Sebut je pasal Kota Bandung, ramai yang tersenyum. Inilah antara syurga membeli-belah yang paling digemari dan menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Selain terkenal sebagai tempat perlancongan yang menarik, kota ini juga merupakan pusat membeli-belah barangan murah seperti aneka kain sulam, lace dan bermacam-macam lain. Pendek kata bila jejak kaki ke sana, memang rambang mata dibuatnya.

Salah seorang selebriti terkenal yang berasal dari kota ini ialah Laudya Cynthia Bella. Mendengar sahaja pemilik nama indah ini, pasti terbayang di mata anda selebriti cantik manis dari seberang yang meletop menerusi filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 ini. Malah bintang jelita ini juga menjadi lebih dekat dengan rakyat Malaysia setelah mendirikan rumahtangga dengan ahli perniagaan terkenal, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

https://www.instagram.com/p/BY4n4fjhoKe/?taken-by=laudyacynthiabella

Kini, selain sibuk dengan kehidupan barunya di Malaysia, Laudya Cynthia Bella yang mesra dengan panggilan Bella juga masih berulang-alik ke Indonesia demi ‘cinta hati’nya. Wah…Siapa tu?Cinta hati yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah perniagaan yang diusahakan beliau disana iaitu Bandung Makuta. Ia merupakan sebuah perniagaan kedai kek yang menjual ole-ole khas Bandung.

Ads

https://www.instagram.com/p/BceMep4gOKd/?taken-by=laudyacynthiabella

https://www.instagram.com/p/BcPt9sPglkk/?taken-by=laudyacynthiabella

Jangan tak tahu, walaupun baru sahaja dijalankan, pernigaan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan sentiasa diserbu para peminatnya sehingga kehabisan stok!Antara produk-produk yang dijual disini ialah Makuta Blueberry, Makuta Cheese, Makuta Caramel, Makuta Lemon, Makuta Chocolate dan Makuta Extra Cheese

Walau Dah Tinggal Di KL, Laudya Cynthia Bella Tetap Ulang Alik Ke Kota Bandung. Ini Sebabnya!

Malah bagi anda yang inginkan ole-ole yang lebih istimewa, Bandung Makuta juga ada menyediakan ole-ole Gold Series iaitu Makuta Choco Cheese dan Makuta Cassava Cheese / Peuyeum. Fuhhh…Lihat gambarnya sahaja sudah cukup buat rasa terliur dan nak cuba. Jom layan gambar-gambar manisan istimewa dari kedai Bella ni. Andai ke Bandung, bolehlah cuba.

https://www.instagram.com/p/BUl2LIBAgfS/?taken-by=laudyacynthiabella

Ads

https://www.instagram.com/p/BZHyzx4gJhV/?taken-by=laudyacynthiabella

 

https://www.instagram.com/p/BcMf7_9Afb2/?taken-by=bandungmakuta

Ads

https://www.instagram.com/p/BcbXmEIA54M/?taken-by=bandungmakuta

Sumber foto: Instagram Laudya Cynthia Bella

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI