Selalu tiada idea untuk menyediakan menu makan malam yang simple dan sihat? Cara penyediaan yang mudah boleh di buat untuk makan malam dan sarapan pagi. Isi ayam di tumis ringkas dan dibalut roti wraps dengan salad, mayonis serta sedikit sos yang memberi penuh nutrisi lengkap untuk makan malan dan sarapan anda. Buat tau!
CHICKEN WRAPS SEMPOI
BAHAN-BAHAN
- Roti wraps / atau roti canai segera
- Isi ayam dihiris-hiris
- Kepingan ayam (pilihan)
- Bawang holand (dihiris)
- Lada benggala (dihiris)
- Lobak Merah (dihiris)
- Salad
- Tomato (hiris la ikut suka)
- 1 sudu serbuk lada hitam
- 1 sudu sos tiram
- Mayonis
- Sos cili
CARA MENYEDIAKANNYA:
- Panaskan roti wraps dengan balik-balikkan di atas pan dan ketepikan.
- Letakkan sedikit minyak, masukkan ayam & kepingan ayam. Kacau-kacau sampai ayam masak.
- Agak-agak sudah masak, masukkan bawang, lobak merah, lada benggala dan tomato (masak sekejap)
- Letak serbuk lada hitam dan sedikit sos tiram.
- Sapu mayonis pada roti wraps dan susun salad di atas mayonis.
- Letakkan pula bahan-bahan yang sudah dimasak tadi.
- Selepas itu letakkan sedikit sos dan balutkan.
Kredit: Ana Watie Mua
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Roti Canai Homemade. Sebijik Macam Beli Di Kedai Mamak.Perghhh…Mudah Je Rupanya!
Bayangkan betapa nikmatnya makan roti canai panas yang baru dimasak. Selain roti kosong biasa, boleh juga di ‘transform’ menjadi roti telur, roti cheese, roti bawang dan sebagainya. Mudah sahaja! Bahan-bahannya juga ringkas. Kalau buntu tak tahu nak masak apa untuk sarapan, boleh cuba buat roti canai resipi dari saudari DMar Ya Nie.
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tepung gandum
- 3 sudu makan minyak masak
- 2 sudu makan susu pekat
- 1 1/2 sudu teh garam
- Air secukupnya
- Minyak sapi secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung gandum, minyak masak, susu pekat dan garam. Gaul rata.
- Masukkan air secukupnya dan uli sehingga doh menjadi kental dan lembut.
- Bulatkan doh sebesar bola golf dan lumurkan dengan minyak sapi. Perap 4 jam barulah ditebar.
- Masak diatas kuali dan boleh dinikmati bersama kuah kegemaran.
Kredit Resipi & Gambar Sepenuhnya: DMar Ya Nie via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Inspirasi Donut Alaf Baru…Cronut dan Bombolini , Hotel Armada PJ
Menu bakeri dan pastri dari Hotel Eastin KL kali ini memang cukup popular. Dibuat khusus atas permintaaan majalah RASA. Chef Chong See Yee dan rakannya Chef Chin Yee Chia berjaya meneroka pastri baru di antaranya dengan menghasilkan bombolini iaitu donut Itali yang popular dan Cronut gabungan donut dan croissant.
Kalau nak tahu Cronut dicipta di Dominique Ansel Bakery. New York, Amerika Syarikat pada tahun 2013 oleh pemilik bakerinya Dominique Ansel. Dan kini sangat popular di merata dunia.
CRONUT
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh cronut:
- 150ml susu segar
- 10gm yis kering
- 50gm mentega
- 35gm gula
- 350gm tepung roti
- 6gm garam
- 1 biji telur
Bahan lapisan cronut :
- 100 gm pastri marjerin | dicanai nipis
Bahan inti cronut (coklat ganache):
150gm coklat masakan
100gm krim putar
10gm mentega
CARA MEMASAK :
Membuat inti :
1. Panaskan krim putar sehingga mendidih sedikit
2. Tuang ke atas coklat dan kacau hingga sebati
3. Masukkan mentega dan sebatikan
Membuat cronut :
1. Masukkan tepung, yis, gula, telur dan garam. Gaulkan hingga sebati.
2. Masukkan susu segar dan uli lama 5 minit sehingga menjadi doh.
3. Masukkan mentega ke dalam doh tersebu dan uli sekali lagi selama 7 minit.
4. Rehatkan selama sejam.
5. Setelah itu mulai memproses lapisan demi lapisan cronut dengan membuat lipatan antara doh dengan mentega tawar yang dilakukan berulang.
6. Bentukkan menjadi doh bersegi, giling hingga tipis dan kemudian sapukan mentega di atas permukaan doh tepat di tengah-tengah dan lipatkan balik dan canai hingga mentega tertutup rapat.
7. Canaikan dan lipat berulang-ulang sampai mentega dan doh tercampur dan membentuk lapisan-lapisan.
8. Masukkan doh dalam peti sejuk seketika
9. Seteleh dikeluarkan dari peti sejuk. mulai menerap dan membentuk bulat doh dengan acuan donut.
10. Panaskan minyak penuh dalam kuali dan goreng hingga keperangan
11. Paipkan coklat ganache ke dalam cronut
12. Sediakan gula yang digaulkan bersama sedikit serbuk kayu manis..Golekkan cronut dalam gula tadi.
13. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Gabungan donut dan croissant
Keistimewaan : Rapuh dan garing dan rasa yang kaya bercoklat
Info Chef : Pemilik bakeri Dominique Ansel, menggunakan doh berupa pasteri lapis atau puff (ala croissant) berinti krim dan rupanya pula menyerupai donut, yang dikenali sebagai cronut.
BOMBOLINI
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 250gm tepung roti
- 110ml susu segar
- 1 biji telur
- 60gm mentega
- 35gm gula
- 15gm yis kering
- 2 gm garam
- 2 biji kuning telur
Bahan untuk inti (krim kastad) :
- 100ml susu segar
- 1 biji kuning telur
- 20gm gula halus
- 9gm tepung jagung
- 1ml esen vanila
- 30gm krim putar (whipping cream)
CARA MEMASAK :
Krim kastad :
1. Didihkan susu di dalam bekas, atas api yang sederhana.
2. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk dan satukan dengan kuning telur dan gula, kacau hingga sebati.
3. Campurkan tepung jagung dan terus kacau hingga sebati
4. Tuangkan larutan susu mendidih tadi ke dalam campuran di dalam mangkuk tadi. Biarkan masak hingga pekat.
5. Biarkan kastad sejuk sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang sejam.
6. Pukul krim putar sehingga mencapai ‘stif peak’ (bertanduk).
7. Kaup balik krim putar ke dalam adunan kastad yang telah sejuk hingga sebati.
8. Ketepikan
Bombolini:
1. Masukkan tepung, yis, dula telur dan garam. Gaullkan sehingga sebati.
2. Masukkan susu segar dan mentega. Uli sehingga menjadi doh.
3. Rehatkan selama dua jam, sehingga saiz doh naik dua kali ganda dari doh yang asal.
4. Giling sehingga nipis dan terap bentuk bulatan
5. Goreng dalam minyak panas sehingga menjadi warna keperangan.
6. Biarkan sejuk seketika. Setelah itu lubangkan bahagian tengah dan diisi dengan krim kastad.
7. Taburkan gula di atasnya dan sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Donut Itali
Keistimewaan : Gebu lembut dan berkrim
Info Chef : Goreng antara 5- 10 minit sahaja. Kerap dibalik- balikkan supaya masak sekata dan berwarna perang keemasan.
Terima kasih : Hotel Armada, Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan, 46200 Petaling Jaya, Selangor. www.armada.com.my
Cara Buat Tauhu Bergedil & Sambal Kicap Paling Mudah.
Nak belajar cara-cara masak Tauhu Bergedil homemade? Sedapnya kalau dapat makan panas-panas kan? Ada pula sambal kicap. Memang makan tak henti. Kalau beli, sebiji tauhu ni RM1. Tak puas nak makan. Jadi, bolehlah cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni. Memang mudah & nampak sedap!
RESIPI TAUHU BERGEDIL
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket Tauhu pop – yang biasa letak dalam kuah mi kari
- 5-6 biji ubi kentang – hiris nipis dan goreng
- Daun sup secukupnya – hiris halus
- Bawang goreng secukupnya
- 100gm daging cincang – digoreng
- 1 sudu teh garlic salt – jika ada. Boleh gantikan dengan garam biasa atau pati ayam. Jumlah ikut kesesuaian.
- 1 sudu teh lemon pepper – boleh guna lada hitam biasa
- 1-2 biji telur – dipukul
CARA MEMASAK:
1. Gunting permukaan kulit tauhu dan korek isinya. Ketepikan.
2. Kentang yang telah digoreng, ditumbuk hingga lumat.
3. Kemudian masukkan ke dalam bekas bersama dengan daging goreng, daun sup, bawang goreng, garlic salt dan lemon pepper. Jika suka, lebihan isi tauhu boleh dicampur sekali.
4. Gaul rata semua bahan dan bulat-bulatkan. Kemudian sumbat ke dalam tauhu. Buat hingga habis.
5. Kemudian salut tauhu tadi dengan telur yang telah dipukul.
6. Goreng seketika dan angkat bila nampak kekuningan dan garing. Angkat dan toskan.
7. Sedia dinikmati bersama sambal kicap.
RESIPI SAMBAL KICAP ( Jumlah bahan ikut citarasa)
BAHAN-BAHAN:
- Cili merah dan cili hijau
- Cili api secukupnya
- Limau kasturi secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
- Kicap
CARA MEMBUAT:
- Satukan semua bahan sambal dan kisar halus. Kemudian simpan dalam peti sejuk untuk dapatkan kepekatan sambal yang dikehendaki.
Kredit resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Muhammad