
Sambal Bilis geprek? Selalu kita dengan ayam geprek, rupanya memang ada sambal bilis geprek ini. Kalau dah bosan makan ayam boleh tukar kepada menu ini pula.
Resipi sambal bilis geprek ini dikongsi oleh Neny Lai Han, katanya ia memang menjadi kegemaran keluarga. Jika di bulan puasa ini, sambal bilis geprek ini sesuai sangat untuk lauk waktu sahur. Untuk pastikan ikan bilis dalam sambal kekal rangup, ada juga cara yang dikongsi.
Sambal bilis geprek
Bahan-bahan
2 gengam ikan bilis halus – basuh, tos dan goreng garing
Garam, gula, serbuk perasa
Kicap pedas Ikhwan
1 labu bawang besar
Bahan tumbuk
Segengam cili api kampung – ikut tahap kepedasan sendiri
5 tangkai cili hijau
4 tangkai cili merah
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan bakar
1 sudu kecil udang kering

Cara membuat
1. Tumis bahan tumbuk dengan minyak secukupnya sampai pecah minyak. Kemudian hiriskan bawang besar dan tumis sampai layu.
2. Perasakan sambal dengan gula, serbuk perasa. Renjiskan juga kicap pedas. Kacau sebati kemudian matikan api. Biarkan seketika sambal dalam kuali.
3. Bila sambal dah agak suam-suam masukkann bilis yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati. Ikan bilis jangan gaul dengan sambal yang masih panas kerana ikan bilis akan jadi lemau, tak rangup.

Sumber: Neny Lai Han
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Menu Kari Kepala Ikan Masak Stail Kampung

Hari ini, kita kongsikan resipi kari kepala ikan kerapu yang dimasak stail kampung.
Paling best, bila ada 3 ketul kepala ikan yang saiz besar dan segar lagi. Menerusi perkongsian resipi daripada saudara Mohd Rozmie ini, kari ikan ini sedap dimakan dengan nasi panas, ulam timun dan sambal belacan.
KARI KEPALA IKAN

BAHAN-BAHAN;
3 ketul kepala ikan kerapu
8 ulas bawang merah kecil | dimayang – beli online di sini
3 biji cili merah besar | belah tengah & potong dua
1 sudu teh halba campur
3 tangkai daun kari
5 sudu makan rempah kari ikan
2 sudu makan serbuk cili – beli online di sini
1 biji tomato | dipotong kasar
10 batang sayur bendi
½ cawan minyak masak
¼ cawan air asam jawa
100ml santan kotak – beli online di sini

TONTON Kue Teow Goreng | Dapur Rasa Live
TONTON Mango Baked Cheesecake | Dapur Rasa Live
BAHAN TUMBUK HALUS:
5 ulas bawang putih – beli online di sini
2 inci halia – beli online di sini
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Ada 3 ketul besar ikan kerapu ini saya belah dua. Dah alang-alang masak, kali ini saya nak hantar bagi mak mertua dan bapa mertua merasa kari kepala ikan ini.

2. Bancuh dengan sedikit air 5 sudu makan rempah kari ikan dan 2 sudu makan serbuk cili.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Sebelum minyak mula panas, masukkan dulu halba campur. Jangan masukkan masa minyak tengah panas, nanti meletup-letup halba dalam kuali.
4. Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah yang telah dipotong mayang. Tumis sehingga bawang merah jadi layu.
5. Bila bawang merah sudah layu, masukkan cili potong dan pes bawang putih dan halia. Kacau sebati.

6. Kemudian masukkan tomato yang telah dipotong kasar. Masukkan daun kari. Kacau sebati sehingga tomato jadi layu.
7. Masukkan bancuhan rempah kacau sehingga rempah pecah minyak. Kena rajin kacau takut rempah jadi hangit.

8. Masukkan air lebihan rempah yang ada kat mangkuk tu. Tumis rempah sehingga pecah minyak. Tambah setengah cawan air, kacau lagi sehingga rempah masak.
9. Bila nampak kering tambah lagi sedikit air dan kacau lagi. Saya lakukan dua atau 3 kali supaya rempah betul-betul masak elok. Kalau rempah tak masak elok, nanti kari tak sedap.

10. Bila rempah sudah betul-betul masak elok, masukkan air asam jawa sedikit dahulu. Nanti jika kurang masam boleh tambah kemudian.
11. Lepas tu tambah secawan atau dua cawan air mengikut sukatan ikan yang dimasak.

12. Kemudian masukkan kepala ikan yang telah dicuci bersih tadi biarkan sehingga kari mereneh dan ikan masak.
13. Bila kari dah mula mereneh masukkan sedikit santan. Tak perlu santan banyak, nanti tak sedap kari. Saya masuk 100ml saja atau separuh kotak.
14. Perasakan dengan garam secukup rasa. Jika kurang masam boleh tambah sedikit lagi air asam. Jika perlu sedikit gula boleh jer tambah untuk seimbangkan rasa.
15. Akhir sekali masukkan kacang bendi dalam seminit camtu, dah boleh tutup api.
Kredit resipi: Mohd Rozmie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
5 Resipi Popular Ikan Siakap, Salah Satunya Pernah Dapat 52K Share Di Facebook
5 Resipi Popular Ikan Siakap, Salah Satunya Pernah Dapat 52K Share Di Facebook
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Ikan Patin Tempoyak Versi Perak Yang Sedap & Menyelerakan

Ikan patin tempoyak merupakan antara menu legend yang menjadi kegemaran ramai. Nak masak ikan patin tempoyak ini tidaklah susah. Cuma jika tersilap, menu ini akan berbau sedikit hanyir. Kali ini, kami kongsikan resipi ikan patin tempoyak versi Perak yang dikongsi oleh Mariana Zainal. Sedap & padu!
IKAN PATIN TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:
- Ikan patin
- 3 batang serai | diketuk – beli online DISINI
- 1 sudu besar gula | lebihkan gula jika tempoyak masam dan dah lama
- 1/2 sudu besar garam – beli online DISINI
- Sedikit bahan perasa
- Air secukupnya
- 1 batang timun
- 1 cawan tempoyak
- Daun kesum | jika suka
BAHAN LAIN:
- 10 biji cili padi – beli online DISINI
- 3 biji cili merah (cili besar)
- 5 ulas bawang putih – beli online DISINI
- 1 biji bawang besar
- 1/2 sudu besar serbuk kunyit – beli online DISINI
*Tumbuk menggunakan lesung batu. Jangan tumbuk berlalu lumat, tumbuk kasar sahaja.
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di dalam periuk kecuali ikan.
2. Renehkan sehingga betul-betul mendidih.
3. Bila dah mendidih, masukkan timun dan ikan.
4. Bila ikan dah masak, rasa masakan. Jika ada yang terkurang, boleh ditambah.
5. Siap!


Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
Anda sedang mencari LESUNG BATU? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Sup Ikan Siakap Yang Sedap dan Tidak Hanyir, Ini Step By Step Memasaknya
Sup Ikan Merah, Cara Masak June. Takde Sup Bunjut Ikan Pun Tak Apa.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Nak Masak Ikan Keli? Ini 5 Resipi Yang Boleh Dibuat

Ikan keli harganya tidak begitu mahal. Tapi rasanya sangat sedap. Boleh pula dimasak macam-macam jenis masakan. Memang ada yang tak makan ikan ini. Tapi bagi yang suka, macam-macam masakan ikan keli nak dicuba. Nah, RASA berikan lima jenis resipi untuk anda cuba.
IKAN KELI GORENG BERLADA

BAHAN-BAHAN
- 10 ekor ikan keli sederhana besar
- 1 sudu besar sos ikan
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng
BAHAN-BAHAN (DIKISAR KERING)
- 6 biji cili merah
- 3 biji lada besar (cili solok)
- 5 biji cili padi hijau
- 5 biji cili padi merah
- 6 tangkai cili kering – direndam sehingga lembut dan dibasuh
- 2 biji bawang besar – dibelah empat
- 6 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
CARA MEMBERSIHKAN IKAN KELI
- Kebiasaannya ikan keli yang kita beli di pasar telah siap dipotong hujung kepala dan dibelah perutnya. Bagi memudahkan kita memegang ikan keli yang agak licin dan berlendir, apa yang perlu kita buat ialah masukkan ikan keli di dalam sebuah besen bersama beberapa sudu garam besar dan beberapa biji limau kasturi yang diperah airnya. Tutup dengan tudung periuk dan goncang. Ketepikan selama 5 minit, kemudian ambil limau kasturi tadi dan gosok-gosokkan atas badan ikan keli. Basuh ikan keli. Anda akan dapat rasakan ikan keli telah kurang berlendir dan mudah untuk dipegang.
- Bersihkan semua bahagian isi perut hingga insang serta buang sekali darah beku pada bahagian kepala untuk menghilangkan hanyir. Potong kedua-dua patil dan sirip ekor serta sirip-sirip yang lain. Cuci dengan air bersih dan perapkan bersama limau kasturi dan garam selama 10 minit. Kemudian dibersihkan.
CARA PENYEDIAAN
- Selepas ikan dibersihkan, lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul rata.
- Panaskan minyak. Goreng ikan tadi sehingga garing, angkat dan toskan. Susun di atas pinggan.
- Tumis bahan-bahan kisar tadi hingga garing. Tuangkan 1/2 cawan air, sos ikan, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi dan masak sehingga bahan-bahan tadi kering sedikit.
- Kemudian curahkan sambal tadi di atas ikan. Siap untuk dimakan.
Kredit resipi & foto: Kak Noor
MASAK LEMAK CILI PADI IKAN KELI SALAI

BAHAN-BAHAN
- 6 ekor ikan keli salai
- 1 1/2 kotak santan kotak
- 1 keping asam keping
- 1 helai daun kunyit
- Garam
BAHAN (TUMBUK)
- 1 tangkai cili merah
- 4-5 tangkai cili padi – ikut kepedasan masing-masing
- 1-2 inci kunyit hidup
CARA PENYEDIAAN
- Basuh ikan bersih dan toskan. Ketepikan.
- Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk dengan sedikit air supaya cili masak. Masukkan air secukupnya dan santan. Kacau rata supaya santan tidak berketul.
- Masukkan daun kunyit, garam dan asam keping. Bila mendidih, masukkan ikan dan kacau rata sehingga ikan masak. Sesuaikan rasa. Bolehlah ditutup api.
INFO: Boleh masukkan juga belimbing buluh ketika santan mendidih. Sangat sedap.
Kredit resipi & foto: Azie Kitchen
IKAN KELI BAKAR BERSAMA AIR ASAM BUNGA KANTAN

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
- 2 ekor ikan keli (Dibersihkan dan dikelar rapat)
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 biji cili api
- 1 batang serai
- (Cili api dan serai ditumbuk hancur bersama)
- Garam secukup rasa
BAHAN B (AIR ASAM)
- 1 kuntum bunga kantan (Dihiris halus)
- 4 biji cili api (Dihiris kasar)
- 2 biji cili merah (Dihiris kasar)
- 1 sudu teh belacan bakar
- 1 sudu makan asam jawa
- 1 cawan air (Dibancuh bersama asam jawa)
- 1 biji tomato (Dipotong dadu)
- 1 labu bawang besar (Dipotong dadu)
- 1 sudu teh gula
- 5 biji limau kasturi (Diambil perahannya)
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Lumurkan garam, serbuk kunyit, cili api, dan serai pada ikan, kemudian bakar ikan sehingga garing.
- Bagi membuat air asam, masukkan bahan yang dikisar kasar bersama air asam jawa ke dalam mangkuk.
- Kemudian, gaulkan bersama tomato, bawang besar, bunga kantan, perahan limau kasturi, gula, dan garam.
- Sedia dihidangkan bersama ikan keli bakar.
Kredit resipi & foto: Chef Hanieliza 2
IKAN KELI GULAI BEREMPAH DAUN KESUM

BAHAN-BAHAN
- 5 ekor ikan keli (saiz besar)
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu serbuk ketumbar
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan air
- 8 tangkai cili kering
- 5 biji bawang merah
- 1 inci kunyit
- ½ inci lengkuas
- ½ halia
- (Cili kering, bawang merah, kunyit & lengkuas dikisar bersama dengan air)
- 1 sudu makan serbuk kari
- 1 cawan santan pekat
- 10 tangkai daun kesum
- 2 keping asam gelugur
CARA PENYEDIAAN
- Bersihkan ikan keli dan kelarkan. Gaulkan ikan keli dengan serbuk kunyit dan garam.
- Panaskan minyak masak. Goreng ikan keli sehingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
- Masukkan bahan kisar, serbuk kari, santan pekat, daun kesum, dan asam gelugur ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
- Masukkan ikan keli, gula dan garam. Biarkan mendidih. Siap untuk di hidang.
Kredit resipi & foto: Rismas Hanim
ASAM PEDAS IKAN KELI

BAHAN-BAHAN
- 2 ekor ikan keli
- 1 biji tomato – belah 4
- 1 kuntum bunga kantan- belah 2
- 1 genggam daun kesom
- 5 biji kacang bendi
- 1 1/2 senduk nasi cili kisar
- 1/2 camca besar pes asam jawa
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
BAHAN TUMBUK HALUS / KISAR
- 5 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 3/4 inci kunyit hidup
- 1/2 inci halia
- 1/2 inci belacan
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis cili hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu.
- Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya . Biar mendidih.
- Masukkan bunga kantan, daun kesom dan ikan, masak dengan api sederhana. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato dan kacang bendi, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
INFO:
- Jumlah air ikut suka kepekatan yang disukai
- Cili kisar pun boleh tambah atau kurangkan sesuka hati
Kredit resipi & foto: Cida de’ Nuanza
Selamat mencuba!

