda, boleh digantikan dengan pisang muda.
BAHAN-BAHAN:
- 5-6 biji pisang gala/benggala/gallor muda
- 2 sudu makan cuka
- 1 1/2 sudu makan cili giling
- 3 ulas bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- Sedikit halia | dikisar
- Sedikit garam
- Gula dan gula melaka/manisan secukupnya
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 2 biji cili merah | dibelah
- Santan pekat dan santan cair secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kelar pisang halus-halus namun jangan sampai putus. Rendam dengan air garam semalam.
- Rebus/ celur pisang tadi seketika (jangan sampai betul-betul masak pula). Toskan airnya dan perah buah sebiji demi sebiji bagi mengeringkan air. ( jangan sampai pisang hancur).
- Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili giling bersama cuka. Masak hingga serasi dan naik minyak.
- Kemudian masukkan gula serta gula melaka/manisan secukupnya. Ia penting bagi mendapatkan warna acar yang cantik dan kemerah-merahan.
- Masukkan santan pekat dan cair sebagai kuah. Apabila santan mendidih masukkan pisang yang telah diperah tadi.
- Biarkan sehingga kuah dan pisang masak dan sekata. Perasakan dengan garam secukupnya.
- Kemudian bolehlah dimasukkan hirisan bawang besar dan cili merah. Setelah kuah kelihatan agak pekat, padamkan api.
- Sedia untuk dinikmati. Untuk lebih sedap, tunggu acar betul-betul sejuk terlebih dahulu dan pisang kelihatan sebati dengan kuah. Barulah dimakan.
Kredit resipi & gambar: Wandra D’ralif via MAHN
Dijamin Bersih & Halal, Buat Sendiri Sawi Jeruk Hanya Guna 5 Bahan
Anda suka makan sawi jeruk ni? Biasanya untuk menikmati hidangan ni, anda terpaksa belinya di pasar. Kadang kala ragu juga mengenai status halal sawi jeruk ini, tahap kebersihan dan proses pembuatannya. Kini, anda boleh hasilkan sawi jeruk secara homemade. Buat sendiri tentunya lebih bersih dan diyakini halal. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ija Honey ni. Pasti sedap.
RESIPI SAWI JERUK HOMEMADE YANG DIYAKINI HALAL GUNA 5 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
1kg sawi (Kai Choy)
Garam kasar secukupnya – beli online disini
CARA-CARA:
1.Potong sawi dan rendam sekejap untuk buang kotoran yang melekat pada sayur. Basuh dan toskan.
2. Lumur garam kasar pada seluruh kelopak sawi.
3. Bila semua kelopak sudah dilumur, letak sawi dalam bekas besar. Perap selama 4 jam.
4. Selepas 4 jam, basuh sawi dengan air bersih untuk membuang lebihan sisa garam kasar. Keringkan.
BAHAN AIR RENDAMAN / AIR PERAPAN:
3 liter air
500gm garam
3 sudu makan tepung beras – beli online disini
Serbuk kunyit – beli online disini
CARA MENJERUK:
1. Masak air dan garam. Bila air telah mendidih, tutup api dan sejukkan.
2. Bila air garam telah sejuk, masukkan kunyit serbuk dan tepung beras. Kacau hingga larut.
3. Ambil sawi yang telah dikeringkan tadi. Rendam dalam air perapan.
4. Perap selama seminggu dan jadilah sawi jeruk. Bolehlah digunakan dalam masakan.
Kredit resipi & foto: Ija Honey
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara-Cara Buat Tempe Secara Homemade. Hanya Guna 3 Bahan. Mudah je Rupanya!
Suka makan tempe? Jom belajar cara-cara membuatnya secara homemade. Mudah dan tidaklah terlalu renyah. Jika tidak dicuba, mana nak tahu mampu ke tidak buat kan? Siapa yang tak suka makan tempe memang rugi. Sebab ia memang ada banyak khasiat. Sesiapa yang kurang gemar minum susu, nak turunkan berat badan serta nak kulit cantik, cuba amalkan makan tempe. Pasti anda akan rasa perubahan pada kesihatan anda.
ASAL USUL TEMPE
Tempe ialah makanan yang dihasilkan dari pemeraman kacang soya. Ia sememangnya amat terkenal di Asia Tenggara dan dipercayai berasal daripada Jawa, Indonesia. Di Malaysia, tempe semestinya tidak asing lagi. Ia banyak digunakan dalam masakan seharian seperti dalam penyediaan Lontong, lauk-pauk, kerepek dan banyak lagi. Harganya pun tidak mahal dan mudah diperolehi sama ada di kedai-kedai runcit mahupun di pasaraya. Biasanya, tempe yang dijual adalah dalam bentuk plastik dan juga yang dibungkus dengan daun.
KHASIAT TEMPE YANG ANDA PERLU TAHU. WOW!!!
Sama seperti Kimchi yang terkenal di Korea, tempe juga punya mempunyai banyak zat serta khasiatnya yang tersendiri. Antaranya ialah:
1. TINGGI KALSIUM
Tempe mengandungi kandungan kalsium yang sama seperti susu. Oleh itu, bagi yang kurang gemar minum susu, boleh gantikan dengan pengambilan tempe dalam diet harian.
2. BANTU CANTIKKAN KULIT
Tempe mampu mencerahkan kulit wajah tanpa adanya kesan sampingan yang membahayakan kesiahatan. Malah pengambilan tempe juga membuatkan anda sentiasa kelihatan muda.
3. MENGURANGKAN KOLESTEROL
Selain itu, pengambilan tempe dalam diet harian juga dikatakan mampu mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam badan, meningkatan kekuatan tulang serta membantu mengurangkan gejala-gejala monopous awal.
4. BANTU KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI
Tempe juga dikatakan sangat bagus untuk anda yang ada tekanan darah tinggi. Ini kerana ia mengandungi zat besi dan flafoid yang bersifat antioksidan dimana kandungan-kandungan ini mampu membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
5. ATASI MASALAH CIRIT BIRIT
Jika anda mengalami masalah cirit birit, cuba makan tempe. Ini kerana kandungan protein yang tinggi pada tempe membantu mempercepatkan proses pencernaan. Malah tempe juga dikatakan boleh mengelakkan individu terkena keracunan makanan.
6. SUMBER PROTEIN YANG TINGGI
Tempe mengandungi sumber protein yang lebih tinggi dari daging. Di samping itu, tempe juga mengandungi kurang lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, besi, tiamin, riboflavin, niacin, asid pantotenik, piridoksin, biotin, vitamin B12 dan banyak lagi. Memang sangat bagus!
ANDA JUGA MUNGKIN SUKA:
CARA-CARA BUAT TEMPE SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 200gm kacang soya
- 2 sudu makan cuka
- 3/4 sudu teh ibu / ragi tempe – boleh dibeli di kedai @ beli menerusi pengusaha tempe
CARA MEMBUAT:
1. Rendam kacang soya sehingga kembang. Kemudian rebus sehingga mendidih. Sejukkan. Ramas-ramas kacang soya bagi menanggalkan kulitnya.
2. Rebus kacang soya sekali lagi hingga mendidih. Tambahkan cuka dan padamkan api. Tos dan keringkan. Biar sejuk.
3. Apabila kacang soya telah kering, taburkan ibu tempe dan kacau rata.
4. Masukkan kacang soya yang telah digaul tadi ke dalam plastik yang telah dicucuk dengan jarum ( dilubangkan).
5. Simpan bungkusan tempe di dalam bilik bersuhu rendah lebih kurang 30C selama dua hari sehingga cendawan tempe tumbuh sepenuhnya.
6. Sedia untuk dinikmati dengan pelbagai gaya hidangan.
Nota: Jika sukar untuk mendapatkan ragi tempe, cara lain yang boleh dicuba ialah dengan menggunakan tempe itu sendiri. Apa yang perlu anda lakukan ialah keringkan tempe sehingga betul-betul kering. Kemudian kisar halus. Jumlah penggunaannya ialah untuk 1kg kacang soya, guna antara 8-10 keping tempe.
Ha..bila dah pandai buat tempe sendiri, pastinya perlu masak dahulu sebelum boleh dinikmati. Paling ringkas nak nikmati tempe ni, anda boleh hiris nipis dan goreng sahaja. Malah, ia juga boleh dipelbagaikan seperti mencampurnya dalam masakan lain. Pendek kata, macam-macam boleh hasilkan. Paling penting, rasanya memang kebabom terbaik!
ANEKA RESIPI TEMPE
1. Tempe Tumis Darat Bersama Tulang
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg tulang lembu | rebus hingga empuk
- 1 paket tempe | potong empat segi
- 1 batang serai | titik
- 3 helai daun limau purut
- 1 mangkuk santan
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 2 biji cili merah
- 6 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan tulang yang telah direbus tadi, diikuti dengan tempe.
- Seterusnya masukkan serai, daun limau purut, asam gelugor.
- Masukkan santan, kacau hingga mendidih.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api biarkan kuah mereneh hingga sedikit pekat.
- Akhir sekali tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.
2. Tempe Goreng Bersama Daun Bawang
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tempe | potong dadu
- 1 keping tauhu | potong dadu
- 2 pokok daun bawang | potong 3cm
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu makan udang kering
- 2 ulas bawang putih | titik
- 1 sudu makan pes cili kering
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering hingga wangi.
- Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
- Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kacau seketika dan tutup api.
- Sedia dihidangkan.
3. Tempe Nugget Masam Manis
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tempe | potong empas segi 3X3 cm
- 1 biji telur
- 3 sudu makan tepung gandum
- 1/2 biji bawang besar | dadu halus
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 2 sudu makan Sos Cili Thai
- 1 biji cili merah | cincang halus
- 1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
- 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
- Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
- Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
- Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
- Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata.
- Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!!!