Bila setiap hari masak, ada kalanya kita akan buntu memikirkan menu. Jika asyik ulang lauk sama, naik jemu pula. Berikut adalah koleksi idea masakan kampung yang boleh anda cuba hasilkan sebagai sajian makan tengahari atau malam. Ringkas dan mudah. Selamat mencuba!
1. TUMIS KACANG PANJANG & KUPANG
BAHAN-BAHAN:
10 tangkai kacang panjang | dipotong 3cm
100gm isi kupang | dibersihkan
1 biji bawang besar| dihiris
2 biji cili merah | dihiris
4 ulas bawang putih | dicencang
1 sudu makan sos tiram
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang hiris dan cili sehingga layu dan berbau wangi.
Selepas itu masukkan sos tiram, sedikit air dan isi kupang. Kacau rata sehingga sebati.
Masukkan kacang panjang dan garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga rata.
Biarkan kupang masak dan kacang panjang layu sedikit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jangan dimasak terlalu lama kerana kacang panjang akan lembik.
2. PERIA GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
1 batang peria | dihiris bulat, dibuang biji dan dicuci
1 sudu makan rempah kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk cili
Garam secukup rasa
1 sudu makan air
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Rendam peria bersama 2 sudu garam dan gula. Kemudian tos dan keringkan.
Masukkan peria yang telah dicuci ke dalam sebuah mangkuk.
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk peria tadi kecuali air. Gaul semua bahan hingga rata dan sebati.
Masukkan 1/2 sudu makan air dahulu dan gaul rata. Jika ia nampak masih agak kering masukkan 1/2 sudu makan air lagi. Pastikan tepung bersalut cantik pada peria.
Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali. Bila minyak sudah panas, masukkan peria sekeping demi sekeping dan jangan digoreng terlalu banyak pada sesuatu masa.
Goreng peria hingga betul-betul garing. Angkat dan tos minyaknya. Sedia dihidangkan.
Info Chef: Peria direndam di dalam air garam dan gula untuk mengurangkan rasa pahitnya. Selain itu jika ingin peria digoreng cantik, gunakan kuali tanpa lekat.
3. GULAI ITIK SERATI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor itik serati | direbus dan dibersihkan
Rempah 4 sekawan secukupnya (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
1 keping gula melaka
1 sudu makan jus asam jawa
500ml santan pekat
5 sudu makan rempah kerutuk | dibancuh dengan sedikit air
5 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR :
15 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
5cm halia
CARA MEMASAK:
Panas minyak masak di dalam kuali. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar. Kacau rata sehingga wangi.
Selepas itu masukkan rempah kerutuk. Kacau seketika.
Masukkan santan masak sehingga mendidih sambil dikacau.
Selepas itu masukkan gula melaka, gula dan garam secukup rasa. Kacau lagi. Selepas itu, masukkan jus asam jawa dan itik serati yang telah dicelur.
Masak seketika dan bolehlah dihidangkan.
Info Chef: Itik serati direbus dahulu agar isinya lebih lembut.
Ads
4. IKAN PARI AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan pari | direbus dengan asam keping dan sedikit garam
AIR ASAM:
1 biji bawang besar | dipotong dadu
1 biji tomato segar | dipotong dadu
10 biji cili api | dihiris halus
2 tangkai cili merah
2.5cm belacan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 sudu makan sos cili
500ml bancuhan air asam jawa
CARA MEMASAK:
Tumbuk cili merah bersama belacan, gula dan garam secukup rasa.
Masukkan bancuhan air asam jawa ke dalam bekas bersama bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Gaul rata.
Masukkan bawang besar, tomato dan cili api yang dipotong tadi. Gaul sebati.
Letakkan ikan pari ke dalam pinggan dan curahkan air asam jawa ke atasnya.
Sedia dihidangkan.
Info Chef: Selain direbus, ikan pari boleh juga dikukus agar ia tidak pecah.
5. SAMBAL TUMIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
5 keping petai |dihiris nipis termasuk kulitnya
1 biji kelapa |diambil santannya
5 tangkai cili kering |dikisar
5 biji cili padi |dikisar
2 biji bawang besar |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
10gm belacan |dikisar
Air secukupnya
Sedikit asam keping
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Hiris petai bersama kulitnya sekali dan rendamkan seketika di dalam air. Toskan.
