Berapa ramai yang suka makan kek lapis tapi merasakan sukar untuk membuatnya? Sebenarnya kek lapis ni mudah untuk membuatnya, cumanya harus lebih bersabar.
Dan antara kek lapis yang popular ialah kek lapis masam manis. Menerusi perkongsian saudara Jeffrey Shaari, bukan hanya wanita yang boleh membuat kek ini, tetapi lelaki juga boleh. Yang penting kena sabar ye.
Jom kita buat.
RESIPI CARA BUAT KEK LAPIS MASAM MANIS
Tempoh penyediaan : 45 minit Tempoh memasak : 1 – 1.5 jam Size loyang: 8×8
1.Asingkan putih telur dan kuning telur. 2. UNTUK BAHAN A: Pukul putih telur dengan gula sampai kembang. Betul-betul kembang tau. Macam bertanduk. (tips penting, bekas mesti betul-betul kering dan jangan ada kuning telur langsung) 3. UNTUK BAHAN B: Pukul mentega dengan kuning telur hingga sebati. Masukkan ovalette, esen vanilla dan susu pekat. 4. Satukan Bahan A dan Bahan B sampai sebati. 5. Kemudian masukkan tepung biskut marie sikit demi sikit. Masukkan tepung naik sendiri dan masukkan kaya dan horlick setelah semua dah dicampur. Kacau bagi sebati.
6. Setiap lapisan, saya hanya masukkan 4 sudu besar dan ratakan. 7. Asingkan tiga bekas sama banyak. Satu pewarna kuning dan satu pewarna hijau. Satu biar kosong. 8. Sapukan sedikit mentega pada loyang (bahagian bawah sahaja) atau alas kertas bakar di bawah.
9. Kemudian masukkan adunan kuning. Bakar lebih kurang 7 minit. Kalau bakar, guna oven api atas bawah. 10. Keluarkan selepas 7 minit, masukkan adunan berwarna kosong. Bakar cuma api atas sahaja selama 6-7 minit. 11. Keluarkan lagi. Masukkan adunan ketiga yang warna hijau dan lapikkan haw flakes (suka hati anda nak susun macam mana) dan bakar pada api atas sahaja selama 6-7 minit. 12. Ulang proses yang sama sampai habis adunan. Untuk lapisan akhir, saya hias dengan haw flakes. Setelah siap, sejukkan 1-2 jam kemudian bungkus semuanya. Simpan dalam chiller selama 12 jam.
13. Keluarkan dan potong pada 3 blok dan bungkus dengan ceiling wrap untuk memastikan kek menjadi lebih moist.
Kek lama yang punya ramai peminat. Teksturnya yang lembut dan rasa yang enak menjadikan kek ini tidak jemu dinikmati. Nak belajar buat kek ni secara homemade? Resipi di bawah ini antara yang terbaik dan mudah.
KEK KUKUS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
250gm mentega
1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus
1/2 cawan gula halus
1/2 tin kecil susu pekat / bubuh194 gm
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
Kepingan Haw Flakes secukupnya
Pewarna hijau dan merah jambu- ikut suka
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
2. Mentega dan gula diputar sehingga kembang. Kemudian masukkan telur dan putar lagi.
3. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
4. Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing-masing, nak 2 atau 3 bahagian ).
6. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
7. Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak.
8. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
9. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna merah jambu. Kukus sekali lagi hingga masak. Ulang langkah hingga adunan habis. Pastikan pada lapisan paling atas, letak kepingan haw flakes.
10. Setelah masak, angkat, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.
Di hari raya pastinya ramai sanak saudara yang datang berkunjung. Lauk pauk yang banyak pun cepat habis. Jadi boleh cuba buat Kuah Lontong mudah ini. Sekejap sahaja sudah boleh dihidangkan.
BAHAN-BAHAN:
1000ml santan
150gm udang | bersih dan tos
1 paket tempe |potong dadu
1 keping fucuk | koyak-koyakkannya dan rendam
Sedikit suhun | rendam
1 keping tauhu | potong dadu
1 batang serai | dititik
5-6 batang kacang panjang
Sedikit hirisan bunga kubis
Sedikit hirisan lobak merah
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang besar
2ulas bawang putih
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
3 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Masukkan 800ml santan dalam periuk.
Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau rata.
Seterusnya masukkan serai, tauhu dan tempe.
Setelah kuah mendidih, masukkan bunga kubis, kacang panjang, fucuk, suhun dan lebihan santan.Kacau rata.
Tambahkan lobak merah serta udang. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
Tak kira masih muda atau sudah berusia, masalah angin dalam badan boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja. Jika anda kerap rasa sebu, itu adalah salah satu tanda anda mempunyai masalah angin dalam badan. Masalah angin dalam badan memang kerap berlaku apatah lagi dengan corak pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat. Angin yang ada dalam badan membuatkan kita rasa tak sedap badan.
Selalunya apabila rasa tak sedap badan, kita akan rasa lenguh kaki, sengal badan, rasa nak sendawa tapi tak lepas sebab tersekat-sekat. Perut pulak rasa sebu je. Inilah antara tanda badan kita ada angin.
Antara tanda badan banyak angin adalah:
– Rasa lesu, letih dan tidak bertenaga
– Selalu rasa kebas, lenguh dan sengal
– Tapak tangan dan kaki rasa sejuk
– Selalu menguap dan mudah rasa mengantuk
– Sukar untuk bernafas dan nafas rasa pendek
– Rasa tegang pada bahagian tengkuk dan pinggang
Kalau korang ada tanda seperti di atas, cuba resipi yang dikongsikan oleh Umi Norma melalui facebooknya.
CARA MEMBUAT
1. Halia dihiris nipis-nipis dan renehkan dengan susu tadi.
2. Guna api perlahan, kacau sehingga susu mendidih.
3. Padam api dan biarkan susu menjadi suam.
4. Sedia untuk diminum. Seeloknya minum ketika susu masih suam dan jangan biar sampai susu sejuk.
MANFAAT MINUM SUSU HALIA
1. Berkesan mengeluarkan angin melalui sendawa dan kentut.
2. Boleh diminum bila-bila masa tak kira sama ada waktu pagi, petang atau malam.
3. Amalkan 2 atau 3 kali seminggu.