Nak buat daging goreng, masalah utamanya adalah daging itu liat. Tak lembut macam daging yang dimasak berkuah. Kalau kuah, bolehlah kita masak lama supaya daging makin lembut.

RASA ingin kongsikan cara buat daging goreng atau tumis yang betul supaya daging tidak liat walaupun dimasak tak terlalu lama.

Lagipun tak lama lagi Hari Raya Aidiladha. Bolehlah cuba masak daging guna petua ni. Daging lembut dan sedap.

4 Cara Mudah Elak Daging Liat & Keras

TIP PERTAMA: HIRIS NIPIS-NIPIS

Anda perlu hiris daging nipis-nipis, jika hadapi masalah untuk membuat hirisan nipis, bekukan daging separuh beku kemudian proses menghiris akan menjadi lebih mudah. Selain itu anda boleh gunakan pisau tajam dan dikhaskan untuk daging sahaja. Semasa membuat hirisan, sebolehnya, saiz hirisan daging adalah sama supaya daging akan masak sekata dan sempurna.

Ads

TIP KEDUA: JANGAN DICUCI

Selepas dihiris, jangan cuci daging, kerana ia akan hanya membuat daging menjadi hanyir ketika dimasak. Cukup sekadar mengelapnya dengan tisu dapur. Kalau nak cuci, cuci daging sebelum dihiris.

4 Cara Mudah Elak Daging Liat & Keras

TIP KETIGA: PERAP

Anda juga boleh perap daging dengan bahan perencah seperti campuran  bahan kisar, rempah ratus serbuk, sos, kicap, garam dan gula.  Selepas digaul rata dengan bahan perapan. Perap daging sekurang-kurangnya satu jam, atau sebaik-baiknya semalaman. Proses perapan membantu menjadikan tekstur daging lebih empuk.

 4 Cara Mudah Elak Daging Liat & Keras

PETUA KEEMPAT: MASAK SEKEJAP

Langkah terakhir, anda boleh tumis atau goreng menggunakan api besar selepas bahan tumisan garing dan wangi. Kacau rata lebih kurang 5 minit supaya daging tidak bertukar keras atau liat.  Semasa proses memasak juga anda perlu sentiasa kacau supaya daging masak sekata.

Diharapkan dengan tip ini daging yang anda tumis atau goreng bukan hanya tidak liat tetapi juga lebih cepat dan sedap.  Tak tau nak masak daging dengan resipi apa, jangan risau RASA turut kongsikan resipi masakan daging di sini.

 

JOM CUBA RESIPI DI BAWAH!

4 Cara Mudah Elak Daging Liat & Keras

DAGING GORENG  KAILAN

Ads

BAHAN-BAHAN:

Bahan Perapan Daging:

  • 300 gram daging | hiris nipis
  • 1 sudu kecil kicap
  • 2 sudu kecil minyak sayur
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • Sedikit garam dan gula

Bahan Sos:

  • 2 sudu besar air
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil tepung jagung

Bahan Tumis:

  • 3 pokok anak kailan | potong, celur dan angkat
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji cili merah | hiris serong
  • 2 biji bawang merah | hiris
  • 6 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Garam dan perasa secukupnya

 CARA MEMASAK:

  1. Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
  2. Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
  3. Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
  4. Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
  5. Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
  6. Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
  7. Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
  8. Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  9. Angkat dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

Ads

Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/nasi-lemak-kukus-ikan-siakap-goreng-menu-luar-biasa-di-restoran-ngeteh-santai/
https://rasa.my/nak-petua-bantu-masalah-angin-dalam-badan-jom-buat-dua-jus-kesihatan-ini/
https://rasa.my/jom-try-buat-ikan-kembung-rebus-air-asam-memang-syok/
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI