Sedapnya ayam golek. RASA kongsikan tiga jenis resipi ayam golek yang pasti memikat selera. Ada yang manis, ada yang pedas dan ada yang lemak santan. Pilihlah mana yang korang suka. Pasti puas hati.

 

AYAM GOLEK THAI SOS

BAHAN PERAPAN AYAM GOLEK
1 ekor ayam | bersih dan tos
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
Garam secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng

BAHAN SOS THAI
Minyak masak untuk menumis
4 ulas bawang putih | cencang
4 biji cili merah | kisar kasar
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan cuka
Sedikit daun ketumbar | hiris
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK
1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan iaitu serbuk kunyit, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan garam. Kemudian perap 30 minit.
2. Panaskan minyak masak. Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk membuat sos Thai, panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan cili merah. Kacau hingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan sos cili, cuka dan hirisan daun ketumbar.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Tutup api, tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan.

Selamat mencuba!

IKLAN

 

AYAM GOLEK SAMBAL MERAH

BAHAN PERAPAN AYAM
1 ekor ayam | bersih dan tos
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN SAMBAL
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
3 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
6 cm halia | kisar
2 batang serai | kisar
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
100 ml susu cair
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK
1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Perap sekejap.
2. Panaskan pengukus, kukus ayam lebih kurang 15 minit, angkat dan toskan.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali, goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan siapkan dalam pinggan hidangan.
4. Untuk menyediakan sambal. Keluarkan minyak masak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, serai dan pes cili kering hingga wangi. Kacau rata.
5. Selepas beberapa minit, masukkan air asam jawa, susu cair, garam dan gula.
6. Kecilkan api, biarkan kuah sambal mereneh seketika dan timbul minyak.
7. Tutup api, dan tuangkan sambal di atas ayam golek yang telah digoreng tadi.

Selamat mencuba!

 

AYAM GOLEK PERCIK

BAHAN PERAPAN AYAM
1 ekor ayam | bersihkan
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh lada sulah
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

BAHAN SOS PERCIK
4 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
4 cm halia | kisar
3 cm lengkuas | kisar
3 cm kunyit hidup | kisar
3 biji cili merah | kisar
3 batang serai | kisar
1 liter santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK
1. Untuk menyediakan ayam golek, gaulkan ayam dengan bahan perapan.
2. Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan letakkan di atas pinggan hidangan.
4. Untuk membuat sos, panaskan sedikit minyak masak.
5. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, cili merah dan serai hingga naik bau.
6. Masukkan pula santan, garam dan gula secukupnya.
7. Apabila kuah mula pekat, kecilkan api. Biar kuah mereneh hingga timbul minyak.
8. Akhir sekali, tutup api dan tuangkan kuah di atas ayam sebelum dihidangkan.

Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/nasi-lemak-kukus-ikan-siakap-goreng-menu-luar-biasa-di-restoran-ngeteh-santai/
https://rasa.my/nak-petua-bantu-masalah-angin-dalam-badan-jom-buat-dua-jus-kesihatan-ini/
https://rasa.my/jom-try-buat-ikan-kembung-rebus-air-asam-memang-syok/
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7