Hari ni jom cuba menu masakan Thai yang simple tapi sedap, memang kena dengan  selera orang Malaysia.  Pedas  cili padi memang mengujakan, ditambah pula dengan  araoma daun selasih. memang sekali makan  tak puas.  Kena ulang masak, jadi  selepas cuba simpan risipi ni ye…

AYAM CILI DAUN SELASIH

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam | potong kecil
  • 15 helai daun selasih
  • 2 batang serai
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

Ads
  • 5 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia muda
  • 2cm belacan | jika suka
  • 4 biji buah keras

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinnggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi dan pecah minyak.
  5. Masukkan ayam dan daun selasih, gaul rata.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis.
  7. Kecilkan api dan terus kacau hingga rata.
  8. Tutup api, ayam selasih sedia dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI