Selera orang lama tapi kuih bingka ubi ini memang sungguh lejen. Rasanya lemak manis dan sangat sedap. Kuih bingka ubi ini tidak keras. Lembut dan mudah dimakan bagi setiap peringkat usia. Memang sesuailah untuk dijadikan hidangan minum petang.
Melalui facebook RASA Share Resepi, Suraya Cheeszif berkongsi resipi bingka ubi yang telah dicubanya. Resipi ini dikatakan diambil daripada Rosmini Rozi, Resipi Dapur Bidadari. Jom kita cuba juga.
KUIH BINGKA UBI
BAHAN-BAHAN
2 kg ubi kayu
1 cawan gula pasir
2 biji telur ayam
Gula secukup rasa
1/2 sudu garam
Beberapa titik pewarna kuning
2 sudu besar minyak masak (untuk sapu pada loyang)
1 1/2 cawan santan pekat
2 sudu besar minyak masak (untuk campur dalam adunan)
Sedikit mentega (untuk tabur atas kuih sebelum dibakar)
CARA MEMBUAT
1. Kisar ubi bersama air dan tapiskan. Air tapisan boleh digunakan untuk mengisar ubi yang lain. Air tapisan dibuang. Ambil ubi parut yang sudah dibuang airnya sebanyak 4 cawan.
2. Campurkan 4 cawan ubi parut yang dibuang air ini dengan ubi parut yang lain dalam mangkuk.
3. Masukkan telur ayam, gula, garam, pewarna kuning dan minyak masak. Kacau sebati.
4. Tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati.
5. Sapukan loyang dengan minyak masak. Panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas dan bawah
6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci.
7. Taburkan mentega di atas adunan.
8. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam atau bergantung pada oven masing-masing.
9. Potong apabila sudah sejuk.
Ads
.
.
.
Selamat mencuba!
Ads
Sumber facebook: Suraya Cheeszif
Kredit Rosmini rozi, Resipi Dapur Bidadari
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Hidangan menarik perhatian, rasa fusion cukup menyelerakan dan sesuai untuk hidangan seisi keluarga. Walaupun bukan semua peminat dengan masakan pasta ni, tapi hasil dari gabungan bahan masakan timur dan barat ini buatkan tekak orang Malaysia boleh diterima. Bagi anda yang ingin menikmati hidangan ringkas dan dalam keadaan santai, terima kasih Harmony Zone Puncak Alam yang telah berbesar hati untuk berkongsi beberapa resipi istimewa untuk anda cuba sendiri di rumah.
MACARONI PHAD THAI
Bahan-bahan:
160 gram makaroni – rebus dan toskan
2 biji bawang merah – potong dadu
4 ekor udang – buang kulit
1 ekor sotong – hiris
1 sudu teh serbuk cili
1 biji telur
½ senduk sos tiram
1 sudu besar stok udang
½ sudu teh garam
½ sudu teh stok ayam
3 sudu besar minyak masak
Cara Memasak:
Panaskan kuali, tumis hirisan bawang merah sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan udang dan sotong.
Kacau sebati dan masukkan serbuk cili serta telur. Kacau sekata.
Selepas itu, masukkan sos tiram, stok udang dan bahan perisa yang lain.
Akhir sekali masukkan makaroni. Kacau seketika dan angkat.
Sedia untuk dinikmati.
SPAGHETTI PESTO SEAFOOD
Bahan-bahan:
160 gm spageti – rebus
2 biji bawang merah – potong dadu
4 ekor udang – buang kulit
1/2 ekor sotong – hiris
1 sudu makan stok udang
½ sudu teh garam
¾ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh marjerin
2 sudu makan pes pesto
1 sudu makan minyak masak
Bahan-bahan Pes Pesto:
200 gm ulam raja/pegaga
200 gm daun kesum
200 gm daun ketumbar
2 biji bawang merah – dihiris
4 biji bawang putih – dihiris
3 helai daun serai
1 Sudu makan ikan bilis – dikisar
1 cawan kecil minyak matahari
2 biji limau – ambil jus
2 genggam cili hijau
2 sudu makan sos ikan
½ sudu teh garam
½ sudu teh stok ayam
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh gula
Cara Memasak:
Untuk membuat sos pesto, hiris semua bahan kecuali bahan perasa.
Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.
Siap dan simpan pes pesto di dalam peti sejuk sebelum digunakan.
Untuk memasak spageti, panaskan kuali, tumis bawang merah sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan udang dan sotong. Biarkan seketika.
Masukkan stok udang dan bahan perisa yang lain. Kacau sebati.
Selepas itu, masukkan spageti yang telah direbus bersama marjerin.
Akhir sekali masukkan pula pes pesto. Tutup api dan kacau hingga sebati.
Angkat dan sedia dinikmati.
SPAGHETTI FRUITY DE’ MARE
Bahan-bahan:
160 gm spageti – rebus dan tos
1 sudu teh bawang merah – dikisar
4 ekor udang – buang kulit
1 ekor sotong – hiris
3 sudu makan tomato puri
1 sudu makan krim masakan
½ sudu teh stok ayam
½ sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak
Daun parsli – hiasan
Cara Memasak:
Panaskan kuali dan tumis bawang sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan udang dan sotong. Gaul sehingga masak.
Selepas itu, masukkan bahan perisa yang lain bersama tomato puri.
Diikuti dengan krim masakan. Gaul sebati.
Angkat dan hiaskan dengan daun parsli.
SPAGHETTI CHICKEN CARBONARA
Bahan-bahan:
160 gm spageti – rebus dan tos
1 senduk sos carbonara
1 sudu makan isi ayam yang dipotong dadu
1 sudu makan cendawan Shitake – dihiris
2 biji bebola ayam – digoreng
Daun parli – hiasan
Cara Memasak:
Masukkan pasta yang telas direbus tadi ke dalam pinggan. Ketepikan.
Dalam kuali, masukkan sos carbonara, isi ayam, cendawan shitake dan bebola ayam. Masak seketika.
Selepas itu, angkat dan hidangkan di atas pasta tadi.
Hiaskan dengan daun parsli. Sedia dinikmati.
Resipi: Harmony Zone Puncak Alam, Selangor (En. Zawari Yahya Udni & En. Farizal)
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.