Memang sedap sungguh makan daging air asam. Daging adalah hidangan utama untuk dimakan selain ayam dan ikan. Daging bakar adalah salah satu hidangan daging yang sangat sedap. Apatah lagi bila dimakan dengan air asam. Daging bakar yang lembut dan cita rasa air asam yang mengasyikkan membuatkan hidangan ini digemari untuk dimakan dengan nasi ataupun diratah begitu sahaja. Jom kita cuba masak.
Penat dengan hidangan berempah dan pedas, sesekali kita cuba masak daging rebus air asam. Wah pastinya dapat memecahkan selera. Hidangan ringkas ini pasti akan membuatkan anda makan bertambah-tambah. Jika mahukan rasa lebih masam, boleh juga menambahkan jus limau nipis.
BAHAN DAGING REBUS:
500g daging (hiris nipis)
3 batang serai (titik)
5 biji bawang putih (tumbuk kasar/hiris)
2 liter air
Garam
BAHAN AIR ASAM:
1 biji bawang merah besar |dihiris nipis
2 biji tomato |dipotong dadu kecil
1 cawan air asam jawa
1 inci belacan | dihancurkan
1 biji cili merah | dihiris halus
2 biji cili padi | dihiris halus
½ biji lada benggala | dipotong memanjang
Garam
Gula
Sedikit kerisik
CARA MEMASAK:
1. Untuk memasak daging rebus, masukkan kesemua bahan ke dalam periuk besar dan rebus hingga daging menjadi lembut dan empuk.
2. Toskan daging dan ketepikan seketika. Simpan air rebusan daging tadi.
3. Untuk membuat air asam, satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Tambahkan 1 cawan air rebusan daging tadi.
4. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
5. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan gaul hingga rata. Sedia untuk dihidangkan .
Menu daging boleh dipelbagaikan. Ada yang suka daging digoreng dengan kunyit dan kalau suka menu bersambal tidak kurang enaknya. Sebenarnya masakan yang simple pun dah cukup enak seperti daging masak jintan ni. Kalau tak boleh makan daging boleh ganti ayam tapi daging lebih serasi.
DAGING MASAK JINTAN Bahan-bahan: 1 kg daging, dipotong biasa Bahan A 2 sudu serbuk ketumbar- BELI ONLINE DI SINI 3 sudu makan serbuk jintan manis-BELI ONLINE DI SINI 1 1/2 sudu serbuk jintan putih 1 sudu kecil lada putih 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 1/2 cawan air asam jawa 4 camca gula garam secukup rasa serbuk perasa jika suka 2 sudu serbuk kunyit-BELI ONLINE DI SINI ( kalau jintan manis, jintan putih, ketumbar dan lada hitam anda bukan serbuk tapi biji maka ianya kenalah dikisar terlebih dahulu).
Bahan B Bahan dikisar: 5 ulas bawang putih 8 ulas bawang merah 2 inci halia 2 sudu kunyit hidup 5 batang serai 1 ibu jari lengkuas
BAHAN C 1 1/2 cawan -2 cawan minyak masak sebab kalau minyak banyak senang masak dan daging jadi cantik.
BAHAN D 3 biji bawang besar – dipotong bulat
Cara memasak: 1. Masukkan bahan A dan B. Gaul dan sebatikan. Rasa sikit apa yang kurang tambahlah mengikut selera anda. Pastu hendaklah diperap selama 20-30 minit. 2. Panaskan kuali dan masukkan minyak-kemudian bila minyak dah benar- benar panas masukkan daging yang diperap tadi. 3. Gaul rata dan masak daging dengan api kuat dan sederhana.Bila daging dah masak dan hampir kering masukkan bawang besar. Balik-balikkan dan sebatikan sehingga layu.Sebelum tutup api kalau suka boleh dimasukkan cili padi 10-20 biji.( cili jangan dipotong cuma buangkan tangkainya. Sebiji sebiji dan rasailah apa yang kurang ditambah. Bila dah agak kering kuahnya dan nampak minyak dah mulai naik semula,tutup api. Siap untuk dihidang. Amat sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas dan nasi minyak. Cubalah.
Bagi penggemar daging, masakan ini memang mudah dan senang disediakan. Kombinasi daging bersama kentang pastiya akan memberikan rasa yang lebih enak. Namun pastikan daging tersebut lembut dan empuk.
DAGING GORENG KENTANG
BAHAN-BAHAN:
3 biji ubi kentang | dipotong kecil
Sedikit daging | dihiris dan digaul garam serta kunyit
1 biji bawang holland | dikisar
5 biji cili merah | dibuang biji dan dikisar
Sedikit garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2. Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3. Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4. Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.
5. Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!