Satukan bahan kisar bersama petai dan biarkan petai empuk seketika.
Masukkan santan bersama asam keping. Kacau rata.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan kuahnya pekat seketika.
Angkat dan hidangkan.
Info Chef: Jika suka anda boleh juga meletakkan sedikit udang segar ke dalam kuahnya untuk lebih menaikkan rasanya.
6. ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung
10 tangkai cili kering |dikisar
4 biji bawang merah |dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1sm kunyit hidup |dikisar
1sm halia |dikisar
1sm lengkuas |dikisar
1 sudu makan pati asam jawa
3 biji kacang bendi
500ml air
Daun kesum secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar hingga naik minyaknya.
Masukkan sedikit air bersama air asam jawa. Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan ikan bersama garam, daun kesum serta kacang bendi.
Didihkan hingga kuahnya sedikit pekat dan berminyak.
Angkat dan hidangkan.
Info chef: Selain kembung, boleh juga menggunakan ikan kegemaran anda yang lain.
7. AYAM GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dipotong 12
5 biji bawang merah } dikisar halus
3 ulas bawang putih } dikisar halus
1 tangkai daun kari
4 sudu makan cili kisar
2 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk jintan manis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Ayam dibasuh bersih dan tos.
Kemudian perap ayam bersama bahan-bahan lain selama sejam.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan tos.
Sedia dihidangkan.
Info Chef: Sebaiknya gunakan bahan rempah seperti ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang asli. Ia perlu disangai dan ditumbuk halus. Rempah-rempah ini mempunyai tekstur sedikit kasar dan menjadikan ayam goreng berempah lebih rangup dan enak rasanya.
8. SAMBAL CILI PADI POWER
BAHAN-BAHAN:
20 tangkai cili padi hijau | ditumbuk lumat
1 labu bawang besar | dipotong bulat
4 ulas bawang putih | di mayang
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan cili padi yang ditumbuk tadi. Kacau rata dengan api perlahan.
Setelah itu masukkan garam dan gula. Seimbangkan rasanya.
Akhir sekali, masukkan asam keping dan biarkan sambal masak sempurna.
Info Chef: Asam keping dimasukkan di akhir tumisan untuk menyeimbangkan rasa pedas. Tidak perlu dimasukkan asam keping yang banyak kerana ia akan menyebabkan rasa sambal masam.
9. DAGING HITAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | dipotong dadu
5 sudu makan kerisik
Minyak untuk menumis
BAHAN PERAPAN:
2 biji bawang besar | saiz sederhana } dikisar halus
5 ulas bawang putih } dikisar halus
3 batang serai } dikisar halus
2 sudu makan ketumbar }dikisar halus
1 sudu makan jintan putih } disangai dan ditumbuk halus
½ sudu makan jintan manis } disangai dan ditumbuk halus
1 sudu makan biji lada hitam
Sos tiram secukupnya
Kicap manis secukupnya
Gula secukup rasa
BAHAN TUMIS:
Ads
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
CARA MEMASAK:
Daging yang telah dipotong digaul sebati dengan bahan perapan. Biarkan selama sejam.
Kemudian panaskan minyak , tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.
Setelah itu masukkan daging yang telah diperap bersama jusnya dan dikacau rata.
Tambahkan air jika daging masih belum empuk. Biarkan mendidih.
Apabila daging sudah empuk, masukkan kerisik untuk memekatkan kuah. Kacau rata dan tutup api.
Hiaskan dengan hirisan cili padi dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Tidak perlu dimasukkan garam kerana daging sudah diperap bersama sos tiram. Jus daging yang telah diperap hendaklah dididihkan sekali dengan daging kerana ia memberikan perisa yang enak pada masakan ini.
10. TELUR BUNGKUS AYAM TIRAM
BAHAN-BAHAN:
300gm daging ayam hancur
100gm sayur campur
3 ulas bawang putih | dicincang
200ml sos tiram
Minyak untuk menumis secukupnya
BAHAN TELUR ( DIPUKUL BERSAMA):
4 biji telur
1 sudu teh tepung jagung
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan sayur campur. Kacau dan masak sehingga kering.
Kemudian, tuangkan sos tiram dan kacau sebati. Biarkan mendidih seketika dan padamkan api.
Panaskan minyak di dalam satu lagi kuali, dadarkan telur dengan lebar yang sesuai.
Sudukan ayam yang telah dimasak secukupnya dan bungkus telur dengan kemas.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
Info Chef: Kuali cembung (wok) digunakan untuk mendadar telur supaya ayam tiram mudah dibungkus.
11. AYAM PANGGANG BERSOS KELAPA BAKAR
BAHAN-BAHAN:
5 ketul ayam
3 biji bawang merah }ditumbuk halus
2 ulas bawang putih } ditumbuk halus
1sm halia }ditumbuk halus
Garam serbuk lada hitam secukup rasa
Bahan Sos:
1/2 isi kelapa tua | dicencang kecil dan dibakar dalam ketuhar sehingga keperang-perangan lalu dikisar
1 biji bawang besar } dikisar bersama sehingga halus
3 ulas bawang putih } dikisar bersama sehingga halus
2 ulas buah keras } dikisar bersama sehingga halus
1 batang serai } dikisar bersama sehingga halus
1sm belacan } dikisar bersama sehingga halus
2 sudu makan kacang tanah goreng } dikisar bersama sehingga halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan ayam bersama bahan lain. Gaul dan perap seketika.
Panggang ayam sehingga masak di atas bara api. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis kesemua bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak. Tambahkan air jika perlu.
Setelah itu, masukkan kelapa bakar yang dikisar. Biarkan mendidih dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali, masukkan ayam yang telah dipanggang. Kacau mesra dan padam api.
Hidangkan sementara panas.
Info Chef: Ayam juga boleh dipanggang menggunakan kuali leper dengan api perlahan sehingga masak.
12. ASAM PEDAS IKAN SALMON
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan salmon bersaiz kecil | dipotong
4 ulas bawang merah | ditumbuk
3 ulas bawang putih | ditumbuk
1 batang serai |dititik
4 batang daun kesum
1 bunga kantan | dipotong dua
4 biji bendi
4 sudu besar cili kering kisar
1 ½ mangkuk air
Garam
Gula
Sedikit belacan
Minyak masak | untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan masukkan cili kering kisar, bawang merah, bawang putih dan belacan. Tumis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan serai dan air asam jawa. Kacau seketika dan biarkan mendidih.
Masukkan ikan, bendi, daun kesum dan juga bunga kantan. Tambahkan air sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yang anda suka. Biarkan mendidih sekali lagi.
Akhir sekali, masukkan garam dan gula mengikut cita rasa anda. Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Untuk menghilangkan bau hanyir ikan salmon,basuh dan rendamkan di dalam air yang dicampurkan jus lemon selama 10 minit lalu dibilas dengan air biasa.
13. KERABU KAKI AYAM
BAHAN-BAHAN:
8 ketul kaki ayam
1/2 biji bawang besar | di mayang
5 biji cili api hijau | dipotong
2 biji cili merah | dihiris halus
1 batang serai | dihiris halus
2 biji limau nipis | diambil jusnya
3 sudu makan sos ikan
1 pokok daun sup| dihiris halus
Gula & garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan kaki ayam ke dalam periuk bersama sedikit garam dan air. Rebus sehingga empuk.
Setelah kaki ayam betul-betul empuk, tos dan pisahkan isi dari tulangnya.
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Sesuaikan rasanya dan sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Pastikan ayam yang direbus ditos terlebih dahulu sebelum digaulkan bersama bahan kerabu. Ini membuatkan kerabu lebih tahan lama.
14. BENDI GORENG BERLADA
BAHAN A:
10 biji sayur bendi
5 biji cili merah | ditumbuk
3 biji bawang merah | ditumbuk
1 ulas bawang putih | ditumbuk
2 sudu besar udang kering
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan bendi dan potong serong.
Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama udang kering sehingga naik bau.
Seterusnya masukkan sayur bendi bersama sedikit air. Kacau hingga rata dan tutup kuali seketika.
Apabila bendi telah lembut, matikan api dan perasakan dengan sedikit garam.
Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Untuk rasa lebih pedas, boleh menggunakan cili padi yang ditumbuk bersama cili merah.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Menu berbuka selera kampung semestinya menjadi pilihan ramai. Maklumlah bukan selalu dapat menikmati sajian-sajian begini. Andai berkunjung ke bazar Ramadan di negeri Pantai Timur misalnya, pasti kagum melihat aneka lauk pauk berbuka yang enak dan menggiurkan. Mungkin sesetengah darinya ada yang anda tak pernah cuba. Keenakannya pula, hmmm… sukar diungkapkan dengan kata-kata. Situasi pandemik membataskan perjalanan balik kampung untuk berbuka bersama keluarga. Jadi apa kata cuba resipi-resipi ini untuk ubati kerinduan anda.
ANEKA RESIPI LAUK BERBUKA SELERA KAMPUNG INSPIRASI BAZAR RAMADAN
1. DAGING GULAI KICAP
BAHAN-BAHAN:
2kg daging
2 biji bawang besar | dihiris
20 sudu makan kicap lemak manis
4 gelas air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
24 biji bawang merah
12 ulas bawang putih
8cm halia
30 tangkai cili kering
BAHAN TUMIS:
2 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga lawing
6 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masak bahan tumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar. Biar hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan daging. Gaul sebati.
Bila daging hampir 1/2 masak, masukkan kicap manis. Biar selama 5-10 minit supaya daging menyerap rasa kicap.
Masukkan air. Jika perlu, tambahkan gula dan garam secukup rasa. Biar daging empuk.
Akhir sekali, masukkan hirisan bawang dan gaul sekata hingga semua bahan sebati.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan dikala berbuka.
INFO CHEF: Untuk memendekkan waktu memasak, guna daging batang pinang.
2. ACAR TIMUN MASAK
BAHAN-BAHAN:
6-7 batang timun saiz besar
800ml air
12 sudu makan cuka
3 biji bawang Holland | belah 4
8 biji cili merah | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
12 ulas bawang putih
10 sudu makan cili kisar
2 inci halia
CARA MEMASAK:
Bersihkan timun, belah 3 bahagian dan hiris memanjang. Buang bijinya. Rendam dalam air garam seketika.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
Masukkan air dan cuka masak. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
Bila tiba ketika bekalan air terganggu, pastinya resah tak leh nak habaq terutamanya bagi kaum-kaum ibu. Mana tidaknya air tu sangat berguna dalam nak uruskan hal-hal seharian di rumah. Nak memasak, membasuh dan macam-macam lagi. Tambah pula cuaca panas, anak-anak pasti acap kali nak mandi. Bagi ibu-ibu yang pening fikir menu di hari-hari air tak ada ni, berikut adalah 9 resipi mudah yang boleh anda masak.
1.DAGING GORENG BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
200gm daging | dihiris nipis dan kecil
50gm bawang Holland | dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang halus
2 biji telur
Sedikit serbuk pati ayam
Sedikit serbuk kunyit
½ sudu teh garam halus
Sedikit minyak masak
CARA-CARA MEMASAK:
Gaul daging serbuk kunyit, garam dan serbuk pati ayam dan diperap selama 10 minit
Panaskan minyak masak dan goreng daging sehingga masak dan garing sedikit. Ketepikan.
Tukar minyak baru, tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
Pecahkan dua biji telur dan masukkan sedikit serbuk pati ayam.
Masukan telur ke dalam bahan tumisan bawang kacau sehingga separuh masak.
Masukkan daging yang telah digoreng dan gaul bersama telur, kacau sehingga telur sebati bersama daging selama 2-3 minit.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh tumiskan sedikit cili giling semasa menumis bawang yang dihiris atau potong cili padi untuk rasa yang sedikit pedas.
Sebut saja menu ayam, bukan setakat anak yang suka malah seisi keluarga pun suka. Hidang menu ni saja dah mengenyangkan. Nak hasilkan ayam roasted yang sedap
dan padu rasa, boleh masak guna air fryer jer. Resepinya pun sangat mudah.
AYAM ROASTED
Bahan-bahan:
Ayam bahagian thigh
Bawang putih (dicincang)
Serbuk lada hitam
Sos tiram
Kicap
Gula
1 sudu besar tepung jagung
Cara memasak:
1. Potong beberapa ketul ayam, pilih bahagian thigh untuk kenikmatan berganda.
2. Masukkan bawang putih, serbuk lada hitam, sos tiram, kicap dan gula.
3. Masukkan tepung jagung. Gaul sekata.
4. Perap selama setengah jam.
5. Bakar 180C selama 20 minit. Alihkan dan bakar 10 minit lagi.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira