Bagi yang pernah menikmati sajian Ikan Bakar Kuala Perlis, pasti teringat-ingat akan keenakan sajian ini. Cukup rasa rempah lemak, masin dan manisnya. Ditambah pula dengan bau arang, lagi menambah nikmat dan membuka selera. Nak cuba masak menu ini untuk keluarga? Saudari Yna Suman ada kongsikan cara-cara membuat perapan Ikan Bakar Kuala Perlis ni.
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ikan dan belah belakang. Ketepikan. Jika bakar guna arang, sisik tidak perlu dibuang.
2. Dalam mangkuk, masukkan mentega atau marjerin, susu pekat manis, garam dan minyak masak dengan secukupnya.
Ads
3. Kemudian masukkan serbuk lada sulah serbuk lada hitam dan juga serbuk kunyit. Sebatikan.
4. Lumur bahan perapan pada ikan hingga sebati.
5. Pada masa yang sama, siapkan pemanggang. Kemudian bakar ikan hingga masak.
Ads
6. Ikan Bakar Kuala Perlis enak dimakan bersaa air asam atau dinikmati begitu sahaja.
INFO: Jika bakar ikan guna pemanggang ajaib atau ketuhar, ikan kena buang sisik dan tidak perlu belah belakang. Caranya adalah lumur ikan dengan bahan perapan dan balut menggunakan daun pisang atau aluminium foil. Kemudian bakar. Rasanya tetap sama.
Majalah RASA tertarik dengan satu resipi yang dikongsi oleh Pengasas merangkap CEO di Adtejari Corporation Sdn Bhd, Ridzwan Hamid. Sebagai anak jati Negeri Sembilan dari Tampin ini, beliau berkongsi resipi ayam masak lemak cili padi mengikut resipi ibunya, Puan Saedah Sheikh Abdullah.
"Beza antara masak lemak cili padi original Negeri Sembilan dengan masakan negeri lain adalah cara kami masak tak tumis. Maksudnya masak lemak cili padi kami tak guna setitik minyak masak pun," katanya.
Jom intai resipi ayam masak lemak cili padi gaya CEO ini.
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN
3 ulas bawang merah
Kunyit sebesar ibu jari
15 tangkai cili api (bergantung tahap pedas yang dimahukan) (BELI DI SINI)
1/2 ekor Ayam
2 batang serai (dititik/ketuk)
2 biji kentang (dipotong 4)
1 biji kelapa (diambil santannya)
2 keping asam keping
Garam kasar secukup rasa (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Potong kecil bawang merah dan kunyit supaya senang dikisar.
2. Kisar bawang merah, kunyit dan cili api bersama segelas air. (BELI PENGISAR DI SINI)
3. Masukkan ayam, serai dan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk.
4. Renehkan sehingga ayam separuh masak dan air kisaran tadi hampir kering.
5. Tambah sedikit air dan masukkan kentang. Biarkan sebentar sehingga kentang empuk.
6. Masukkan santan, asam keping dan garam kasar.
7. Kacau dalam 15 minit sehingga santan sebati dengan ayam. Sedia untuk dihidangkan.
Memang wajib jika makan soto kena ada sambal kicap untuk menambah rasa keenakan soto. Sambal kicap nampak mudah tetapi kena betul bahan ramuannya untuk dapat rasa yang padu.
SAMBAL KICAP BIHUN SOTO
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang besar dipotong kasar
1 labu bawang putih
15 tangkai cili hijau besar
33 tangkai cili merah
1 botol kicap pekat
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Info: Jika ingin lagi pedas boleh tambahkan cili padi
CARA MEMASAK:
Semua bahan dipotong kasar-kasar
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih terlebih dahulu hingga naik bau.
Selepas itu baru masukkan bawang merah. Tumis hingga layu.
Kemudian masukkan semua cili. Goreng sampai semua layu. Selepas itu matikan api.
Bila semua bahan sudah sejuk. Baru masukkan dalam blender. Masukan satu sudu gula dan 1 sudu kecik garam.
Masukkan kicap dan kisar hingga halus. Jika tidak mahu terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.