Tidak lengkap rasanya jika sesuatu hidangan tanpa pencuci mulut. Terdapat pelbagai jenis manisan yang enak untuk hidangan keluarga mahu pun tetamu yang datang bertamu. Jika tercari-cari apa menu, ini ada tiga resipi dessert yang mudah disediakan yang boleh anda cuba.
PUDING TRIFLE RAMBUTAN
BAHAN-BAHAN:
1kg isi rambutan yang siap dihiris | Tapis air rambutan tadi dan asingkan ke dalam mangkuk lain
1 biji kek swiss roll | dipotong setebal 2cm
BAHAN LAPISAN KASTARD :
1cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air (sukat pakai tin susu tadi)
BAHAN LAPISAN AGAR-AGAR:
11gm agar-agar serbuk
800gm air
5 sudu makan gula
Sedikit pewarna merah
CARA MEMASAK:
Pertama, potong kek swiss roll dan masukkan ke dasar mangkuk. Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk. Tekan sedikit bagi padat.
Siram atau renjiskan air rambutan yang telah diasingkan tadi di atas kek. Ia bertujuan supaya kek lebih lembap. Ketepikan.
Masakkan semua bahan untuk lapisan kastard sehingga pekat dengan api kecil.
Susun separuh hirisan isi rambutan di atas kek dan tuang adunan kastard di atas lapisan rambutan tadi. Ketepikan.
Untuk memasak agar-agar; satukan agar-agar , air dan gula serta masak hingga ia hancur. Masukkan sedikit pewarna merah. Angkat dan ketepikan.
Susun baki hirisan rambutan di atas lapisan kastard tadi dan tuang adunan agar-agar di atas lapisan rambutan tersebut.
Biarkan ia sejuk dan sedia dinikmati.
Ads
SAGU NANGKA GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
5 ulas nangka masak | hiris nipis
1 cawan biji sagu
2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
Sedikit pewarna kuning
BAHAN AIR GULA:
2 ketul gula melaka
1 cawan air
2sudu makan gula pasir
1 helai daun pandan
BAHAN KUAH SANTAN:
1 cawan santan
1/2 cawan air
1/2sudu teh garam
3 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
Ads
Rendamkan biji sagu selama 1/2 jam kemudian toskan airnya.
Masak air sehingga mendidih dan masukkan sagu tadi dan masak sehingga bertukar jernih atau hilang biji-biji putih. Tutup api biarkan sejuk (suam) sedikit. Bahagikan kepada dua adunan dan satu adunan dititiskan dengan pewarna kuning.
Susun nangka ke dalam acuan dan masukkan sagu yang suam tadi. Ketepikan.
Untuk memasak air gula; satukan gula Melaka, air, gula pasir dan daun pandan di dalam periuk an masak hingga gula hancur. Angkat dan ketepikan.
Untuk memasak kuah santan; satukan santan dan air di dalam periuk. Masakkan di atas api dan kacau sehingga menggelegak. Masukkan tepung gandum dan masak sehingga pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Untuk menghidang, keluarkan sagu dari acuan, yang berwarna kuning di bawah dan telungkupkan yang tanpa warna di atasnya. Siram dengan air gula dan kuah santan. Boleh hias dengan sedikit hirisan nangka di atasnya untuk lebih menarik. Sedia dinikmati sejuk.
KUIH JONGKONG VERSI JOHOR
BAHAN A:
150gm tepung beras cap teratai
70gm tepung ubi kayu
600ml santan cair
3 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
BAHAN B (INTI):
2 ketul gula melaka dihiris dadu
Ads
BAHAN C (KUAH ):
100 ml santan
3sudu makan tepung gandum
BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya (dibersihkan dahulu)
Lidi kecil secukupnya
Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk memasak adunan tepung; Satukan dan masak semua bahan A di atas api sehingga likat. Kacau sentiasa. Tutup api dan biarkan sejuk. Ketepikan.
Untuk kuah santan; satukan semua bahan C dan masak di atas api dan kacau perlahan. Angkat dan ketepikan.
Untuk membungkus jongkong, daun pisang dipotong saiz 20 x25cm persegi atau mengikut saiz yang dikehendaki. Layurkan sedikit terlebih dahulu. Letakkan adunan tepung yang telah dimasak di atas daun pisang, leperkan sedikit dan masukkan ketulan gula Melaka sebagai inti di dalamnya.
Tutup dengan adunan kuah santan dan bungkus seperti membungkus tapai. Mula-mula, lipat dua dahulu dan kelepetkan bahagian kiri kanan. Kemaskan dengan lidi. Lebihan daun boleh dipotong untuk nampak lebih kemas.
Ulangi langkah hingga selesai.
Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 25-30 minit.
Angkat dan sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda suka makan Apam Lenggang? Ni min nak kongsi resipi mudah perkongsian saudari Zaimah Zakaria yang anda boleh cuba buat secara homemade. Senang je rupanya. Bahan-bahan mudah kita perolehi dan sukatannya menggunakan cawan serta sudu. Senanglah nak sukat kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Gebu gebas, lemak manis, puas hati makan. Itulah yang boleh dikatakan dengan bomboloni inti nutella yang dibuat oleh pengguna facebook dengan nama Iedaa Jahaya. Wanita ini memang suka memasak dan selalu berkongsi resipi di laman facebook group RASA Share Resipi. Jom kita try buat.
BOMBOLONI INTI NUTELLA
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan susu segar suam (BELI DI SINI)
2 sudu besar gula kastor
1 sudu besar yis
2 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
1 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar baking powder (BELI DI SINI)
Nutella secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Untuk menguli, masukkan susu segar, gula kastor, yis dalam satu bekas. Kacau sekejap. Biarkan selama 20 minit atau hingga naik membuih.
2. Dalam satu bekas lain, masukkan tepung gandum, telur ayam, esen vanila dan baking powder. Gaul guna senduk sehingga sebati.
3. Apabila adunan yis sudah membuih, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan. Kalau adunan tidak cukup lembut, tambah air suam sedikit. Uli lagi sampai adunan tidak melekat pada tangan.
4. Jika anda ada breadmaker, caranya lebih mudah. Masukkan sahaja semua bahan dalam bekas. Tekan butang ON. Jika adunan tidak cukup lembut, tambah air suam dan biarkan mesin menguli sehingga lembut dan tidak melekat. Beli breadmaker DI SINI.
5. Selesai menguli, perap doh sehingga naik mengembang. Kemudian ambil sedikit dan bulatkan. Leperkan sedikit.
6. Panaskan minyak masak. Goreng dengan api perlahan. Apabila nampak kekuningan, angkat. Ulang sehingga doh habis.
7. Untuk inti, paipkan nutella ke dalam bomboloni. Sedia dinikmati.
Tercari-cari resipi lauk pauk yang boleh masak tanpa minyak? Maklumlah sekarang ramai yang peka terhadap kesihatan. Jika anda bercadang nak kawal jumlah penggunaan minyak masak dalam masakan harian anda, koleksi resipiyang RASA kongsikan ini pasti boleh membantu anda memilih lauk pauk yang boleh dihidangkan buat keluarga. Bebas minyak dan tentunya lebih sihat.
ANEKA RESIPI MASAKAN TANPA MINYAK
1. IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung – bersihkan
Air secukupnya
BAHAN UNTUK AIR ASAM:
30gm cili padi
10gm cili besar merah
20gm perahan limau kasturi
100ml air asam jawa
1 biji buah tomato – potong dadu
1 biji bawang besar – potong dadu
5gm garam
5gm serbuk perasa (pilihan)
CARA MEMASAK:
Terlebih dahulu, kukus ikan kembung lebih kurang 10 minit. Ketepikan.
Untuk membuat kuah air asam; Kisar cili bersama air asam jawa. Masukkan pula perahan air limau kasturi, garam dan bahan perasa secukupnya.
Tuang ke dalam mangkuk dan masukkan pula hirisan bawang besar dan tomato.
Letak ikan yang siap dikukus di dalam pinggan dan tuang kuah air asam di atasnya ketika menghidang.
Boleh hias dengan hirisan limau kasturi jika mahu.
2. SOTONG BAKAR DENGAN SOS THAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor sotong besar – dibasuh dan dikelar
I inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
1 batang serai – dimayang halus
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumbuk halus kunit, bawang putih dan serai.
Gaulkan dengan sotong, masukkan juga sedikit garam.
Biarkan dalam 5 atau 10 minit.
Panaskan kuali pemanggang. Sapu sedikit mentega dan letakkan sotong. Bakar hingga sotong menjadi lembut.
Gunakan api yang besar untuk membakar sotong.
Hidangkan dengan sos cili thai.
3. KETAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ketam – bersihkan
500gm isi ayam
2 biji telur
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu sos tomato
1 biji cili bengala merah
1 biji cili benggala hijau
Daun sup dan daun bawang secukupnya
Lada sulah secukupnya
Garam dan bahan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Ketam direbus bersama air dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian, dipisahkan isi dan kulit cengkerang dicuci bersih. Ketepikan.
Bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, cili bengala merah dan hijau dicincang halus.
Seterusnya, semua bahan yang dicincang halus digaul bersama isi ketam dan ayam. Kemudian ditambah dengan telur dan digaul kesemuanya sebati.
Letak bahan yang telah digaul ke dalam kulit cengkerang kemudian dikukus selama 10 – 15 minit.
Angkat dan sedia dihidang.
4. ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dipotong dua
3 biji cili merah | dikisar
15 biji cili padi | dikisar
6 biji bawang merah | dikisar
5 cm kunyit | dikisar
3 helai daun kunyit | disiat
4 keping asam gelugur
3 batang serai | diketuk
6 cawan air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan biarkan sedikit mendidih.
Kemudian masukkan ikan, asam gelugur dan daun kunyit. Biarkan sehingga ikan masak.
Perasakan dengan garam dengan secukup rasa.
Angkat dan hidangkan.
5. DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | bersihkan dan tos
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
3 batang serai
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN AIR ASAM:
150gm asam jawa
3cm belacan – bakar
Air suam secukupnya
1 biji bawang besar saiz sederhana – potong dadu
15 biji cili padi – dihiris halus
1 biji tomato – potong dadu
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging dengan bahan kisar sehingga sebati dan perapkan 2-3 jam.
Panaskan ketuhar atau kuali pemanggang. Kemudian panggang hingga garing menggunakan api kecil.
Setelah cukup masak, angkat dan sejukkan.
Setelah sejuk, hiris daging nipis-nipis. Ketepikan.
Sementara itu siapkan air asam.
Bancuh asam jawa dengan air suam. Kemudian buang biji.
Tapiskan dalam mangkuk yang berisi belacan.
Hancurkan belacan kemudian masukkan hirisan bawang dan tomato.
Seterusnya perasakan dengan gula dan serbuk perasa. Garam jika perlu.
Setelah secukup rasa, hidangkan bersama daging bakar.
6. BAWAL EMAS KUKUS KURMA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal emas – dipotong dua
1 cm halia | dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
2 ulas bawang merah – dihiris
1 biji tomato – dipotong baji
Sedikit lobak merah – dihiris
3 biji buah kurma – dibuang biji dan dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan air, halia, bawang merah, bawang putih dan kurma. Didihkan.
Masukkan ikan dan lobak merah. Tutup periuk seketika. Biar hingga ikan masak.
Tambahkan tomato dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.
7. CUMI BAKAR
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong – buang kepala dan kulit
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu teh gula perang
1 sudu teh perasa ayam
1 helai daun salam
Garam secukup rasa
2cm lengkuas | ketuk
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
2cm kunyit hidup
3 biji buah keras
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga
Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
8. SULUR KELADI MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ikat selur keladi bersama isi
100 gm isi udang
2 sudu makan tempoyak
6 pucuk daun kesum
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan.
Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu.
Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi.
Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya.
Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata.
Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang..
Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.
9. STEAM TOFU WITH BRAISED MUSHROOM AND BROCCOLI
BAHAN-BAHAN:
350gm tofu putih – kukus selama 20 minit
50gm cendawan shitake kering – dibasuh dan rendam air semalaman
50gm brokoli
1/2 biji bawang besar – dihiris
4 ulas bawang putih – dihiris
4cm halia – dihiris
500ml stok ayam – atau air rebusan ayam
4 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung – jika mahu pekat
CARA MEMASAK:
Pijarkan minyak dalam kuali.
Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia.
Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan.
Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut.
Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen)
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
10. SOTONG SUMBAT MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong sederhana besar – bersihkan dan tos
2 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos plum
1/2 sudu makan minyak masak
1 biji bawang besar – cincang
2 ulas bawang putih – cincang
2cm halia muda – hiris halus
2 biji cili merah – cincang halus
Garam secukup rasa
BAHAN SUMBAT:
1 biji tauhu putih – kisar kasar
1/2 cawan isi telah direbus – kisar kasar
1 biji telur
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan sumbat dalam mangkuk dan gaul rata.
Panaskan pengukus.
Sumbut sotong dengan bahan sumbat hingga paras 3/4 sotong .
Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dengan lidi.
Susun dalam pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-12 minit.
Sementara itu sediakan sos.
Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili hingga wangi.
Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.
Kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.
Setelah siap, tuangkan sos dalam pinggan sotong yang telah dikukus tadi.
Sotong sedia dihidangkan.
11. SUP KELAPA DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang
1 biji air kelapa
1 kiub stok ayam
100gm isi kelapa | dihiris nipis
2 biji cili padi merah | dihiris nipis
Daun bawang untuk hiasan
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumurkan garam pada daging dan bakar pada suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.
Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.
Seterusnya masukkan daging bakar dan perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam dengan secukupnya.
Setelah mendidih, padamkan api dan taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.
12. SUP UDANG DAN NANAS
BAHAN-BAHAN:
300gm udang sederhana besar
1/2 biji nanas | dihiris
1 biji cili merah
2 biji cili padi
3 ulas bawang putih | dihiris
Sedikit daun bawang | dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan masukkan bawang putih dan nanas. Biar merenih seketika.
Tambahkan cili merah dan cili padi.
Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
Ubah suai rasa dengan menambah garam mengikut cita rasa anda.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.